Boleh jadi kena benda tajam, pintu kayu di rumah pecah atau berlubang. Nak beli baru, bahagian yang pecah dan berlubang mungkin kecil. Tak berbaloi pula. Ataupun mungkin kita beli kediaman lama, yang pintunya begini keadaannya.
Jika tak nak beli baru pun tak mengapa, pintu kayu yang pecah atau berlubang ini boleh kita baiki dengan cara menampalnya. Caranya dikongsi oleh Ashura AT.
DIY baiki pintu kayu berlubang
Rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, insha-Allah.
Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, mungkin lebih RM480 terbang termasuk upah install. Itu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.
Ada masa bila masak masakan guna limau purut akan terasa sedikit pahit. Rupanya ia ada kaitan dengan pemilihan daun. Untuk untuk memasak menggunakan daun ini kena perhati bentuk daunnya.
Petua ini dikongsi Nasrah Zamzam ini ramai tak tahu.
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yg berbentuk 8. Barulah tak pahit.
Daun yang lebar macam sebelah dia tu agak pahit kalau dibuat masak.
Berapa kali masak guna jenis lebar masakan terasa pahit walaupun buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya apply sendiri. Masuk saja dalam masakan tak perlu buang urat.
Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat, biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mengkal atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.