Bawang putih adalah antara makanan superfood yang sangat elok untuk kita amalkan. Khasiat Allicin yang terkandung dalamnya dapat membantu merawat banyak penyakit seperti darah tinggi, masalah kolesterol, penyakit jantung malah penyakit kanser yang digeruni.
Sebab itu ramai yang mengamalkan makan bawang putih mentah setiap hari untuk memperoleh khasiatnya. Tapi sayangnya ramai juga yang tidak memahami cara betul penyediaan hingga menyebabkan khasiatnya kurang atau hilang.
Menurut Dr Suri Roowi bagi memastikan bawang putih dapat berfungsi sebagai bahan antikanser, cara penyediaan yang betul adalah dengan mengetuk 2 biji bawang putih dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dimakan.
Cara inilah yang akan menghasilkan Allicin dari bawang putih yang bertindak sebagai antikanser yang kuat. Ikuti penjelasan Dr Suri Roowi tentang perkara ini.
Bawang putih- khasiat berbeza mengikut cara penyediaan
1. Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil ALLICIN dan AJOENE
Ads
2. ALLICIN mempunyai sifat ANTIKANSER YANG KUAT khususnya antikanser PAYUDARA, PROSTAT, USUS BESAR, KULIT, RAHIM, PUNDI KENCING dan PARU-PARU
3. Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak
4. ALLICIN akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum
5. Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah AJOENE. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (LEUKEMIA).
Ads
6. Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave @ 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
7. Bahan berkhasiat ALLICIN juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng.
NOTA
Ads
Bagi yang mengamalkan bawang putih bakar mungkin boleh mengamalkan makan yang mentah pula. Menurut Dr Suri Roowi bawang putih bakar ada khasiat tetapi kurang. Bahan berkhasiat dibentuk oleh tindak balas enzim. Jika dibakar enzim belum sempat bertindakbalas dan enzim akan mati akibat haba tinggi. Sebab itu perlu diketuk dan dibiarkan 10 minit.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan:
a. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.
b. Prati et al. (2014). Food Sci. Technol, Campinas, 34(3): 623-628
Buah epal lebam lepas potong memang nampak tak menarik. Sudahnya epal ini tak disentuh sebab kurang rangup.
Bagi mengelakkan buah jadi begini hingga menyebabkan pembaziran ada beberapa tip yang dipraktikkan. Dikongsi oleh Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
4 petua elak buah epal lebam lepas potong walaupun terdedah
Saya guna cara 1 dan 2 saja selalunya terutama kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4.Pisau tajam & limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Asyik makan nasi lemak, nasi goreng, bihun atau mee goreng bosan juga. Sekali sekali boleh ubah cita rasa sarapan kita ala-ala fast food kesukaan ramai.
Menu ini anak-anak pun suka. Bun ini boleh dibuat siap-ssiap malam hari, esok boleh letak inti ikut citarasa. Boleh letak scrambled egg, burger ayam, sosej, keju dan sebagainya. Ikut suka!
Cara untuk hasilkan bun ini dikongsi oleh Nor Asiah. Memang flawless hasilnya.
Buat sendiri bun ala breakfast di McD
Anak bongsu cakap nak makan omelette macan McD. Saya pun suka buat bun sendiri sebab lebih sedap bila buat sendiri. Anak-anak nak makan burger last minit.
Ring burger beli kat Shopee. Saiz 4 inci, doh 75gm.
Resipi bun/roti
Bahan-bahan:
500gm tepung roti
70gm gula kastor
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
50gm marjerin/mentega
10gm pelembut roti
280-300gm air sejuk
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam bread maker kecuali garam.
2. Selepas 5 minit uli baru masukkan garam.
3. Selepas siap uli, bentuk doh burger antara 75-80 setiap satu. Gunakan acuan ring saiz 4 inci.
Tip: Sebelum bakar, spray doh dengan susu full cream untuk dapat permukaan roti yang cantik. Jika nak letak bijan tekan doh dalam bijan supaya tak tertanggal.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 minit.
Hasilnya…
Dah siap boleh potong dan letak scramble egg, burger ayam, daging, sosej atau keju. Inti boleh ikut cita rasa.