Ramai ibu bapa yang gusar dengan penularan wabak influenza ketika ini. Malah mencetuskan panik bila membaca pelbagai info-info yang dikongsi di media sosial.
Jangan melatah jika mengesyaki anak mengalami tanda-tanda demam ini ikut saja apa yang disaran oleh doktor. 9 langkah berikut dikongsi oleh Dr Suhazeli Abdullah
1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.
2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.
3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.
Ads
4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
– Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
– Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
– Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
– Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.
5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.
Ads
6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.
7. Jaga kebersihan persekitaran rumah.
8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.
Ads
I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.
9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.
Bila dah lama pakai barang emas baik gelang, rantai atau cincin biasanya ramai yang berhajat untuk menukarnya kepada rekaan yang lebih baru.
Tapi awas dengan taktik tauke kedai emas bila barang contohnya gelang yang ingin ditukar mempunyai saduran chrome atau calit putih.
Gambar hiasan
Menurut perkongsian pengedar emas Public Gold, Diana @dhieyanaj93 ada kedai emas yang mahu ambil untung lebih, mengatakan emas yang ada saduran chrome ini tidak laku dan mahu mengambilnya dengan harga murah.
Jangan terpedaya dengan taktik ini! Katanya penting untuk diketahui bahawa harga emas yang mempunyai chrome adalah sama harganya dengan emas kuning.
Melainkan barang kemas itu mempunyai batu permata barulah ia akan diasingkan untuk ditimbang bagi mendapatkan berat emas yang sebenar. (Boleh klik SINI untuk video Diana di TikTok)
Calit putih pada barang emas itu bukanlah emas putih. Ia adalah saduran chrome ke atas emas yang diletakkan supaya nampak lebih cantik dan trendy. Bila sudah lama dipakai, chrome ini akan hilang dan kembali kepada warna emas yang asal iaitu kuning. (Boleh klik SINI untuk video di TikTok)
Menurut Diana emas putih mengalami emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Ia dicampur dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17k dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Ia tidak sesuai dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh mencapai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
Teruja lihat pokok sayur yang ditanam oleh Tieok Eng di kediaman beliau. Subur dan segar bugar.
Untuk dapat hasil tanaman subur dan cepat dituai hasilnya boleh praktikan tip yang dikongsi oleh beliau. Caranya sebelum tanam, bakar dulu rumput liar, selanjutnya boleh ikut perkongsian di bawah.
Tip tanaman subur & cepat petik hasil
Aunty nak share tip kenapa sayur-sayur yang aunty tanam subur dan cepat dapat dipetik.
Waktu sediakan tapak untuk tanam sayur aunty akan bakar rumput-rumpur liar campur dengan tinja kambing atau sisa ikan yang diambik dari gerai jual ikan.
Selepas bakar, baru buat batas dan tapak untuk tanaman. Tapak ini hanya diulang tanam paling banyak 3 kali saja. Kalau asyik tanam selepas dituai sayur akan diserang ulat hijau atau hitam.
Selepas 3 kali tuai aunty akan bakar lagi rumput liar campur sisa ikan untuk buat tapak baru, banyak kerja tapi berbaloi hasilnya nanti.
Badan kurus tapi kolesterol tinggi. Ini memang biasa dan pemakanan banyak menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Makan makanan berasas daging adalah antara penyebabnya. Ia sukar dielak sebab masakan berasaskan daging ini dah jadi lauk seharian kita.
Tapi ada cara yang boleh kita lakukan menurut Dr Suri Roowi untuk membantu mengurangkan kolesterol selepas makan hidangan daging tanpa makan ubat sebaliknya menggunakan cara semula jadi. Petua dan cara ini menurutnya telah terbukti melalui ujian saintifik.
Amalkan pengambilan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dalam darah.
Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur). Alicin boleh bantu cairkan darah
Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone) – bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai anti kolesterol.
Teh hijau pun elok
Minum teh hijau – (kaya bahan ECGC dan epicatechin) yang boleh bantu turunkan kolesterol
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...