Macam tak percaya pulak bila melihat penampilan baru pelakon Ardell Aryana ni. Mana kan tidak dulu gayanya memang macam tomboi, dengan jeans, T Shirt, berambut pendek lagi.
Tapi selepas melihat posting-posting terbaru pelakon berusia 26 tahun ini dalam instagram, semuanya sudah bertudung litup dengan penampilan penuh sopan, menutup aurat.
Pelakon yang pernah membintang telemovie Dorm Melati dan banyak lagi drama ini dilihat mula mengenakan hijab sekitar September lalu.
Malah dia juga sedikit demi sedikit dilihat memadamkan gambar-gambarnya tanpa tudung di laman sosial.
Buat keputusan lepas bercuti di Bali
Memetik laporan Mstar.com.my, pelakon berusia 26 tahun ini membuat keputusan itu selepas dia bercuti seorang diri ke Pulau Bali, Indonesia.
Ads
“Saya dah lama simpan hasrat nak berhijrah sejak ulang tahun kelahiran mak saya tahun lalau tapi tidak kesampaian.
“Terpaksa ditangguh sebab ada beberapa kontrak drama yang memerlukan saya tidak bertudung.
“Allhamdulillah, saya dapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu saya terus bertudung,” ujarnya.
Dalam pada itu, melihat postingnya yang bertudung dengan penampilan sederhana ramai peminat mendoakan akan pelakon ini istiqomah.
Ads
Apapun pada VK Ardell memang nampak makin manis bila berhijab. Tak caya, cuba tengok ni!
Meskipun cuaca di negara kita selalu panas, tapi tak semua kediaman mempunyai pendingin hawa. Alat ini bukan saja agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Pejam celik, kita dah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan dan seharusnya ia menjadi malam pecutan untuk kita melakukan ibadah.
Walau pun ramai kaum wanita terasa lebih penat pada bulan Ramadan ini namun pada malam-malam terakhir ini ketepikanlah perasaan itu. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Pada 10 malam terakhir ini Allah s.w.t menjanjikan akan hadir satu malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir ramadan dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
Berqiamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah; “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyaknya pada 10 malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah al-Baqarah:186
Dalam melalui 10 malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata; “Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda bersungguh-sungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar. Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Bagi yang telah menimang cahaya mata mesti tahu belanja untuk bersalin dan persiapan sebelum kehadiran bayi ini bukan sikit.
Macam-macam nak kena sediakan, paling banyak biasanya kos bersalin terutama kalau memilih melahirkan di hospital swasta. Busuk-busuk VK rasa kena standby RM10k manalah tau berlaku komplikasi.
Disebabkan perkara inilah bakal ibu wanyzabry membuat persiapan awal. Sejak hari pertama tahu hamil dia dah mula.
Part paling excited belum pun bersalin lagi dia dah berjaya kumpul RM13,600. Jumlah ini dikumpul dalam tempoh enam bulan saja ya.
Preggy mommy boleh ikut cara menabung Wany, tapi buatlah ikut kemampuan ya!
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lagi rasanya tak duit syiling 20sen duit syiling 50sen!
For those nak tahu apa Wany aim semua wany buat tabung, contoh: •Bayar muka kereta •Down payment rumah •Buka kedai pagi daisy •Travel •Shopping (barang-barang branded sikit). Apa yang Wany aim dah cukup barulah Wany realisasikan so that tak payah semua benda hentam loan or kita akan rasa tak terbeban dgn banyak benda.
Since sedar diri business ada up and down,so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan).
And now for my baby day 1 Wany tahu Wany preggy, Wany buat tabung rm50 per day, tak campur dgn duit tabung business.
Kadang-kadang daddy masukkan tapi dlm hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result! Alhamdulillah harini keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga!
Sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decide guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah mudahan ada rezeki kalau gov pun tak kisah janji selamat).
Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar,harap anak mommy nanti pandai menabung,sikit sikit pun takpe Janji ada nampak hasil.
Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7bulan ni? TOTAL MENABUNG 6 BULAN (RM13,600) omg mommy you did it! Boleh masukkan dalam buku baby.
Banyakkan! Itu kalau mampu simpan RM50 sehari. Kalau tak mampu RM10 pun dah ok, paksa suami join tabung barulah banyak sket hasilnya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...