Ads

ECRL Rekrut Bekas Kru Kabin, Perkhidmatan Mewah Macam Naik Flight!

& Firdaus Latif/Malay Mail

“Macam naik flight!” ECRL merekrut bekas kru kabin syarikat penerbangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dinanti-nantikan dijadualkan memulakan operasi pada 12 Disember 2026, menghubungkan Gombak, Selangor dengan Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh hanya empat jam.

Memetik laporan Bernama, perjalanan yang biasanya mengambil masa tujuh hingga lapan jam menggunakan kereta itu bakal menjadi lebih singkat, sekali gus memudahkan penduduk Pantai Timur yang bekerja di Lembah Klang untuk pulang ke kampung.

ECRL Rekrut Bekas Kru Kabin, Perkhidmatan Mewah Macam Naik Flight!
Image via New Straits Times

Bekas Kru Kabin Sertai ECRL

Menariknya, antara tenaga kerja yang direkrut ECRL terdiri daripada bekas pramugara dan pramugari yang berpengalaman dalam industri penerbangan.

Menurut Malay Mail, salah seorang daripadanya ialah H Thinagaran, yang mengakui tugas baharunya tidak jauh berbeza dengan pengalaman terdahulu, termasuk menghidangkan makanan, menyediakan minuman dan menjaga keselesaan penumpang.

“Bagi saya, ia umpama kembali menempuh pengalaman yang sama, dengan seragam dan perkhidmatan yang diberikan, boleh dikatakan ini adalah satu bentuk layanan mesra Malaysia,” katanya.

Seragam kru ECRL turut mengetengahkan identiti tempatan menerusi corak berinspirasikan songket dan motif bunga-bungaan batik.

Ads

Pengalaman bekas kru kabin ini dijangka memberi kelebihan dalam memastikan penumpang menerima layanan yang mesra dan profesional. Kemahiran berkomunikasi, mengurus keperluan penumpang serta memberikan perkhidmatan sepanjang perjalanan merupakan antara pengalaman yang boleh dimanfaatkan dalam operasi tren.

ECRL Rekrut Bekas Kru Kabin, Perkhidmatan Mewah Macam Naik Flight!
Image via @bernamaofficial (Instagram)

Dengan pendekatan ini, perjalanan menggunakan pengangkutan rel bukan sahaja tertumpu kepada kepantasan, malah turut memberi perhatian kepada pengalaman dan keselesaan penumpang.

Kemudahan ECRL: Siap Ada WiFi, Port Pengecas & Tempat Duduk Selesa

Bukan sekadar perjalanan lebih pantas, ECRL turut menyediakan pelbagai kemudahan moden untuk penumpang.

Ads

Gerabak kelas ekonomi menggunakan susunan tempat duduk 2+3, manakala kelas perniagaan pula 2+2.

Setiap tempat duduk dilengkapi port USB, USB-C dan soket kuasa tiga pin, selain akses WiFi sepanjang perjalanan.

Tren ini juga dijangka bergerak pada kelajuan antara 150 hingga 160 kilometer sejam.

Ads
ECRL Rekrut Bekas Kru Kabin, Perkhidmatan Mewah Macam Naik Flight!
& Firdaus Latif/Malay Mail

Tambang Gombak Ke Kota Bharu RM125

Bagi yang merancang menggunakan perkhidmatan ECRL, berikut merupakan tambang sehala yang dilaporkan:

  • Gombak ke Kuantan: RM60
  • Gombak ke Kuala Terengganu: RM95
  • Gombak ke Kota Bharu: RM125

Bagaimanapun, tiket ECRL masih belum mula dijual kepada orang ramai setakat laporan ini diterbitkan.

Dengan masa perjalanan lebih singkat dan kemudahan yang disediakan, ECRL dijangka menjadi pilihan pengangkutan baharu bagi rakyat Malaysia, khususnya mereka yang kerap berulang-alik antara Lembah Klang dan Pantai Timur.

Sumber: Bernama & Malay Mail

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain