Untuk kaum wanita yang sering berada di dapur pastinya akan perasan ada kalanya api dapur gas bertukar daripada warna biru menjadi oren.
Jika perkara ini berlaku, jangan ambil mudah kerana api warna oren ini dikatakan boleh buat periuk/kuali hitam berjelaga. Lagi sayang jika terkena kuali atau periuk mahal yang baru dibeli.
Api oren boleh rosakkan periuk.
Jangan risau jika situasi ini berlaku, anda masih boleh memperbaiki masalah ini.
Ads
Menerusi perkongsian oleh Sharina Othman yang memberi tunjuk ajar cara bagaimana untuk membersihkan dapur gas serta menukar api oren menjadi biru semula.
Tukar api dapur gas dari oren ke biru untuk elak periuk hitam
Caranya:
1. Pusingkan tanda anak panah berkenaan.
Ikut anak panah.
2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang itu (anak panah).
Tidak menutupi lubang.
3. Hasilnya, api akan bertukar menjadi biru, jimat tak perlu membeli dapur gas baru.
Bagi yang masih menggunakan langsir jenis cangkuk di rumah, setiap kali basuh langsir kita akan berdepan dengan satu masalah untuk memasangnya semula.
Tanggal memang tiada masalah tapi bab pasang cangkuk besi selepas langsir dicuci memang ambil masa yang lama. Sebabnya terkebil-kebil cari semula kedudukan untuk masukkan cangkuk. Kalau salah masuk, nanti aturan langsir tak sekata tak cantik.
Disebabkan masalah ini jugak ada yang basuh langsir setahun atau dua tahun sekali saja.
Tapi Ct Mas Mohammad telah berkongsi cara yang memudahkan kita untuk memasang semula cangkuk langsir ini tanpa perlu menatap lama kain pita langsir untuk menentukan kedudukan cangkuk. Boleh ikut perkongsian beliau ini ya.
Saya nak share satu tip nak pasang langsir yang bercangkuk. Mungkin ada yang dah amalkan cara ni, kalau masih tak tahu boleh guna cara ini ya.
– Sebelum basuh langsir dan selpas buka cangkuk yang sedia terpasang, kita buat garisan menggunakan marker pen sebagai penanda. Jangan guna pensil, nanti kesannya hilang bila basuh.
– Jadi selepas langsir kering, senang kita nak pasangkan cangkuk semula. Tak perlu pening nak kira berapa jarak cangkuk atau merenung balik kesan cangkuk sebelum basuh.
Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.
Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.
Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…
Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.
2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Permenant marker memang selalu kita gunakan di pejabat malah selalu jadi mainan anak di rumah. Paling merimaskan jika terkena pada baju kesannya memang sukar dihilang. Selalunya baju tersebut dibuang.
Sebenarnya ia boleh dihilangkan jika kita tahu caranya malah ada banyak pilihan bahan yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan ini.
Sebenarnya ada banyak cara untuktk hilangkan permenant marker pada fabrik. Anda boleh cuba menggunakan hand sanitizer, aerosol hair spray (penyembur rambut), nail polish remover, cuka, jus lemon ataupun ubat gigi (bukan gel).
Letakkan bahan terbabit pada kain dan menggunakan tuala tekan dan tekap pada kotoran itu supaya bahan tersebut menyerap pada kotoran. Elakkan menggosok.
Letakkan juga tuala lain sebagai alas untuk memastikan dakwat marker tidak terkena pada bahagian lain.
Bagi fabrik seperti satin atau sutera sebaiknya hantar untuk kaedah dry cleaning. Pastikan anda menunjukkan kepada pekerja dobi di mana kotoran tersebut.
Jika marker terkena pada perabot kayu boleh gunakan mentega kacang atau ubat gigi sebagai agen pembersih. Letakkan mentega kacang pada kotoran dan gosok. Sebelum itu uji dulu penggunaannya pada bahagian perabot yang terlindung untuk memastikan ia tidak menjejaskan warna perabot.
Jika marker terkena kepada kasut atau beg kulit misalnya pastikan anda bertindak pantas ya. Gunakan aeresol hairspray, cuka putih atau pun krim pelindung cahaya matahari untuk hilangkannya. Tekan dan tekan atau sembur bahan terbabit pada kotoran sehingga kotoran keluar dan lap.
Dinding
Jika anak menconteng marker pada dinding, cuba gunakan bahan sama ada aerosol hairspray, ubat gigi (bukan gel), ataupun lemon.
Letakkan bahan pada kotoran dan gosok tapi jangan terlalu kuat untuk mengelakkan kesan marker ini merebak. Sebaiknya gunakan teknik tekan secara lembut menggunakan tuala.
Karpet
Gunakan cuka, aerosol hair spray atau krim pencukur. Letak bahan ini pada kotoran dan tekan lembut. Apabila kotoran keluar tekan sekalu lagi menggunakan tuala lain untuk membersihkannya. Selepas itu boleh juga teknik melapik permukaan karpet dengan tuala dan gosok dengan seterika untuk mengangkat kotoran.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...