Biar betul gaji RM2,500 boleh simpan sampai RM750 sebulan. Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih.
Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5.
Caranya kita kena buat simpanan dan perbelanjaan ikut formula yang disenaraikan. Formula Nur Aliah yang juga seorang bisnes speaker ini dikongsi di Facebook beliau dan pernah tular hingga mendapat 17k share.
Sekarang ni minggu gaji so boleh terus praktik ya.
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu: Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)
Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
Ads
5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan > Lindung harta dengan baik > Labur harta untuk masa depan > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Nota: Formula Abg Abu.
Nur Aliah Mohd Nor.
Ok dah tau cara, boleh praktik terus ya sementara gaji masih ada tu!
Nak buang rasa sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!
Tapi, kenapa kena buang?
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:
Permukaan licin
Tidak berwarna hijau
Tidak mempunyai tunas
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BKKM, JKN Kedah & Kamarul Ariffin Nor Sadan
Selain untuk masakan ramai yang tak tahu bahawa kunyit hidup berguna untuk mencegah dan merawat penyakit kanser dan juga beberapa penyakit lain.
Antara cara yang boleh kita lakukan di rumah adalah dengan menyediakan jus kunyit untuk dijadikan amalan. Berikut adalah kebaikan kunyit yang djelaskan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad dan cara mudah membuat jus kunyit sebagai langkah pencegahan penyakit kanser.
Kunyit boleh cegah kanser
Kunyit adalah antara bahan penting dalam masakan. Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.
Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E. Kunyit adalah agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka serta kesan terbakar.
Rawatan untuk kanser payudara dan prostat
Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah kanser prostat dan payu dara. Bahan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukemia terhadap kanak-kanak.
Khasiat lain adalah boleh digunakan sebagai bahan antiradang, merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit serta luka. Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Cara buat jus kunyit
1. Ambil 2-3 inci kunyit hidup, bersihkan kulitnya.
2. Rendam kunyit selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.
3. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca.
4. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping atau asam jawa. Tambahkan sedikit madu atau gula kabong.
5. Simpan dalam peti sejuk. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
Selain mi, bihun goreng, Maggi goreng juga antara makanan kesukaan waktu pagi mahupun malam.
Selalu juga kita order hidangan ini bila makan di kedai mamak. Memang sedap rasanya. Tapi biasanya bila makan kat kedai tak puas kerana kuantitinya sikit.
Nak puas, kita masak sendiri. Caranya boleh ikut perkongsian Nana Sabrina Sarsan.
Buat sendiri Maggi goreng
Makan kat kedai tak puas, kita masak sendiri sekali 3 bungkus makan dengan suami lagi umphhhh
Bahan-bahan
3 bungkus Maggi rebus separuh masak toskan.
1 biji bawang merah besar- potong kasar
3 sudu makan cili boh atau cili kisar
1 biji telur
1 paket perencah Maggi (jangan guna 3 paket, nanti masin)
Lobak potong memanjang.
Daun sup atau daun kucai.
Cili padi -jika suka
Garam, gula, kicap manis dan kicap masin – sukatan ikut citarasa
Udang/sotong jika suka
Minyak.
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang merah dan lobak. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan kicap bahan perasa, perencah kari/ayam, udang atau sotong. Kacau dalam 3 minit.
3. Masukkan mee lalu kacau sebati. Perlahankan api kemudian pecahkan telur, tunggu 3 minit baru kacau.
4. Masukkan daun bawang dan cili api. Kacau, siap!
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...