Golongan perlu buat hibah ramai ingat untuk orang kaya yang ada jutaan ringgit. Tapi hakikatnya, hibah lebih penting untuk orang biasa macam kita – yang ada anak, pasangan, harta sikit-sikit tapi penuh pengorbanan.
Kalau anda tergolong dalam mana-mana 8 kategori ini, fikir-fikirkan untuk buat hibah supaya waris tak susah bila kita ditakdirkan pergi dulu.
1. Ada Anak Perempuan Sahaja
Anak perempuan tak boleh halang bapa saudara mereka daripada dapat lebihan harta ayahnya mengikut hukum faraid.
Contoh mudah: Kalau suami anda meninggal dan hanya tinggalkan anak perempuan, sebahagian harta akan jatuh ke tangan adik-beradik lelaki si mati.
Hibah membolehkan anda pastikan anak-anak perempuan itu terus dibela dan tidak dinafikan hak.
Ads
2. Ada Anak Angkat
Dalam sistem faraid, anak angkat tak ada bahagian pusaka langsung.
Kalau sayang mereka macam darah daging sendiri, berilah hibah – supaya mereka dapat harta yang anda nak tinggalkan dengan sah dan jelas.
3. Anak Masih Bawah Umur
Kalau anda pergi dulu, adakah anak anda cukup matang dan ada dana untuk urus harta pusaka? Biasanya, mereka tak mampu uruskan harta beku, tak tahu nak mula di mana, dan boleh terbiar bertahun-tahun.
Hibah takaful boleh jadi penyelamat — duit cair yang boleh terus digunakan tanpa perlu tunggu proses faraid atau pembahagian.
Ads
4. Isteri Surirumah, Bergantung Sepenuhnya Pada Suami
Kalau pendapatan keluarga 100% daripada suami, apa akan jadi pada isteri dan anak bila hilang tempat bergantung? Hibah penting sebagai pengganti pendapatan untuk bantu teruskan kehidupan — bayar sewa, beli susu anak, sekolah dan sebagainya.
5. Berpoligami
Semakin ramai isteri, semakin kecil bahagian pusaka. Bahagian faraid untuk isteri ialah 1/8 daripada harta, dan jika ada empat isteri, bahagiannya akan jadi 1/32 seorang.
Nak pastikan setiap isteri tetap terjaga? Gunakan hibah untuk susun pembahagian ikut keperluan masing-masing.
6. Anda Seorang Usahawan atau Ada Bisnes Sendiri
Harta perniagaan pun boleh beku – saham, premis, akaun syarikat.
Tanpa hibah atau dana cair, keluarga mungkin tak mampu teruskan bisnes, malah boleh jadi mereka terpaksa jual murah segalanya.
Ads
7. Ada Hutang Yang Belum Selesai
Hutang dunia, urusannya sampai ke alam barzakh. Jika anda meninggal dunia dan tinggalkan hutang, waris anda boleh dibebani. Adanya hibah ia boleh dimanfaatkan untuk melangsaikan hutang kereta, rumah, kad kredit, malah hutang peribadi yang tiada hitam putih sekalipun.
8. Harta Anda Berupa Tanah atau Rumah Sahaja
Masalah utama harta tak alih: susah nak cairkan. Kalau waris perlukan duit segera, mereka tak boleh jual rumah serta-merta — perlu selesai isu waris, faraid, mahkamah.
Dengan adanya hibah anda beri mereka “modal segera” untuk urus segalanya.
Tatkala pasangan suami isteri lain menjadikan percutian atau candle light dinner sebagai usaha mengerat hubungan dan kasih sayang, Irma Hasmie pula punya cara tersendiri yang dilakukan bersama suami.
Semenjak kehadiran anak-anak, pelakon dan pengacara ini merasakan satu keperluan untuk mewujudkan persekitaran al-Quran di rumah.
Justeru tanpa rasa segan Irma membuka kitab al- Quran dan belajar mengaji daripada suami sendiri yang menurutnya lebih mahir daripada dirinya.
“Al-Quran itu mukjizat untuk umat Islam. Ada banyak kelebihan dan keberkatan bila membacanya. Sama seperti solat berjemaah mengaji al-Quran bersama pasangan itu juga merapatkan silaturrahim.
“Saya sendiri banyak belajar mengaji dengan suami selain ikuti kelas khas. Saya baca dan suami akan betulkan bacaan yang salah memandangkan dia lebih mahir mengaji daripada saya.
” Kami lakukannya bila ada masa terluang. Selalunya bila petang hari selepas selesai segala urusan rumah kami buka al-Quran. Dapat baca dua tiga muka surat pun memadai,”ungkapnya.
Jelas Irma lagi bila ada hasrat untuk memperbaiki diri tidak perlu ada perasaan segan atau malu untuk belajar mengaji daripada suami.
“Lagi pun biar malu belajar daripada malu tak tahu. Sebenarnya belajar mengaji dengan suami sendiri ini bantu membina ikatan suami isteri yang lebih kuat. Kesannya sama seperti masa kita mengajar anak.
“Perkara ini saya praktikkan semenjak ada anak-anak. Kami sedar adalah penting untuk membawa persekitaran yang positif ini di rumah demi kebaikan mereka.
“Justeru kami yang kena mulakan supaya anak-anak juga ikut,”ujar ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun
Ikatan jadi makin rapat
Perkara yang sama turut diakui oleh Noor Marzilah Abdul Muttalib, ibu kepada peserta Qari Junior Musim ke-6 Muhammad Harith Hakimi yang juga antara 24 peserta khas memperdengarkan bacaan al Quran dalam program Malaysia #QuranHour Jun lalu.
Turut mempraktikkan cara yang sama dengan Irma Hasmie, Noor Marzilah mengakui belajar mengaji daripada suami memberi kesan dalam membina rumah tangga yang harmoni.
“Bonding atau ikatan akan jadi semakin rapat. Ia juga sebenarnya masa berkualiti dengan keluarga daripada kita habiskannya dengan melayan handphone sendiri-sendiri.
“Lagi pun bila kita belajar mengaji depan anak-anak, mereka akan hormat ibu dan ayah yang sama-sama membaca al Quran dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya.
“Walau pun suami tegur dan betulkan bacaan saya depan mereka tapi tak mengapa kerana niat itu adalah untuk belajar,”ujar isteri kepada Mohd Rostan Mohamad Nasir.
Jelasnya pada peringkat awal mungkin ada isteri yang berasa segan tapi lama-kelamaan akan menjadi biasa.
“Malah pada masa itu pasangan akan merasai hikmahnya yang membantu mengeratkan ikatan suami isteri,”katanya.
Penyanyi Shima baru-baru ini mengejutkan peminatnya bila tampil berhijab penuh sekembalinya dia dari menunaikan ibadah umrah. Malah beliau juga dikatakan telah menjual semua baju seksi yang ada dalam koleksinya.
Pemergian ke tanah suci atas tajaan Yayasan Perdana Umrah bersama 22 lagi penggiat seni memang membawa impak yang besar kepada diri penyanyi berusia 49 tahun ini, sebaik pulang dia terus meninggalkan imej lamanya.
Namun ramai yang tak tahu bahawa apa yang dilakukan itu juga sebenarnya kerana mengotakan janji pada diri sendiri. Ujar penyanyi ini dia pernah berkata pada diri sendiri bahawa dia akan berubah, berhijab sepenuhnya bila dalam menjejakkan kaki ke tanah suci. Ternyata Allah mendengar doanya.
“Niat untuk berhijab sudah lama terpahat di hati saya dan saya pernah berkata pada diri saya sendiri jikalau saya dapat menjejakkan kaki di tanah suci memang saya akan berhijab sepenuhnya. Allah dengar doa saya dan makbulkan doa saya alhamdulillah,”ujar Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatulshima Kamarazzaman dalam satu entri di instagram beliau.
Beliau turut catat kenangan selama di sana yang ada di antaranya menyentuh hati. Malah dia tidak berselindung amat merindui tanah suci meskipun sebenarnya baru saja kembali ke tanah air dari sana.
Menggunakan bahan terpakai di rumah iaitu kotak polisterin wanita ini menjadikannya sebagai tapak untuk kebun sayurnya.
Macam-macam ditanam oleh Suriani Lin Mat Din dalam kotak tersebut, kailan, sawi, bayam, salad, cili dan pelbagai lagi untuk makanan sekeluarga. Memang teruja melihat sayur-sayurnya yang subur.
Cara penanaman ini kata Suriani sudah hampir tiga tahun dipraktikkan. Ujarnya jika kotak polisterin tidak bocor, ia akan dijadikan untuk penanaman hidroponik. Sekiranya bocor, kotaknya akan jadi tempat penanaman sayur yang mudah dijaga.
Ini hasil tanaman dalam kotak polisterin terpakai yang diusahakan beliau.
Tanam sayur kaedah hidroponik guna bahan kitar semula
Dalam pada itu Suriani juga turut menunjukkan cara menanam sayur menggunakan bahan kitar semula yang dipraktikkan.
1. Bahannya kotak polisterin bersama penutupnya, botol air, dan tali mop.
2. Potong dua botol, ambil bahagian atas dan tebuk lubang pada penutup.
3. Buat lubang pada penutup kotak polisterin kemudian letak botol yang ditebuk tadi secara terbalik. Letak tali mop melalui lubang penutup botol dan simpul supaya tak melurut nanti. Nanti akar sayur akar tumbuh melaluinya.
4. Kemudian boleh isi dengan sedikit cocopeat. Setelah itu tanam anak benih sayur.
5. Isikan air baja AB dalam takungan dan sayur tadi di atasnya (yang ini saya gunakan tray terpakai sebagai takungan). Pastikan bancuhan baja ikut arahan yang diberikan. Guna air paip yang ditakung semalaman, air hujan atau air yang ditapis untuk membancuh baja AB.
6. Tambah air baja bila dah tinggal separuh. Letak set ini di tempat yang teduh, contoh tepi rumah. Elak terkena hujan (tempias tak mengapa) supaya air baja tak melimpah.
Boleh lihat perkembangan pokok salad yang ditanam guna kaedah ini.
Pemberian SARA RM100 atau bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuatkan kita kecoh seketika. Ramai yang menyangka RM100...