Bagi yang bekerja, tinggal pula di kediaman teres atau kediaman tanah tak luas namun ingin bercucuk tanam sesuai sangat menggunakan kaedah penanaman nutripot ini.
Apa itu nutripot? Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.
Pokok terung jambak yang dikongsi Umi Refah ini adalah antara hasil penanaman melalui kaedah ini. Kalau berminat untuk mencuba boleh ikut panduan berikut;
Kaedah penanaman nutripot
1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.
2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.
3. Masukkan air baja ke dalam baldi.
Ads
4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).
5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam. Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.
INFO
Ads
Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).
Kelebihan lain nutripot
Tak perlu selalu siram, air jimat.
Tidak berlecak akibat siraman baju atau air.
Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
Hasilnya pokok subur & meriah buah, menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.
Cuaca negara kita yang panas menyebabkan kebanyakan kediaman mengggunakan penyaman udara atau air cond untuk menyejukkan ruang. Barulah selesa kan.
Tapi masalahnya penggunaan air cond ini adalah penyumbang kepada bil elektrik yang tinggi. Biasanya kalau ada sebiji air cond di rumah pun bil boleh mencecah RM200.
Jadi macam mana nak elak bil elektrik yang tinggi walau guna aircond di rumah. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh saudara Fazlie Idris.
Aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.
1. Beli air cond pada HP (Horsepower) yang mencukupi
Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je.
Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.
Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.
2. Gunakan aircond yang ada teknologi inverter
Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.
Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat.
Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.
3. Setkan aircond pada suhu yang betul
Yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat. Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu, let say 23 deg C. Kipas set level 2 out of 4.
Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.
Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur.. kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.
So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kmpresor akan kerja lebih.
Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.
4. Jangan selalu on dan off, ini biasa berlaku bila tidur
Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik… ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.
5. Service air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali
Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun.
Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.
Lauk pucuk ubi sambal kering ini memang jarang dihidangkan ketika ini malah tak ramai juga tahu cara membuatnya.
Jadi elok kalau kita belajar cara memasak menu tradisi yang enak ini. Lagi pun untuk mendapat pucuk ubi garing dan tak liat waktu dimakan ada rahsianya.
Dikongsi oleh Yasmin Dayanti Fami katanya untuk mendapat tekstur yang garing ini pucuk ubi perlukan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal.
Cara masak pucuk ubi sambal kering
Bahan-bahan
Pucuk ubi secukupnya – cuci dan ditos
Cili kering – direbus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segengam Ikan bilis
Minyak untuk masak
Cara membuat
1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah tos kering. Dah agak garing, angkat.
2) Kisar kering semua bahan cili kering, bawang besar, bawang putih & ikan bilis.
3) Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering, ada rasa-rasa basah sikit. Tumis cili hingga betul betul masak.
4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.
5) Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Kacau rata sampai semua pucuk ubi terkena dengan sambal.
Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.