Buah strawberi ini memang sedap dimakan segar sebab itu ramai yang sanggup beli walaupun mahal.
Tapi ada juga situasi dah beli banyak dan mahal akhirnya busuk pulak bila simpan dalam peti sejuk. Semuanya gara-gara tak tahu cara simpan yang betul.
Bagi memastikan buah strawberi ini kekal segar dan tahan lama hingga dua minggu boleh guna tip yang dikongsi oleh Rahayu Rosli. Tip sesuai sangat untuk yang baru balik Cameron Highland dan homebaker yang menggunakan banyak buah ini.
Cara simpan buah strawberi supaya tahan lama
Mesti ada yang penggemar strawberi atau bakers-bakers yang selalu guna strawberi. Hari ini sis nak share cara simpan buah strawberi supaya tahan lama, tak berkulat dan berair. Insya-Allah boleh tahan satu miggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tiada kuning atau hitam, insya-Allah buah masih segar. Caranya;
1. Kita perlukan buah strawberry, tisu ( tisu yang tebal ya, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik )
Ads
2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas letak kek saja. Pastika bekas itu dibuat lubang supaya udara dapat keluar masuk. Nanti takdelah air bertakung dalam bekas. Saya tebuk bekas guna pemutar skru.
3. Basuh tangan dulu kemudian ambil buah, letak atas tisu. Seterusnya balut buah strawberi satu persatu hingga menutup semua bahagian.
Ads
4. Bila dah semua buah strawberi selesai dibalut, susun dalam bekas tadi. Pastikan bekas tak terbuka.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk bahagian bawah.
Ads
Ini hasil strawberi yang masih segar untuk hiasan kek.
Simpan emas menarik minat ramai sejak dulu memandangkan logam ini sentiasa naik. Tambah pula sekarang ada cara mudah dan selamat untuk menyimpan emas tanpa perlu risau kehilangannya.
Tapi bagi yang baru berjinak-jinak mahu menyimpan emas terutama dalam bentuk gold bar berikut adalah pantang larang yang harus dielakkan. Perkara ini dikongsi oleh perunding hartanah dan juga penulis buku kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Simpan emas, jangan buat 7 pantang larang ini
Ramai yang teruja mula simpan emas, tapi tanpa sedar langgar pantang larang penting. Ini 7 pantang larang utama yang wajib dielakkan oleh pemula:
1. Jangan beli emas guna duit pinjaman/personal loan
Simpan emas sepatutnya untuk selamatkan kewangan, bukan tambah beban hutang. Beli ikut kemampuan, bukan nafsu.
2. Jangan beli emas untuk cepat kaya
Emas bukan skim pelaburan cepat kaya. Ia pelindung nilai jangka panjang. Kalau nak kaya cepat, boleh kecewa dan salah faham fungsi emas.
3. Jangan terlalu ikut trend atau orang lain
Jangan beli semata-mata sebab kawan besties kita beli atau tengok orang post emas di media sosial. Fahami dulu sebab dan tujuan sendiri.
4. Jangan beli emas dalam bentuk barang kemas jika niat simpanan/pelaburan
Barang kemas ada upah tukang tinggi dan mudah susut nilai. Untuk simpanan, lebih baik pilih jongkong (gold bar) 24k atau dinar.
5. Jangan simpan semua duit dalam bentuk emas
Pastikan ada simpanan tunai kecemasan dulu (3-6 bulan gaji). Emas tak cair serta-merta macam duit. Jangan kagum sangat nasihat ejen emas!
6. Jangan mudah percaya skim emas yang pelik-pelik
Kalau ada janji pulangan tetap, bonus bulanan, atau sistem referal pelik , tukar gaji jadi emas — AWAS! Kemungkinan besar itu scam.
7. Jangan tunggu masa ‘terbaik’ untuk mula
Ramai tunggu harga jatuh, tapi tak pernah beli. Sebenarnya, lebih baik mula konsisten beli sikit-sikit (kaedah GAP atau cost averaging).
Selalu kerang sama ada kita rebus atau buat masak kerabu. Ataupun isi kerang kita kupas buat sambal dan juga masak rendang.
Tapi resepi ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Hidangan ini memang sedap kalau diratah. Resipi ini adalah hasil perkongsian Nurul Ain Muhamad Hassan.
Sambal Kerang Tumis, Ratah Lagi Layan
Bahan-bahan
Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.
4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.
5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...