Biasa terjadi hajat nak masak tapi terlupa keluarkan lauk mentah dari freezer.
Sudahnya kena tunggu berjam-jam untuk defrost. Ada juga yang langsung cancel masak dek kerana perkara ini.
Sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses defrost ayam, daging atau ikan daripada freezer. Tak perlu siram air panas ataupun masuk dalam microwave.
Cara ini hanya memerlukan kita menunggu 5-7 minit saja, teknik pantas defrost ini dikongsi oleh Anne Permata. Sesuai sangat digunakan bila nak masak tapi baru teringat lauk tak keluarkan lagi dari freezer.
Ads
Caranya
Ambil bekas berisi ayam beku tadi dan tuang ke dalamnya air suam.
2. Campurkan dengan garam dan cuka, gunakan nisbah yang sama. Jika satu sudu garam maka gunakan satu sudu cuka juga.
Ads
3. Kemudian kalau supaya dua bahan tadi larut. Selepas itu biarkan saja ayam beku tadi terendam selama 7 minit (untuk seafood 5 minit)
4. Kemudian boleh keluarkan air dan korang akan dapati ayam dah pun lembut. Dah boleh masak!
Berbudi pada tanam memang tak rugi. Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.
Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.
3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Cara Mudah Buat Baulu, Blend & Bakar Dalam Air Fryer. Hasilnya Tetap Gebu Gebas
Kuih tradisi baulu kegemaran ramai tapi ramai yang pilih untuk beli saja kerana fikir remeh untuk dibuat sendiri.
Tapi sebenarnya dengan gajet moden yang sedia ada sekarang, nak buat baulu ini punyalah senang. Cuma blend bahan dalam food processor dan bakar dalam air fryer. Siap! Hasilnya tetap gebu gebas. Cara mudah ini dikongsi oleh Safrah Md Jiwa
Saya share cara buat baulu gebu gebas yang syok bila dimakan panas-panas. Lembut saja. Kalau dulu rasa susah sangat nak buat baulu tapi dengan gajet moden, alahai semua hujung jari saja. Caranya cuma pukul telur food processor, bakar dalam air fryer mudahkan
5 biji telur
1 cawan gula pasir
1/2 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2. Dah kembang tambah 1 cawan tepung gandum.
3. Bakar dalam air fryer 170 selama 6 minit. Siap! (Klik SINI untuk beli air fryer)
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...