Bermula esok harga minyak masak dijangka akan naik memandangkan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Nak tak nak kita kenalah belajar berjimat guna minyak memandangkan ia digunakan setiap hari untuk memasak. Tak bolehlah tuang sesuka hati.
Tapi selain kurangkan kuantiti minyak sewaktu memasak menggunakan minyak sebenarnya ada banyak lagi cara lain sebagai langkah penjimatan.
Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan, berikut adalah 10 perkara yang boleh kita praktikkan di rumah.
Cara jimatkan penggunaan minyak masak waktu menggoreng
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
Ads
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
Ads
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
Foto Facebook Reha Rahma Via Masak Apa Hari Ni
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
Ads
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Tanda minyak masak tak boleh digunakan lagi
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Tanam pokok buah tapi masalahnya tak juga berbuah walaupun dah bertahun-tahun menanti. Ada yang berbuah tapi cuma boleh dikira dengan jari.
Kalau pokok buah di rumah ada masalah ini, mungkin boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Kak Chah ini. Mudah sangat caranya cuma tuang minyak masak terpakai. Daripada buang, kita buat baja.
Minyak masak terpakai jadi penggalak buah
Sebelum ini pernah berkongsi tip pokok mangga yang saya tanam berbuah lebat sampai patah dahan. Sehingga sekarang buahnya masih lebat.
Kali ini saya kongsi kisah anak saudara yang turut menggunakan tip saya untuk pokok jambu di rumahnya.
Alhamdulillah, pokok itu berbuah lebat yang luarbiasa dan juga hingga patah dahannya kerana menanggung berat buah itu.
Caranya;
1.Sediakan minyak masak terpakai terutama bekas goreng ikan masin, ikan bilis, atau ayam ikan. Kuantiti tak perlu banyak. Jangan guna minyak masak baru ya.
2. Korek lubang kecil pada pangkal pokok dan tuang minyak terpakai itu. Letak dalam satu atau dua senduk saja. Jangan campur air.
3. Buat petua ini seminggu sekali, insya-Allah akan nampak hasilnya.
Minyak masak terpakai yang sudah keruh ini memang tak lagi digunakan. Dulu buang dalam longkang saja tapi sekarang saya buat sebagai fertilizer penggalak buah.
INFO
Tip guna minyak masak terpakai sebelum ini saya buat pada pokok mangga. Memang berbuah lebat luar biasa hingga merunduk dahan dan ada yang patah.
Tip ini diperoleh selepas melihat video dari petani luar negara yang menggunakan cara ini sebagai fertilizer. Minyak ini ditanam dalam jarak 2-3 kaki dari batang pokok. Daripada dibuang dan jadi punca pencemaran, lebih baik buat begini.
Kalau ada budak di rumah, mainan ni mesti ada kat rumah. Biasanya beli banyak mana pun tak cukup sebab anak suka campur aduk play doh.
Bila dah dicampur-campur dan tak cantik, anak akan tinggalkan dan minta yang baru.
So banyak mana nak beli kan? Supaya poket kita selamat jomlah buat sendiri. Sebab cara nak buat play doh ni bukannya susah sangat pun.
Semua bahannya ada di dapur kita saja.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum / tepung serbaguna
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan garam
2 sudu besar cream of tartar – boleh dibeli di kedai bakeri
1.5 cawan air panas mendidih – ditambah sedikit demi sedikit sehingga dapat konsistensi yang diinginkan
Pewarna makanan (jika mahu warna warni)
Cara-buat DIY play doh
Campurkan tepung, cream of tartar dan minyak ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan garam ke dalam air mendidih. Kacau sehingga larut.
3. Titiskan pewarna makanan ke dalam air panas itu (*optional)
4. Tuangkan air panas ke dalam mangkuk adunan tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan tepung.
5. Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan melekit.
6. Biarkan sejuk seketika kemudian keluarkan adunan dari mangkuk. Uli dan tumbuk doh sehingga ia tidak lagi melekit. Sekiranya doh masih melekit selepas beberapa minit menguli, boleh tambahkan tepung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan konsistensi yang anda inginkan.
Simpan homemade playdoh anda di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia tahan lama. Sekarang bolehlah main playdoh puas-puas.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...