Memuat naik gambarnya meraikan hari lahir ke-50, ibu kepada dua anak ini telah menjadi bualan netizen di alam maya.
Dalam satu gambar yang dimuat naik, Puspa Dewi diapit dua anak lelakinya yang disangka netizen sebagai teman wanita mereka, namun sebenarnya adalah ibu mereka.
Mana tidaknya pada usia 50 tahun dia tampil muda seperti gadis berumur 20 tahun malah tidak keterlaluan dilihat sebaya dengan anak bujangnya.
Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya rahsia ibu bernama Puspa Dewi daripada Jakarta Indonesia ini boleh kelihatan begitu muda.
Memetik laporan media massa di sana empat perkara ini menjadi amalan Puspa atau mesra dipanggil sebagai Mama Hadi.
Menurut Wanita ini penampilannya yang awet muda ini adalah hasil gaya hidup sihat yang sudah lama dipraktikkan.
Ads
1. Aerobik & zumba
Anak sulung merangkap jurulatihnya
Sejak kecil Puspa sudah terbiasa dengan sukan badminton dan renang. Namun bila usia meningkat dia memilih aerobik, zumba dan yoga yang dilakukan beberapa kali seminggu.
Aktiviti ini sudah sebati dengan dirinya hingga menyebabkan dia merasakan satu kekurangan jika tidak melakukannya.
“Saya akan rasa seperti ada yang ‘kurang’. Badan juga rasa tak sedap jadi saya perlu selalu bersenam.”
2. Amalkan makanan sihat, segar
Pada usia 50 tahun juga kulit wajah Puspa kelihatan sihat malah berseri. Semua ini hasil senaman yang teratur dan juga pemakanan sihat yang diamalkan.
Ads
“Amalkan makanan yang sihat, banyak makan buah, makan sayur dan senaman akan beri kesan hingga ke kulit wajah.”
Pemakanannya juga banyak dipantau oleh anak sulungnya yang juga seorang ‘nutritionist’ yang menjalankan perniagaan makanan sihat.
3. Kulit tegang hasil jaga wajah
Kulit wajah Puspa yang halus dan tegang sebenarnya adalah hasil amalannya yang rajin membersihkan kulit setiap hari dengan produk perawatan yang sesuai dan tidak berlebihan. Akui wanita ini dia juga sebenarnya sudah lama tidak mengalami masalah jerawat.
Ads
4. Jaga emosi
Bagi wanita yang mempunyai hampir 285,000 ribu pengikut di instagram ini, perasaan bahagia juga banyak mempengaruhi aura kecantikan.
“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata. Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar.”
Di sebalik hijab yang turut menutup wajah mereka, ramai yang kagum melihat kecantikan wanita Arab hingga kaum hawa sendiri pun boleh terpegun melihatnya.
Kebanyakan mereka berkulit putih, punyai hidung yang mancung, bola mata yang tajam serta bibir yang penuh. Menariknya walau pun sudah cantik namun mereka adalah golongan yang suka menjaga kecantikan diri untuk tatapan suami.
Enam makanan sunnah berikut adalah antara yang mereka amalkan untuk tujuan kecantikan.
1. Bunga saffron atau za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.
2. Minyak zaiton
Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka tamar atau cuka epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.
5. Habatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Lelaki pada hari ini turut sama ingin berkulit cantik dan sihat. Hal ini turut berkait rapat dengan penjagaan kebersihan. Seorang pengguna Twitter dengan nama Danial Faris Hashim mendedahkan regim penjagaan kulit wajah daripada berjerawat kepada kulit yang bersih di laman sosial itu.
Perkongsian lelaki ini mendapat ulang kicau yang tinggi lebih 7,000 kali. Jom tengok macam mana dia rawat kulit berjerawat ni sampai jadi cantik.
Kulit muka penuh jerawat
Asyik nak picit jerawat je
Syampu mengundang jerawat
Ubah turutan mandi
Pencuci muka lelaki kurang berkesan
Pakai pencuci muka emak
Pakai toner juga
Tak lupa pakai scrub
Sebulan sekali pakai mask
Pilih yang murah saja
Guna ais
Asingkan tuala muka dan tuala badan
Kerap tukar cadar dan sarung bantal
Pentingnya menggunakan sunscreen
Penjagaan bibir
Berbeza kulit dulu dan sekarang
Macam nak share cara aku recovery dari kulit yang berjerawat kepada kulit sekarang. Tapi ada yang nak baca ke ? Hahahahaha pic.twitter.com/AmiLwAaptv
Apabila hormon dalam badan tidak seimbang, banyak perkara tidak elok berlaku pada badan. Misalnya kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan emosi mulalah tidak stabil. Ya, sememangnya hormon seseorang individu itu berkait rapat dengan emosinya. Namun hormon dalam badan juga boleh diseimbangkan dengan cara semula jadi. Cubalah.
Makan lebih banyak protein
Pengambilan 20 hingga 30 gram protein dalam setiap makanan yang diambil boleh bantu meningkatkan hormon dalam badan. Dalam banyak-banyak sumber makanan protein, telur adalah sumber protein yang dikatakan sebagai terbaik. Makanlah telur setiap hari untuk membantu meningkatkan tahap metabolisme. Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Praktikkan bernafas dalam-dalam
Emosi dan hormon manusia saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika sedang berada dalam keadaan yang negatif misalnya sedih, pilu, sayu, marah, takut dan sebagainya, cuba tarik nafas dalam-dalam. Hal ini boleh bantu hormon lebih stabil. Berperasaan negatif boleh menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang.
Makan makanan organik
Makanan yang diproses kebanyakannya menggunakan racun serangga, suntikan hormon dan pelbagai lagi bahan yang tidak elok untuk tubuh manusia. Penggunaan hormon sintetik dalam makanan boleh menyebabkan badan kita keliru dengan hormon semula jadi yang ada dalam badan. Jadi mulai hari ini ayuhlah kita makan makanan organik yang bebas daripada hormon sintetik dan suntikan. Hal ini boleh membuatkan badan kita lebih seimbang kandungan hormon.
Mandi detox
Sesekali cubalah pergi ke spa yang ada menawarkan mandian detox. Mandian detox membantu meningkatkan tahap magnesium dalam badan dan menurunkan hormon stres dari dalam badan. Boleh juga buat di rumah jika anda mempunyai tab mandi untuk berendam.
Guna minyak pati
Minyak pati atau essential oil sememangnya sangat berkesan untuk membantu seseorang itu lebih relax sekali gus membantu hormon dalam badan jadi seimbang. Hanya sapukan minyak ini ke atas tubuh dan gosok lembut. Boleh juga dititiskan dalam air yang menyebarkan wap segar ke seisi rumah.
Berjalan kaki ayam di atas batu
Selalu ada laluan pejalan kaki yang diletakkan batu-batu timbul di taman rekreasi kan? Laluan berbatu ini sebenarnya membantu untuk seseorang individu itu menstabilkan hormon dalam badan. Kaki kita mengandungi lebih kurang 1,300 urat saraf. Jadi berjalan kaki ayam di atas batu timbul boleh merangsang urat saraf ini sekali gus membantu seimbangkan hormon. Best kan?
Senang je nak seimbangkan hormon ni rupa-rupanya kan?