Menu ikan bawal kukus Chinese Style begini kalau makan di restoren memang agak mahal harganya. Jadi kalau teringin dan nak jimat elok masak sendiri di rumah. Puas makan.
Cara membuat ikan bawal kukus Chinese style ini juga tak susah malah bahan-bahannya pun ada saja di rumah. Cuma perlu beli ikan bawal dan daun bawang saja.
Cara buat ikan bawal kukus Chinese style
Bahan-bahan
Ikan bawal – dibasuh bersih
Halia – potong memanjang
Batang daun bawang- dipotong
Cili padi -dihiris
Bawang putih -dicincang
Bahan sos
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
½ sudu teh gula
Ads
Cara membuat
1. Bawang putih digoreng hingga keemasan kemudian tutup api. Ketepikan
2. Panaskan periuk pengukus, kukus ikan bersama halia lebih kurang lima minit.
Ads
3. Kemudian satukan bahagian sos dan curah ke atas ikan yang sudah diletakkan daun dan batang bawang di atasnya.
4. Akhir sekali letak bawang putih yang digoreng tadi bersama cili. Siap
Mesti dah ada yang rancang nak masak nasi ayam hujung minggu ini. Apa kata untuk masak nasi guna cara yang dikongsi Aisyah Humaira.
Barulah hasil nasi ayam rasa lebih enak dan gebu malah baunya akan jadi wangi sangat. Makan nasi saja pun dah sedap.
Bahan-bahan:
1 ketul mentega (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Jenis Sos Tiram Rupanya Ada 5 Jenis Rupanya, Boleh Ikut Panduan Dari Chef Ini Sebelum Beli
Sos tiram antara yang selalu kita beli untuk kegunaan dalam masakan, selain sos cili, tomato,
Selalu waktu membeli selain daripada harga kita akan pilih berdasarkan jenama tanpa menyedari sebenarnya sos tiram ini sebenarnya ada beberapa kategori yang berbeza.
Menurut Chef Amer dalam satu perkongsiannya, sos tiram yang dijual di pasaran ada 5 jenis. Sebaiknya sebelum beli kena baca label dengan teliti.
Tapi jika nak mudah boleh baca perkongsian beliau tentang jenis sos tiram ini.
Masa saya beli Sos Tiram di NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.
Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best. Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja. Sebab itu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja. Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli sos tiram yang mana ? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal ya. Rajinkan sikit membaca, jangan main ambil saja.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi.
Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Kebiasaanya kita akan membuang saja kulit telur yang telah dimasak. Akan tetapi rupa-rupanya kulit telur ini juga ada gunanya.
Dalam satu perkongsian oleh Jatye Atie Christie dalam grup Berkebun Di Rumah memberitahu kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk suburkan tanaman.
Menurutnya ia mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit.
Jadi selepas ini basuh kulit telur dan kumpul banyak-banyak sebelum menumbuknya hingga hancur.
Jika tidak mahu ditumbuk, boleh juga gunakan mesin pengisar tetapi risikonya mesin akan menjadi sedikit bercalar.
Atau jika rajin, boleh sangai dulu kulit telur ini sebelum dikisar guna mesin pengisar.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...