Menjadi seorang kreatif apabila berjaya menggunakan semula barangan terpakai yang diubah menjadi barangan hiasan.
Bukan saja menghasilkan satu, tetapi boleh mendapat beberapa barangan keperluan dapur dan dekorasi.
Seperti perkongsian Norpadilah Binti Afandi dari Page Giler Deco Group yang kreatif apabila berjaya DIY globe untuk dijadikan bekas tisu, frame gambar, tempat letak snack dan juga pasu gantung..
Ads
Guna Semula Globe Terpakai
Hasilnya:
– Tissue holder
– Tapak frame gambar
– Bekas makanan ringan
– Pasu gantung
Cara Membuat:
Langkah 1
Globe kesayangan yang tidak digunakan lagi
Cari globe lama.
Langkah 2
Buka globe seperti ini, ada 3 item untuk di repurpose.
Dapat 3 item.
Langkah 3
Pasangkan skru hook pada pemegang globe.. Masukkan wall plug dalam lubang pemegang dan adjust sikit untuk bagi muat.
Pasang skru hook.
Ads
Langkah 4
Hasilnya untuk diletakkan tisu dapur.
Jadikan tempat letak tisu dapur.
Langkah 5
Untuk tapak globe, pasangkan ice cream stick dan lekatkan frame gambar dengan hot glue.
Jadikan frame gambar.Penyeri sudut.
Langkah 6
Potong globe menjadi dua menggunakan pemotong jenis ini.
Potong jadi dua bahagian.
Langkah 7
Cover dengan kain guni guna hot glue gun.
Balut kemas.
Langkah 8 Mix kan dengan kaki sofa lama dan boleh dibuat bekas snack di dapur.
Tempat letak snack ringan.
Langkah 9
Lagi sebelah kita pasangkan chain dan boleh dijadikan pasu gantung.
Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.
Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.
Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.
1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.
3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).
4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Teruja tengok hasil cili yang ditanam Cik Amri ini. Elok subur dan lebat. Menggunakan kaedah tanam secara gantung, kita juga boleh dapat hasil yang sama sebab beliau turut berkongsi tip penanaman yang digunapakai. Bagi yang menanam cili di rumah boleh praktikkan perkongsian beliau ini.
Boleh guna teknik ini kalau tanam cili di rumah
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.
1. Buang tunas air.
Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin.
Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair.
Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.
4. Cabut rumput liar
Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Jarak jangan dekat sangat
Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Medium jangan basah sangat
Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak saja ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Bila sakit perut atau pening kepala perkara pertama yang kita cari adalah minyak angin. Ini memang jadi kebiasaan kita.
Tapi menurut penerangan Dr Rushdan Noor, jangan ambil mudah penggunaan minyak angin ini kerana jika tersalah guna boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Berikut adalah penerangan beliau tentang perkara ini.
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran.
Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan.
Methyl Salicylate – adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan.
Menthol – pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan.
Camphor – ia juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan.
Mudarat jika guna pada kanak-kanak & cara guna salah
Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat. Ketiga-tiga ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).
Ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan.
Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kes ibu hamil guna minyak angin untuk sakit gigi
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi.
Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening.
Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini.
Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari.
Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Awas, jangan beli sembarangan
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan.
Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Tolong semak label
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak.
Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri.
Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...