Jeruk nenas atau lebih dikenali sebagai jeruk lanas di Terengganu, mungkin hidangan asing bagi ramai.

Tetapi percayalah, bila dah cuba sekali, pasti nak makan lagi! Gabungan rasa masam, manis, dan pedas yang seimbang, terutama bila dinikmati sejuk-sejuk, memang membuatkan ketagih. Cara membuatnya mudah saja.

Cara buat jeruk nenas

Bahan-bahan

Nenas -dipotong kecil
2-3 sudu besar cuka
1-2 sudu besar gula
1/2 – 1 sudu teh garam
1-2 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
Air masak

Jeruk Nenas Ini Sekali Cuba Memang Ketagih

Cara penyediaan

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Tambah air (kuantiti agak-agak tenggelam separuh kuantiti nenas)

Ads

2. Kacau hingga sebati sehingga gula larut.

3. Kemdian masukkan nenas yang sudah dipotong. Gaul sebati.

4. Simpan dalam peti sejuk. Semasa disimpan ini kuah jeruk akan bertambah kerana air nenas akan terus. Kuah inilah yang sedap dihirup, rasa manis-masih masam dan sedikit pedas.

Ads

5. Selepas sejuk bolehlah dihidangkan. Boleh juga dijadikan acar untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.

TIP EKSTRA

Ads

Semasa sedang memilih buah neanas, perhatikan pada bahagian luarnya. Nenas yang manis memiliki warna kulit yang terang, bukanlah yang berwarna malap atau kelam. Warna kulit yang berwarna oren kekuningan menandakan ia sudah masak.

Sumber: Asmah Za’ba

Baca Lagi: Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan 

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Kalau Tanah Di Rumah Jenis Tanah Liat, Boleh Tanam Nenas. Tetap Subur Tapi Buat 3 Langkah Ini

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI