Selepas Halima Aden menyertai Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat, kini giliran anak gadis dari Malaysia, Nurul Shamsul mencatat sejarah tersendiri.
Gadis berhijab ini tersenarai antara 20 finalis Miss Universe New Zealand 2018. Dia adalah wanita berhijab pertama di negara itu yang sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut.
Diumumkan sejak sebulan lalu, namun baru hari ini ia tular di Malaysia.
Setelah hampir sebulan bergelar finalis dan melalui beberapa fasa akui Nurul ia bukanlah sentiasa mudah. Namun Nurul yang sudah matang enggan mengalah.
“Sebulan yang lalu saya diumumkan sebagai finalis Miss Universe New Zealand. Saya masih mengingati perasaan sebelum dan selepas pengumuman itu.
“Saya berdoa agar sekiranya peluang ini terbaik untuk saya dan agama maka makbulkanlah dan sekiranya tidak, elakkanlah,” titipnya dalam posting terbaru di instagram.
Ads
“Kini beberapa minggu melalui perjalanan pertandingan tersebut, ia tak sentiasa mudah buat saya. Tapi sebagai wanita yang sudah matang saya tidak akan berputus asa.
“Semuanya bergantung kepada kepercayaan kita bahawa semuanya akan berjalan lancar. Allah lebih mengetahui.
“Alhamdulillah saya bersyukur atas kasih sayang dan sokongan selama ini. Saya mohon agar niat saya kekal dan saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhinya. Insya-Allah,”katanya lagi.
Mengenai latar belakangnya, Nurul berkata, ibunya berasal dari Indonesia, manakala bapanya rakyat Malaysia. Ketika ini dia masih menuntut di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial.
Ads
“Saya ingin sekali membantu masyarakat untuk berjaya dan memberi ruang kepada individu bagi menjamin masa depan,” katanya.
Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini.
Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi yang mengorbankan 24 nyawa memang cukup menyedihkan. Rata-rata membayangkan keadaan anak-anak ini ketika bergelut mahu keluar dari asrama yang terbakar.
Mengingat keadaan itu hati ini direntap sebak dan sayu.
Tidak ketinggalan terkesan malah berasa lebih sedih adalah pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim yang turut mengenali anak-anak tahfiz yang terkorban.
Menitipkan perkara tersebut dalam instagram miliknya ujar Rizalman pusat tahfiz ini merupakan tempat belajar anaknya Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS).
Menurut Rizalman anak-anak ini telah menjadi sahabat Umar malah dia sendiri selalu mengundang pelajar sekolah ini selalu mengundang mereka untuk majlis baik di rumah atau di pejabat.
Atas sebab itu ujar Rizalman dia amat terkesan dengan pemergian anak-anak ini.
Baru-baru ini seorang wanita telah mendedahkan pengalaman ditipu seorang wanita hamil di pusat beli-belah Suria KLCC. Niat untuk membantu wanita hamil yang mendakwa dirompak dan menanggung kesakitan pada bahagian perut, nyata sia-sia. Mungkinkah ini modus operandi penipuan terkini yang digunakan untuk menipu orang ramai? Perkongsian ini telah mendapat ribuan share dan komen di facebook. Jom ikuti pengalaman wanita yang menggunakan akaun facebook dengan nama Lee Wen Lin ini.
Hati-hati tipu daya terbaharu
I would like to bring to your attention a scam incident that happened to me in KLCC today ☹
Saya didatangi seorang wanita hamil di lif KLCC. Wanita itu mengatakan dia dirompak di tempat letak kereta. Perutnya pula sedang sakit dan dia mengatakan berlaku pendarahan dan mungkin hendak bersalin.
1. An anxious pregnant Indian lady approached me at the lift in KLCC and said she was robbed in the car park and her stomach was really in pain (she said she was bleeding inside, and was about to deliver).
Suami tak angkat call
Saya pinjamkan dia telefon saya untuk menghubungi suaminya dan juga talian kecemasan 999. Ketika membuat panggilan, tangannya menggigil dan air matanya mengalir. Dia kata suaminya tak menjawab panggilan, mungkin sedang menerbangkan pesawat sebab suaminya seorang juruterbang. Kemudian dia menjelaskan, talian 999 menjawab supaya dia pergi ke hospital dengan kereta persendirian. Wanita itu kemudiannya tiada sesiapa mahu membantunya termasuklah bahagian keselamatan KLCC.
2. I borrowed her my phone so that she could call her husband and also emergency 999. She called, with hands shaking and tears rolling. She said her husband is not picking up – must be flying a plane now (he is a pilot). According to her, 999 replied her that she need to go to hospital on a private car. She was shivering and weeping, saying no one is helping her, including the KLCC security.
Saya menawarkan diri untuk telefon Grab bagi membawanya ke hospital berdekatan. Dia menegaskan dia perlu ke Subang Jaya Medical Centre sebab di sanalah dia akan bersalin nanti. Hospital atau klinik lain tidak akan menerima kemasukan dirinya.
3. I voluntered to help her call a Grab to nearby hospital. She said she need to go to Subang Jaya Medical Centre because thats her laboring hospital. Other hospital or clinic wont accept her.
Saya mahu tempah GrabCar dan gunakan GrabPay tetapi dia mahu menggunakan GrabTaxi dengan pembayaran secara tunai atas alasan kerusi kulit tidak akan terjejas dengan darah yang ada pada pakaiannya.
4. I wanted to order a GrabCar and use GrabPay but she insisted on using GrabTaxi with cash payment method because leather seats will not get stained by her blood on her clothes.
Minta wang tambang
Sebelum masuk ke dalam teksi, dia minta sedikit wang untuk membuat pembayaran. Melalui aplikasi Grab, anggaran tambang antara RM50-RM80 jadi saya berikan dia RM120 atas dasar membantu.
5. Before boarding the taxi, she asked for some money to cover her expenses. The Grab app estimated between RM50-RM80 so I gave her RM120 out of goodwill.
Perjalanan dihentikan, tambang hanya RM1
Lebih kurang 5 minit selepas teksi berlalu, perjalanan ditamatkan. Tambang teksi hanya RM1, berdasarkan kepada resit grab yang saya peroleh.
6. Within five minutes after the taxi left, the journey ended. The taxi cost is just RM1, looking at the grab receipt that i got.
Bila saya lihat semula log panggilan, saya sedar 999 tidak menjawab panggilan pun. Wanita itu berlagak seolah-olah bercakap dengan seseorang di telefon. Saya agak ini mungkin modus operandi terbaharu menggunakan pemandu teksi dan wanita hamil untuk memperdayakan orang ramai. Berhati-hati dengan wanita hamil yang minta wang. Saya sepatutntya bawa wanita ini ke pejabat pengawal keselamatan atau minta bantuan daripada orang ramai atau telefon sendiri 999.
7. Looking back at my call logs, I realized 999 never actually answered her call. She was actually pretending to talk over the phone.
I suspect that this may be a new modus operandi that is used by taxi drivers and pregnant lady to con people.
Beware of pregnant lady asking for money. I should have brought her to the security office or asked for help from nearby crowd or called 999 myself. ?
VK bimbang sekarang ni macam-macam cara nak menipu orang. Kalau betul ini cara tipu daya terbaharu, VK harap orang ramai lebih berhati-hati. Sekarang ni ramai orang baik, tapi orang baik selalu diperdayakan. Dunia makin teruk.
Satu persatu kisah menyentuh hati membabitkan enam anggota bomba yang terkorban dalam insiden lombong tinggal di Puchong dikongsi di media sosial.
Daripada kisah di lokasi hinggalah ahli keluarga mangsa yang terlibat. Terbaru adalah melibatkan allahyarham Yahya Ali, 24 tahun yang berasal dari Mukah Sarawak ini.
Pemergiannya meninggal ibu dan ayah tersayang selain tiga orang adik beradiknya. Arwah Disifatkan sebagai abang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal adik beradiknya.
Sempat beli tapi tak sempat serah
Apa yang menyentuh hati, arwah sempat membeli dua utas barang kemas untuk dihadiahkan kepada adik-adiknya.
Perkara itu didedahkan oleh Zubaidahsbahii Idahyang juga kenalan rapat arwah Yahya. Dalam satu posting di Facebook beliau menceritakan bagaimana Yahya yang dianggap sebagai sebahagian keluarganya sempat membeli dua utas barang kemas untuk diberikan kepada adik-adiknya di Sarawak.
“Tak sempat nak post untuk keluarga di kampung. Takpe kita kat sini akan tolong post kan. Kepunyaan arwah untuk adik-adiknya di sarawak. Ya Allah semoga kau tempatkan anak ini di kalangan orang2 yg beriman. Amin,”tulisnya dalam satu posting.
Dalam pada itu wanita ini turut bertekad untuk menghantar barang kemas ini pada keluarga arwah di Sarawak sebagai untuk memenuhi hasrat yang tidak sempat ditunaikan itu.
Yahya macam anak sendiri
Menurut Zubaidah dalam posting sebelum itu, arwah Yahya dianggap seperti anaknya sendiri. Hampir setiap hari dia bertemu dengan arwah malah mereka juga akan beraya bersama memandangkan keluarganya berada jauh di Sarawak.
Dalam pada itu posting Zubaidah ini juga tular di Facebook hingga mendapat ribuan komen yang rata-ratanya dipenuhi kata-kata doa untuk arwah selain takziah untuk keluarganya.
Sama-sama kita doakan agar roh Yahya serta lima lagi rakannya ditempatkan penghuni syurga. Amin.