Kek tornado ini memang sedap, rasa coklat, lemak keju memang buat kita nak makan berulang kali.
Kalau beli harganya boleh tahan, lebih kurang RM15-20 untuk sebekas kecil. Jadinya kalau nak makan puas kena buat sendiri.
Boleh ikut resipi Fatimah Saari ini, katanya sekali buat dapat 3 bekas. Jangan bimbang cara buatnya tak susah sangat, first time buat pun menjadi.
Buat sendiri kek tornado viral
Cara buat kek coklat
Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat ( guna 1 cawan tepung saja utk kek lagi moist. Kalau tiada boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder ayak)
1/2 cawan serbuk koko (boleh ganti dengan Milo
1/4 cawan air panas
Cara membuat
Pukul telur bersama gula dan esen vanilla (pukul rata)
Masukkan minyak masak, kacau biar sebati
Masukkan tepung dan baking powder serta soda bicarbonat
Masukkan serbuk koko/coklat/Milo.
Akhir sekali masukkan air panas kacau rata.
Bakar api atas bawah suhu 180/ 50 minit brgantung pada tahap kepanasan oven. Boleh juga kukus 40-45 minit.
Tip: Supaya kek gebu tak perlu guna mixer cuma kacau guna sudip macam buat lek brownies.
Cara buat cream cheese
Bahan-bahan
250 gram cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
3-4 sudu besar susu pekat (ikut cita rasa)
Cara membuat:
Pukul cream cheese sampai lembut
Tambah susu pekat (tahap kemanisan yang anda suka)
Masukkan whipping cream dan mix sampai gebu dan ringan.
Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
Cara buat ayam goreng berempah
Bahan-bahan
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara membuat
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Selain mi sup, hidangan mi kari juga antara yang disukai ramai. Boleh jadi menu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tapi jarang jumpa jumpa kedai yang hidangkan mi kari sedap.
Nak tak nak kena buat sendiri kalau teringin. Jika bercadang nak makan mi kari boleh guna cara yang dikongsi Afy Al Habibi untuk buat kuahnya. Hasilnya sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin. Tengok gambar pun dah terliur.
Cara buat kuah mi kari sedap letup
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan).
1. Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering (tiada dalam gambar)
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya). Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
3. Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar rempah kari
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran ini ke dalam periuk
4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. (Cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu). Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
5. Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
7. Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang).
8.Tutup semula periuk.
9. Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
10. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air.
(Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini).
11.Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
12.Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
13.Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;
– tauhu pok (dibelah 4)
– fishcake
– fishball goreng
14.Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Ini bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Siap hidang. Tengok pun dah terliur.
Mi kari ini confirm tak rasa muak kalau makan.
Dah ada step by step macam ni lebih mudah, ikut saja gerenti jadi. Insya-Allah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...