
Selalu bila ada lebihan nasi kita akan goreng. Tapi selain daripada menu itu ada lagi yang kita boleh olah guna nasi sejuk.
Antaranya buat keropok nasi, macam keropok Mony yang kita makan dulu-dulu. Cara membuatnya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Eina Izzara.
Cara buat keropok nasi
Bahan-bahan:
Nasi sejuk- rendam 1 jam dan tos
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Tepung ubi
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat:
1. Nasi sejuk yang ditos tadi kisar kering. Tumbuk/ kisar bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis (kuantiti ikut nasi sejuk contohnya; 1 mangkuk nasi, 3 biji bawang putih, 1 sudu teh ketumbar, ikan bilis secukupnya).
2. Gaul semua bahan tumbuk ke dalam nasi tadi. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka.
3. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tadi, uli sampai doh tak lekat di tangan. Kemudian bentuk doh bulat memanjang.
4. Dah siap bentuk doh, panaskan air dalam periuk dan rebus doh tadi. Bila timbul boleh angkat dan tos. Sejukkan.
5. Ambil pewarna dan bancuh dengan sedikit air dan sapu pada doh keropok tadi. Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya senang dipotong.
6. Potong nipis letak atas dulang dan jemur. Kalau panas sehari dah kering.
Inilah keropok nasi yang dah kering. Boleh terus goreng atau simpan.
Selamat mencuba
Sumber: Eina Izzara
Peniaga Makanan Laut Kongsi Tip Pilih Ikan Pari Segar & Punca Ikan Berbau Hancing

Ikan pari antara lauk yang sedap dibuat asam pedas dan juga bakar, tapi bila nak masak sendiri ramai yang ragu-ragu waktu nak beli ikan ini. Takut salah pilih dapat yang bau busuk hancing, memang spoil. Rugi lagi satu.
Dikongsi oleh peniaga makanan laut, Asmah Chem berikut adalah cara untuk memilih ikan pari yang segar dan tak berbau hancing. Tapi sebelum itu baca penjelasan beliau kenapa ikan pari ini berbau hancing.
Kenapa ada ikan pari bau hancing?
Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.
Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar. Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.
Punca hancing sebab tak segar
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tip pilih pari segar
1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.
2. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
3. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.
Semoga bermanfaat
Geli Tengok Cacing Dalam Bilik Air, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Hapuskannya

Lantai bilik air dah cuci tapi entah dari mana datang, cacing tetap ada. Cacing kecil merah ini selalunya didapati di celah-celah lantai mozek atau jubin bilik air.
Memang tak mendatangkan kecederaan tapi agak geli dan rasa kotor bila melihatnya. Untuk menyelesaikan masalah ini ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Mudah saja.
1. Guna garam
Ambil saja garam di dapur kemudian taburkan pada lantai bilik air dan lubang bilik air. Tapi kena buat kerap. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
Simpan sikit air garam itu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian sembur ke dinding bilik air. Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing itu datang.
2. Guna peluntur
Boleh juga gunakan cecair peluntur. Memang berkesan tapi hati-hati menggunakannya kena kandungan kimianya kuat. Boleh buat mata pedih.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan peluntur ini pada lantai dan dinding.
3. Guna cuka
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama, semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
4. Grout cleaner
Pencuci lantai jenis ini memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa. Selain membersih kotoran ia juga boleh menghapuskan cacing yang melekat di celah lantai.
5. Tutup lubang & celahan mozek atau jubin
Memandangkan cacing ini selalu berada di celah mozek atau jubin boleh juga menutup ruang ini dengan cara grout iaitu menutupnya menggunakan simen putih.
Ada dijual di kedai hardware atau beli secara online sama ada dalam bentuk bancuh sendiri atau dalam botol yang sedia digunakan terus. (klik SINI untuk link)
6. Cat epoxy
Satu lagi cara adalah dengan cat epoxy. Cara ini bukan saja boleh elakkan kehadiran cacing tapi menutup semua lubang atau kebocoran lantai bilik air. Sambil itu boleh cantikkan lantai bilik air juga.
Selamat mencuba
Sumber: Free Malaysia Today
Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.
Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.
Cara buat sambal telur rebus goreng yang sedap, warna merah menarik
Bahan-bahan:
10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)
Bahan kisar:
15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas
Bahan sos:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
Garam
Bawang Holland-mayang bulat
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.
2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.
Tip waktu masak sambal
- Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
- Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
- Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
- Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.
Resipi: Noor Bariah Ana
Tip elak telur meletup letup waktu goreng
Cucuk keliling telur denan garfu sebelum goreng. Tak perlu guna kunyit dan garam lagi. Foto & petua Fahanis Ibrahim
Info chopper
Selain bahan, perkakasan i yang sesuai juga memudahkan kita memasak sambal. Mind Food Chopper Set ini sedia untuk membantu menyenangkan kerja membuat sambal. Klik SINI untuk lihat dan beli.