
Tip mudah elak air ‘berkarat’ masuk mesin basuh supaya baju tak kotor. Tip ini kena tahu sebab kejadian air paip keruh atau berkarat selalu kita hadapi terutama selepas bekalan air terputus.
Nak minum, masak pun kita ragu-ragu malah nak basuh kain juga jadi masalah. Habis kain bercapuk kotor bila air paip berkarat ini digunakan. Lagi sakit hati pakaian pulak warna putih.
Bagi yang menghadapi masalah ini ketika mencuci pakaian menggunakan mesin basuh mungkin boleh praktikkan survival skill yang dikongsi oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim.
Tip Mudah Elak Air ‘Berkarat Masuk Mesin Basuh
Ini lagi satu survival skill yang saya pernah kongsikan dulu. Dan nampaknya saya masih lagi perlu amalkan di rumah baru.
Bagi mengelakkan baju yang dibasuh terutamanya berwarna putih terkena air yang keruh kuning ini boleh guna kaedah letak kain dalam bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh seperti gambar di atas.
1. Air paip akan melalui bekas detergent ini sebelum sampai ke baju cucian. Mana-mana bahan terampai (punca air menjadi kabut yang boleh meninggalkan kesan pada baju) akan ditapis oleh kain ini.
2. Gunakan jenis kain yang mudah menyerap air, lipat beberapa lapisan untuk mengoptimumkan kadar tapisan. Tidak perlu beli kain baru, guna kain yang sudah tidak digunakan lagi saja.
3. Basuh dan gantikan kain ini bergantung kepada tahap kekotoran air. Macam kes saya, seminggu sekali saya akan cuci.
4. Lagi satu cara boleh gunakan penapis air paip yang banyak dijual.
Boleh klik SINI untuk link.
Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.
Sumber: Fatimah Salim