Kadang-kadang terasa sayang bila tengok buah dari pokok sama ada jambu, mangga, dan sebagainya jatuh berguguran terbiar begitu saja akibat terlalu lebat.
Daripada terbazir begitu sebenarnya buah yang berguguran ini boleh kita guna semula untuk dijadikan baja cecair yang baik untuk tanaman berbunga dan pokok buah.
Hari ni saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.
Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian payah sikit sebab kulitnya terlampau keras.
Ads
Formula asas untuk hasilkan baja cecair dari buah;
1.Nisbah buah : gula merah = 1:1
Contohnya kalau ada 1kg buah, campurkan dengan 1kg gula merah.
Ads
2. Masukkan dalam bekas dan tutup.
3. Peram selama 3-4 minggu. Boleh tambah air jika mahu.
Ads
Cara penggunaan
Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat tercekik makanan ringan.
Kita mohon dijauhi dari berlaku pada ahli keluarga kita. Tapi pada masa yang sama ibu bapa juga perlu belajar teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa jika ia berlaku kepada anak kita.
Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, perkhidmatan kurier servis dapat sambutan ramai. Maklumlah duduk rumah tak boleh keluar jadi banyak yang beli barang secara online.
Rungutan barang lambat dan tak sampai pun banyak juga. Kalau ada yang dah bosan menunggu kurier yang makan masa berhari-hari, kita sebenarnya ada saja alternatif lain untuk barang yang dipesan atau dihantar diterima dengan cepat.
Boleh guna servis kurier melalui penerbangan antaranya FireFly Express. Pernah menggunakan servis ini sebanyak dua kali, ZulFadzli Mohd Tahir Biz pengedar kambing perap berkongsi info dan pengalaman menggunakan perkhidmatan ini. Ramai tak tahu kan!
Jarak sejauh 460km, tapi barang boleh sampai kurang dari 2jam.
Sedikit review penggunaan servis kurier dari FireFly Express.
1) Penghantaran boleh ikut jadual perlepasan penerbangan di web rasmi Firefly.
2) Berada di airport sejam awal dari waktu penerbangan.
3) Pemeriksaan kastam, daftar masuk di kaunter & isi borang.
4) Bayar secara tunai / debit.
Selesai.
Selamat mencuba gais!
Ni hantar kambing pukul 12, kul 1.30ptg dah sampai sana.
Ais pun tak sempat cair lagi.
Masalah makanan yang digoreng melekat pada kuali memang buat kita geram. Kadang-kadang habis hancur ikan gara-gara melekat. Rupanya untuk elak kuali dari melekat ini caranya mesti dimulakan sejak awal beli kuali lagi.
Kita kena bakar dulu kuali barulah kuali takkan melekat sampai sudah! Tip ini dikongsi oleh Wan LuQman dan dia juga menunjukkan langkah untuk melakukannya.
Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”.
Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jagakuali akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok, macam enamel wok tu.
Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best.
Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Dapur saya bukan high pressure, tapi turbo burner.
1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang kita gonyoh semua.
2. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan tu. Biarkan saja.
3. Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
5. Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
6. Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10 minit.
7. Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.
8. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya.
9. Test run. Goreng lah apa pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke.. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing atau hangus.
10. Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
11. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit.
12. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya.
13. Lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
14. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, kuali akan start berasap. Tutup api, siap!
Besok -besok nak pakai, panaskan dulu kuali, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insya-Allah lepas tu kuali akan hitam gelap macam kat restoran tu, itulah yang kita mahu. Confirm melekat sampai sudah.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...