Kagum sungguh lihat kesungguhan wanita ini bercucuk tanam walaupun tinggal di kediaman di tingkat 10.
Tanpa tanah, ruang balkoni yang terhad dijadikan lokasi kebun sayur. Meriah dengan pelbagai jenis sayuran.
Bercucuk tanam untuk bekalan makanan sendiri dan juga terapi redakan stres, Gee Ja turut berkongsi tip dan cabaran untuk yang berminat berkebun di balkoni sepertinya.
Kali pertama nak berkongsi di sini. Kebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief. Sayuran yang ditanam – sawi choy sum, pakchoy, kailan, kangkung, bayam, bayam brazil, genovese basil, thai basil, bendi, ulam raja, kunyit, bangun-bangun, pudina.
1.Semua tanaman ini ditanam dari biji benih.
2. Sayur kena tanam dalam pasu dan kena sediakan rak supaya boleh tanam banyak tanaman.
3. Perlu dibaja supaya subur, semua pokok guna baja sama saja iaitu baja AB & Milagro.
4. Kena gilir-gilir alihkan pasu berisi tanaman supaya semua sayur dapat cahaya yang cukup kerana balkoni agak terlindung cari cahaya matahari.
5. Supaya balkoni bersih selepas siram pokok, air dah kering kena sapu & cuci lantai. Kalau pakai pelapik pasu pun air tetap akan jatuh ke lantai.
1. Bila kediaman ditingkat agak tinggi, angin pun kuat jadi akan ada kejadian pasu tergolek. Itu biasa, saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih.
2. Sangkaan awal kalau bertanam di tingkat tinggi kurang perosak. Sebenarnya tidak, tetap ada banyak serangan aphid, spider mite (ini paling susah nak rawat), mealy bug & fungus gnat.
Kena ada kawalan serangga, setakat ini guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan untuk kawalan namun belum berjaya sangat.
Ulam raja antara sayur ulam yang disukai ramai. Ini kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Antaranya ulam raja ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal kadar denyutan jantung selain ulam ini kaya dengan antioksida dan agen detoks.
Pokok ulam raja ini memang berbaloi tanam di rumah, mudah untuk kita makan secara segar. Cuma jika tanam ulam ini, kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.
Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.
Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.
Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.
Gam Gajah, Superglue atau gam 3 Second biasa kita gunakan di rumah untuk membaiki alat yang pecah, koyak dan sebagainya.
Tapi satu masalah bila menggunakan gam yang kuat ini, ia selalu terkena pada tangan dan nak hilangkan pulak memang sukar. Basuh atau cuci berkali-kali pun tak hilang juga.
Selalu menggunakan gam 3 Second untuk bertukang, Wak Saiein berkongsi cara yang beliau praktikkan untuk menghilang kesan gam yang melekat pada jari.
Menurut beliau bahan yang diperlukan cuma dua saja iaitu; -Kertas pasir (writ 200-300) -Sabun buku (sabun mandi atau sabun basuh).
1.Ambil sabun buku dan gosok pada kertas pasir.
2. Kemudian gosok kertas pasir tadi pada bahagian jari yang terkena gam tadi. Jangan gunakan air.
3.Gosok sehingga kesan gam hilang kemudian barulah basuh menggunakan air.
4. Teruskan gosok dengan kertas pasir tadi jika lihat masih ada baki kesan gam pada jari.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video yang dikongsi oleh beliau.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...