Seronok kalau lihat pokok dan sayuran cili, sawi, terung, limau dan sebagainya yang kita tanam keliling rumah hidup subur.
Tapi yang tak bestnya bila pokok yang subur ini habis dikerjakan dek ulat/ serangga perosak daunnya. Memang frust!
Jika kejadian begini berlaku pada tanaman atau sayuran yang ditanam bolehlah praktikkan petua yang dikongsi oleh Hipni Jafar yang menggunakan cara sama pada pokok limaunya yang daunnya dirosakkan ulat -ulat ini.
Tak perlu beli racun serangga pun cuma bancuh bahan yang sedia ada di rumah untuk dijadikan semburan menghapuskan perosak ini.
Petua hapuskan ulat naik daun
Ads
Petua ini diperoleh daripada sahabatnya yang menggunakan empat bahan berikut;
1 sudu pencuci pinggan (Glo) 2 sudu MSG (Ajinomoto) 1/2 sudu minyak masak 1 liter air
Cara membuat:
Ads
Bancuh semua bahan dan letak dalam botol sray.
2. Sembur pada tanah, pohon dan daun pokok kemudian boleh lihat hasilnya.
Ulat/serangga yang merosakkan daun akan mati dan gugur ke tanah. Cara ini juga kesan untuk hapuskan siput babi. Gambar di bawah selepas 2 hari semburan dibuat.
Pintu sliding susah ditutup dan tersekat adalah masalah yang biasa terjadi pada kediaman yang menggunakan pintu jenis ini. Selalunya ia berlaku bila sudah lama digunakan.
Pintu sliding dengan masalah sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, dan tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3. Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Bagi yang mahu mudahkan rutin seharian atau tak cukup masa untuk mengemas rumah boleh guna konsep minimalis ini. Lagi elok kita ikut cara Susun Atur Sioca ini, memang mudahkan kehidupan.
Kalau lihat kediamannya memang kosong kerana prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Tiada fungsi tak beli, terbeli let go
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...