![Untitled design (83)](https://cdn.vanillakismis.my/2024/02/Untitled-design-83-696x365.jpg)
Ada masa kita nak makan lauk yang ringkas-ringkas saja, dah tak mahu gulai atau sambal yang berminyak atau berlemak.
Kalau datang selera macam ni boleh buat ikan singgang kuning ini. Dalamnya dah ada sayur jadi tak perlu buat sayur goreng. Paling best bila buat ikan singgang kuning ini adalah bab hirup kuahnya. Memang sedap.
Bagi yang tak pernah buat boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini. Katanya nak guna ikan apapun boleh untuk buat singgang kuning ini, sama ada selar, kembung, parang atau siakap.
Boleh juga jadikan menu ibu dalam pantang, sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam.
Lauk ikan singgang kuning
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 batang serai-diketuk
Asam jawa
2 tangkai lada besar
1 batang bunga kantan (potong dua)
Bahan ditumbuk
1sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu
2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.
3. Masuk ikan, Letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya
4. Akhir sekali masukkan bendi, bila sayur masak tutup api. Siap.
Sumber: Mizah Ngatiman
DIY Home Cinema, Macam Tengok Movie Kat Panggung Wayang! Ini Alat Yang Kena Ada
![DIY Home Cinema, Macam Tengok Movie Kat Panggung Wayang! Ini Alat Yang Kena Ada](https://cdn.vanillakismis.my/2021/06/Untitled-design-42-1.png)
Antara cara kita habiskan masa di rumah adalah dengan menonton movie. Tapi tengok movie di handphone atau tv dah biasa.
Supaya lagi happening apa kata kita buat home cinema macam ni kalau ada bajet lebih. Terasa macam tengok movie di panggung wayang.
Ini idea yang boleh dilakukan jika nak adakan home cinema menurut perkongsian Nahar Efendy Noordin.
DIY Home Cinema
Kalau ada bilik lebih kat rumah tu apa kata jadikan home cinema? Boleh tengok Frozen buat kali ke 1000 dengan anak-anak. Mesti dorang suka, hilangkan boring lockdown di rumah.
Letak benda ni ada wall, gambar jadi terang giler!
Projector Wall/Paper: shp.ee/tqr2x2d
Pilihan Projector:
🎥 6000 Lumes Projector: shp.ee/7yzcnvd
🎥 8K Ultra HD Projector: shp.ee/4qgpvh8
🎥 Xiaomi Wanbo: shp.ee/czxcdtd
🎥 W80 HD Projector: shp.ee/9ari5w8
Teepee Tent: shp.ee/7isqn9m
Idea deko selebihnya boleh ikut kesesuaian.
Selamat mencuba
Sumber: Nahar Efendy Noordin & Cerebros
Beza Santan Kotak, Serbuk & Segar, Ini Tip & Penggunaan Yang Perlu Kita Tahu
![Beza Santan Kotak, Serbuk & Segar, Ini Tip & Penggunaan Yang Perlu Kita Tahu](https://cdn.vanillakismis.my/2021/12/Untitled-design-21.jpg)
Kita memang selalu guna santan dalam masakan, baik yang segar dalam kotak atau jenis serbuk.
Tapi untuk pengetahuan, setiap jenis santan ini ada cara penggunaan yang berbeza. Perkongsian daripada Ummi Syuhada boleh jadi membantu kita dalam penyediaan masakan jika menggunakan jenis-jenis santan ini.
Tip dan penggunaan santan segar, kotak dan serbuk
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.
Santan segar
1. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek,(contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik.
Kena bajet waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama santan dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.
2. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk masuk dalam periuk tak perlu tunggu cair semula.
3. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak. Cara lain: blend santan beku dgn air suam.
4. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecik. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit.
Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangn tuang sampai habis santan yng keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam pada pulut.
5. Santan segar yang beku nak cek cair ke tak? Tengok bahagian mendapan. Kalau bahagian ais banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yg pekat, bahagian ais beku lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati saja.
6. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai habis.
Santan kotak
1. Santan Kara pekat, sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna santan ini sebab tiada masalah santan pecah minyak & berketul. Jenapa Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa ketiga-tiganya sedap.
2. Untuk rendang, santan kotak Kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yg berlemak tak perlu tumis sebab lemak akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna santan kotak jenis Kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dgn air panas. Santan kotak yang ini susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S pula boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.
Santan Serbuk
1. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, kek, nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
2. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecik, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
3. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok ikat getah atau kepit klip simpan kat chiller.
Ini sekadar perkongsian saya, bukan bertujuan nak mengajar otai-otai, chef dan tukang masak yang mahir ye. Ia sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri saja, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.
Sumber: Ummi Syuhada
Cara Buat Nasi Ayam Paling Jimat Masa. Nasi & Ayam Masak Sekali!
![Cara Buat Nasi Ayam Paling Jimat Masa. Nasi & Ayam Masak Sekali!](https://cdn.vanillakismis.my/2020/09/271609-21_26_804875.jpeg)
Nak makan sedap tapi cepat siap boleh buat nasi ayam Thai ini. Memang jimat masa sesuai untuk korang yang ada banyak kerja nak buat.
Jimat masa sebab nasi dan ayam dimasak sekali. Nak buatnya pun mudah.
Boleh ikut perkongsian dari Khas Fena.
Jimat masa sebab nasi dan ayam masak sekali!
Kalau korang rasa nak masak benda yang menjimatkan masa, Nasi Ayam Thai
ini memang sesuai sangat. Sebab ayam tu campak sekali beras, masak, siap!
Kalau nak tahu cara masak, boleh tengok resipi ada di setiap gambar ok.
Resipi ini sesuai untuk dua orang makan. Selamat mencuba!
1. Bahan untuk nasi & ayam
Ayam 4 ketul
2 inci halia dihiris
Sebiji bawang besar dihiris
1 kiub ayam
Akar ketumbar
2. Masukkan air dalam periuk, masukkan empat ketul ayam dan bahan bahan
yang dah disiapkan tadi. Letak garam sikit. Didihkan sekejap. Tak perlu lama lama sebab nanti kita nak masuk ayam dalam rice cooker pulak kan.
3. Sambil ayam mendidih tu, basuh 2 cawan beras dan toskan air.
4. Masukkan 3 cawan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras
tadi. Susun ayam atas beras dan masak nasi macam biasa. Simpan sikit air rebusan ayam untuk sup & sos.
5. Ini nasi yang dah siap dimasak.
6. Kita sediakan sos pulak.
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3 biji cili padi ditumbuk lumat (tiada dalam gambar)
3 biji cili padi dihiris halus
Daun ketumbar dihiris halus
7. Masukkan 2 sudu makan sos cili Thai, saya guna brand Life. Kemudian
masukkan 1 sudu teh kicap manis. Memang pakai sikit sebab kalau letak
banyak nanti sos nampak gelap sangat & tak cantik.
8. Masukkan 2 biji jus limau kasturi. Letak garam sikit sesedap rasa. Gula tak perlu sebab sos thai tu sendiri dah manis.
Sos ini cair & kena ada rasa pedas masam manis masin yang seimbang okeh.
Tapi lebihkan rasa pedas tu baru best.
9. Hias dengan sesame seed. Yang ni nak cantik je tak letak pun takpe. Okay
siap sos.
10. Cara buat sup
Kita adjust air rebusan tadi untuk buat sup. Masukkan 1 sudu teh serbuk
blackpepper.
Letak garam sikit. Biarkan mendidih sekejap. Lepas tu tabur daun sup masa nak
hidang. Done!
Siap untuk dihidang
![Cara Buat Nasi Ayam Paling Jimat Masa. Nasi & Ayam Masak Sekali!](https://cdn.vanillakismis.my/2020/09/271675-21_26_996721.jpeg)
Selamat mencuba!
Sumber: Khas Fena