Nak makan nasi sorang je dan bila masak dalam rice cooker jadi berkerak pulak. Sudahnya nasi dapat sikit saja, nak kena basuh periuk lagi. Leceh la juga.
Sebenarnya jika nak masak nasi dalam kuantiti sikit atau sorang makan ada cara yang lagi mudah dan tak membazir akibat kerak. Caranya masak nasi guna mug atau cawan saja. Langkahnya dikongsi oleh Amalina Aziz.
Cara masak nasi untuk sorang makan, guna mug lagi senang
1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
Ads
3. Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Ads
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Sekarang ramai yang minat bercucuk tanam, bagus lah macam tu kan. Selain bayam brazil, serai, daun kunyit, sawi yang senang ditanam di rumah, kita juga boleh cuba tanam kentang.
Ramai ingat tanam kentang macam perlu tanah luas, tapi sebenarnya tanam dalam pasu saja pun boleh.
Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian beliau.
Masalah kuali melekat biasa terjadi bila menggoreng menggunakan kuali jenis lama. Ada macam-macam petua yang dikongsi untuk mengelakkan ia terjadi antaranya tabur bakar kuali, tabur garam dan sebagainya.
Tapi ada satu lagi cara paling mudah untuk memastikan goreng tidak melekat. Caranya adalah dengan menggaru kuali dengan sudip.
Macam mana tu? Maksud ‘menggaru’ ini adalah dengan menggores atau menggosok hujung sudip pada permukaan kuali yang sudah dipanaskan minyak.
Lakukan dengan hati-hati beberapa kali supaya tidak terpercik minyak panas. Jika rasa ngilu dengan bunyinya boleh juga gantikan dengan sudip kayu.
Tip ini dikongsi Fara Amirullah, katanya cara ini diturunkan oleh ibunya dan dipraktikkan sejak sekian lama. Kuali yang ‘garu’ ini tidak akan melekat walau goreng apapun.
Ramai kalangan kita sekarang yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Dah tentu ia membimbangkan kerana ini yang menjadi punca banyak penyakit berbahaya. Masalah ini dialami baik yang muda atau yang sudah berusia. Malah sekarang yang bertubuh kurus pun ramai mengalami masalah kolesterol tinggi.
Namun perkongsian daripada seorang doktor ini mungkin boleh memberi panduan untuk mereka yang berdepan masalah ini. Bertemu dengan seorang pesakit yang mempunyai bacaan kolesterol yang sempurna pada usia 51 tahun dia turut mencungkil rahsia yang diamalkan oleh lelaki tersebut.
Jarang sangat saya nak jumpa bacaan kolesterol perfect macam ni. Umur encik ni 51 tahun pulak tu. Kita yang muda belia pun takut nak tengok bacaan kolesterol sendiri kan.
Ini cerita setahun yang lepas. Tapi sampai sekarang saya masih kagum, dan masih ingat setiap nasihat dan saranan yang beliau beri. Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut.
Ada 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari. Cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk makan sampai kenyang.
3. Makan bila lapar, bukan sentiasa kena ada makanan untuk dimakan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis bergula. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut kering.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi, terutama anak-anak kecil kesayangan kita.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita. Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik konsultasi, saya siap tanya lagi, “Encik ada makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu sangat untuk kita contohi.
Kita perlu mula dari sekarang. Tak dapat buat semua, buat separuh pun jadi.
Ajak anak-anak kecil kita juga, untuk sama-sama mula ubah gaya pemakanan kepada yang lebih sihat.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...