Nak makan nasi sorang je dan bila masak dalam rice cooker jadi berkerak pulak. Sudahnya nasi dapat sikit saja, nak kena basuh periuk lagi. Leceh la juga.
Sebenarnya jika nak masak nasi dalam kuantiti sikit atau sorang makan ada cara yang lagi mudah dan tak membazir akibat kerak. Caranya masak nasi guna mug atau cawan saja. Langkahnya dikongsi oleh Amalina Aziz.
Cara masak nasi untuk sorang makan, guna mug lagi senang
1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
Ads
3. Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Ads
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Hidangan tradisi lempeng kelapa ini memang sampai sekarang digemari dan jangan ingat hanya orang tua saja yang suka.
Menu ini kalau hidang waktu pagi bersama dengan sambal tumis atau kuah kari, memang mantap. Dapat pula lempeng kelapa yang terasa lemak dan manisnya lagilah syok. Boleh makan berkeping-keping dibuatnya.
Untuk dapat lempeng kelapa yang sedap lemak manis ada caranya. Dikongsi oleh Jejaka Brownie ini cara buat lempeng kelapa yang sedap.
Bahan-bahan
250gm kelapa parut
500gm tepung gandum
5gm baking powder
1 sudu kecil garam
Gula 150gm (boleh tambah)
2 biji telur (optional)
Air biasa (secukupnya)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas lalu gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
3. Setelah adunan siap panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.
4. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu. Tunggu bahagian bawah lempeng sedikit perang bolehlah terbalikkan. Siap!
TIP: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak.
Satu masalah bila nak tukar stiker road tax adalah bila ditarik akan ada kesan gam yang tertinggal.
Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.
Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini.
Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!
Media sosial memberi gambaran rumah besar, kereta mahal, barangan mewah tentang maknanya menjadi orang yang kaya, berada atau jutawan.
Tapi sebenarnya kebanyakan mereka yang berada atau kaya memilih hidup seperti orang biasa. Apa yang membezakan adalah cara mereka menguruskan kewangan. Berikut adalah 12 tip jimat wang yang kebanyakan jutawan praktikkan.
Golongan berada atau jutawan biasanya mengambil masa sehari atau 24 jam untuk memikirkan tentang pembelian barang bukan keperluan. Keesokannya hari bila fikiran sudah tenang barulah mereka buat keputusan.
Tak suka berhutang, pembelian mereka adalah melalui tunai banding menggunakan kad kredit.
Biasanya mereka yang bergelar jutawan mengikut peraturan 50/30/20 iaitu 50 peratus bajet untuk keperluan, 30 % untuk pembelian peribadi dan 20% simpanan.
Contohnya pada golongan ini membeli baju cantik untuk berjumpa klien adalah lebih baik dari membeli baju mahal untuk berlibur. Begitu jua dengan pembelian komputer riba yang bagus.
Golongan ini tidak kisah untuk berbelanja pada perkhidmatan yang membantu mereka menjimatkan masa dan mengurangkan stres.
Mereka yang bergelar jutawan akan sentiasa mencari cara untuk menambah pengalaman. Namun ia tidak pula ditunjukkan kepada dunia melalui media sosial. Mereka biasanya memilih untuk percutian yang lebih mencabar.
Mereka mahu menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya jelas dengan keadaan kewangan sebenar agar tidak terdorong untuk berbelanja sesuka hati.
Walaupun memiliki banyak wang dan boleh berbelanja sesuka hati tapi golongan ini tetap mempunyai senarai apa yang mahu dibeli dan membelinya pada waktu jualan murah.
Jutawan tidak kisah berbelanja besar untuk hobi mereka asalkan ia menggembirakan mereka dan tidak menjejaskan kewangan.
Mereka mengehadkan perbelanjaan pada hari-hari tertentu kecuali jika ada kecemasan.
Tak kira sedikit mana pun baki, waima syiling simpanlah. Ibarat kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Walaupun ada banyak duit tapi mereka bukanlah orang yang suka membazir. Apa yang rosak cuba dibaiki dulu, sebelum dibuang apabila tak boleh digunakan lagi.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.