Situasi ini jika dihadapi bersama dengan anak kecil memang akan buat si ibu panik.
Bayangkan anak kecil duduk dalam bilik tiba-tiba angin kuat menghempas pintu dan tombol terus tak boleh dibuka.
Anak pulak menangis dalam bilik. Memang kelam kelibut ibu dibuatnya apatah lagi jika kunci bilik pulak hilang!
Sudahnya mahu tak mahu pintu terpaksalah dipecahkan atau tombol diumpil. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi olehRusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Ads
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings: 1. Keadaan yan sentiasa kunci dan 2. Keadaan normal
Ads
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Ads
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Kek ini kalau makan atau beli di restoran mahupun kafe harganya lebih RM10 sepotong. Mahal, apalagi kalau makan dengan famili. Paling sikit ambil 2 atau 3 potong.
Sedangkan pada harga ini sebenarnya kalau kita buat sendiri boleh dapat sebiji kek. Jadi bagi penggemar cheesecake eloklah cuba buat sendiri. Sebab caranya pun mudah kalau ikut resipi dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Menurutnya kos beli bahan tak sampai pun RM30.
Ramai yang masih guna kuali legend atau kuali yang lama serta sudah hitam permukaannya. Sebabnya dah terbiasa guna sejak dulu jadi kerja memasak rasa mudah dengan kuali legend ini.
Tapi ramai tak tahu kuali legend ini sebenarnya berpotensi mencetuskan kanser. Awas ya! Ini penjelasan daripada ahli kimia sendiri, Dr Fatimah Salim.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya? YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tip untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
1. Guna baking soda
Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
2. Rendam dengan sabun
Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
3. Guna cuka, asam keping
Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, bolehlah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...