Kereta naik kulat di bahagian tempat duduk sampai dashboard pun ada. Kenapa boleh jadi begini?
Punca keadaan ini berlaku adalah kerana keadaan cuaca panas dan lembap, ditambah lagi dengan hujan yang kerap, boleh menyebabkan masalah yang kulat.
Kalau pernah dan sedang mengalami keadaan kereta naik kulat ini perkongsian dari Muhammad SE boleh jadi panduan.
Kereta naik kulat, punca dan cara mengatasinya
“Bro, kereta ku naik kulat. Kenapa boleh jadi begini?”
Bila dalaman kereta jadi begini, bukan sahaja rupa jadi tak menyenangkan, tapi juga boleh mempengaruhi kesihatan kita.
Jom kita lihat apa yang menyebabkan masalah ni dan macam mana nak halangnya.
Ads
1. Kulat dalam kereta biasanya bermula dari kelembapan yang tinggi dalam kabin.
Ini boleh berlaku kalau ada tumpahan air yang tidak kering dengan betul, atau kereta jarang digunakan dan tingkap tertutup rapat, menyebabkan udara segar tidak dapat masuk.
2. Kulat boleh menyebabkan masalah pernafasan, terutama bagi mereka yang ada alahan atau asma.
Ads
3. Cara mengatasi keringkan dalaman kereta secara menyeluruh. Gunakan kipas atau pengering rambut untuk cepatkan proses pengeringan jika perlu.
Bersihkan kawasan yang terjejas dengan pembersih khusus untuk menghilangkan kulat.
Ads
4. Elakkan membiarkan air atau cecair lain bertakung dalam kereta. Lap kering sebarang tumpahan secepat mungkin.
Letakkan penyerap kelembapan dalam kereta, seperti silica gel, yang boleh membantu menyerap kelembapan berlebihan.
5. Selain itu boleh gunakan khidmat pembersihan kereta jika mahu hasil yang lebih memuaskan.
Pandangan mata setiap dari kita berbeza, ada yang nampak benda dah buruk uzur tak boleh digunakan lagi.
Tapi pada sesetengah orang mereka nampak ia sebagai idea untuk diubah suai hingga hasilnya berubah jadi sesuatu yang baru.
Seperti yang dilakukan oleh Noraidah Blar. Sofa bed yang dijumpai di tempat pembuangan sampah dibawa balik.
Uzur hanya luaran selepas diubah suai, hasilnya macam sofa baru. Bagi yang nak cuba baiki sofa lama pun mungkin boleh cuba ikut perkongsian beliau.
DIY sofa ambil dari tempat buang sampah, hasilnya…
1. Saya jumpa foldable sofa bed ini di tempat pembuangan. Tengok body cantik lagi. Kulit dan foam saja yang dah reput. Jadi minta husband angkut balik rumah, saya diy.
2. Lepas measure semua, saya order foam & leather di Shopee, total kos RM189. Buka kulit & foam. Tali pun tukar, boleh cari di SINI.
Dah buka semua foam dan kulit yang lama.Ini ukuran untuk leather/ kulit sofa.
3. Potong foam buat 2 layer sebab saya beli yg 1 inci. Leather baru saya potong dan jahit sendiri, guna mesin jahit dan jarum biasa. Nak guna jarum leather pun boleh.
6. Pasang semua sendiri dan ambil masa sebulan nak siap. Ada anak kecil dua orang, jadi bila anak tidur baru buat sikit sikit. Alhamdulillah siap & puas hati.
7. Foot bench itu pun kutip kat tempat sama juga tapi hari yang berbeza. Tak sempat ambil gambar sebelum.
Saya cuma tambah foam & pakaikan leather yg sama. Boleh la jadi penyeri rumah yg takde sofa sebelum ni.
Terpesona tengok daun kesum jiran yang rimbun. Senang bila nak makan laksa, asam pedas, kerabu dalam lain-lain. Tapi bila kita cuba tanam atas tanah tak menjadi.
Hanya selepas guna cara di bawah ini barulah hidup subur pokok kesum.
1. Jika tanam dalam bekas sama ada botol atau tong pastikan bekas tidak ada lubang supaya air yang disiram tidak keluar dan tanah sentiasa lembap.
2. Kemudian masukkan tanah, boleh guna tanah yang ada di sekitar rumah atau kalau tiada, beli tanah topsoil warna merah.
3. Siram tanah dengan air, tak perlulah sampai tenggelam tanah tapi kena pastikan tanah lembap. Sama juga jika tanam di atas tanah. Pastikan tanah sentiasa lembap.
4. Ambil batang bahagian pucuk kesum dan cucuk pada tanah lembap tadi.
5. Peringkat awal, letak tempat teduh, selepas seminggu baru letak tempat yang panas.
6. Bila pokok kesum dah rimbun sikit barulah letak baja biji atau baja air.
Kalau ramai dalam famili suka makan aiskrim, elok sangat kalau buat sendiri aiskrim vanilla ini. Homemade dan lagi jimat sebenarnya.
Bagi yang nak cuba buat boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Nak buat pun mudah, guna blender saja.
Cara buat aiskrim vanilla homemade
Bagi penggemar tegar aiskrim vanilla macam kami memang jimat banyak bila buat sendiri. Buat pakai blender saja.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam blender dan kisar
2. Kisar tak sampai 5 minit. Nak tahu dah likat atau tidak, ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan dah bertali tandanya dah likat.
3. Curah dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Dah keras boleh makan.
Tip
Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
Jika nak buat perisa aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...