Semua perokok tahu akan kesan buruk tabiat ini kepada kesihatan. Mereka tahu asap rokok yang disedut itu cukup bahaya tapi masalahnya untuk meninggalkan rutin merokok ini amatlah sukar.
Walaupun punya hasrat dan usaha menghentikan tabiat merokok, akan tetapi ramai yang kecundang separuh jalan. Mungkin ada yang berjaya namun angkanya tak ramai. Inilah dilema golongan perokok tegar kerana pengambilan nikotin sudah menjadi sebahagian cara hidup.
Dalam pada itu pihak kerajaan juga melakukan pelbagai usaha untuk mengekang tabiat merokok di kalangan masyarakat. Kempen Tak Nak contohnya telah dilakukan sejak tahun 2007 lagi. Selain itu turut diwujudkan klinik berhenti merokok.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan RM4.8 juta untuk rawatan berhenti merokok di kalangan perokok tegar. Antara rawatan yang dijalankan termasuklah terapi pengganti nikotin, menerusi kaedah pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin.
Akan tetapi usaha ini saja tidak mencukupi, perlu ada pendekatan lain terutama untuk golongan perokok tegar. Salah satu daripada pendekatan ini adalah dengan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (tobacco harm reduction).
Ads
Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau
Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau ini perlu dilakukan perokok tegar bukan saja untuk kesihatan diri sendiri tapi juga orang sekeliling mereka yang berisiko apabila menyedut asap rokok.
Ia boleh dilakukan dengan beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) seperti e-rokok (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP) yang kurang mudarat berbanding dengan rokok.
Ads
Perbezaan produk bebas asap rokok
Alternatif bebas asap rokok boleh memberikan nikotin dan kepuasan kepada perokok tanpa sebarang pembakaran. Oleh itu, alternatif bebas asap ini boleh mengurangkan penghasilan asap rokok yang mengandungi lebih 6000 bahan kimia yang akan menjejas kesihatan perokok dan orang sekeliling mereka. Ini amatlah penting kerana 100 daripada 6000 bahan kimia itu sudah dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada penyakit serius seperti kanser paru-paru.
Ads
Walaupun, alternatif bebas asap bukanlah bebas risiko sepenuhnya, kerana ia mengandungi nikotin dan akan menyebabkan ketagihan, tetapi kita perlu faham bahawa adalah asap rokok yang menyebabkan penyakit berkaitan dengan amalan merokok bukanlah nikotin.
Oleh demikian, perokok tegar boleh cuba menukar cara pengambilan nikotin mereka dengan beralih kepada alternatif bebas asap rokok yang tidak membebaskan sebarang asap rokok yang memudaratkan.
Kesimpulannya, pendekatan untuk mengurangkan tabiat merokok perlu dilihat secara menyeluruh dan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau harus diambil kira sebagai alternatif lebih efektif untuk perokok tegar.
Cuaca yang sentiasa panas sekarang boleh buat kulit kita perit. Kalau korang antara yang selalu berada di luar dan terdedah dengan panas matahari disarankan gunakan face mist.
Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.
Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Cara buat face mist dari timun
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah beberapa titis lemon. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Fungsi produk face mist di pasaran
Untuk membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit.
Ia juga digunakan sebelum mengenakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
Jika wajah berjerawat kemerahan atau sensitif face mist berfungsi untuk mengurangkan rasa tidak selesa tadi dengan meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Baki santan biasanya kita simpan dalam freezer atau chiller. Tapi selalu berlaku bila simpan dan nak guna semula selepas beberapa hari, santan jadi berketul-ketul setelah dinyahbekukan. Bila dah masak gulai pun jadi tak cantik.
Untuk elak santan kotak jadi berketul begini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh Wan Norhasni Wan Han.
Berkongsi tip dalam akaun TikTok miliknya kata beliau cara untuk pastikan santan berketul ini elok semula mudah saja. Caranya;
Ambil santan yang sudah cair dan berketul itu lalu masukkan dalam blender.
2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.
3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi. Mudah kan!
Dah selalu masak kari guna santan, kali ini kita buat cuba cara sihat. Buat kari ikan tanpa santan tapi pekat likat.
Caranya dikongsi oleh Zana Mokhtar. Walaupun tanpa santan tapi bila pekat memang sedap. Katanya kalau hidang lauk ini di rumah biasanya memang akan bertambah nasi.
Bahan bahan:
Ikan (ikut suka nak guna ikan apa)
1 paket rempah kari ikan
1 sudu kari daging
Bawang merah yang dikisar
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
1 inci halis dihiris
Daun kari
Halba
2 sudu sos tiram
Air asam jawa
Garam
Cara masak
1. Rempah kari dibancuh bersama dengan bawang merah yang dikisar.
2. Tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi bersama daun kari.
3. Setelah naik bau masukkan rempah yang dibancuh tadi. Tumis sampai naik bau dan garing.
3. Selepas itu masukkan sos tiram yang dibancuh bersama air asam jawa. Ini rahsia kuah kari jadi pekat ya!
4. Biarkan sampai likat pekat selepas itu baru masukkan air sedikit. Air agak agak la ya.
5. Biarkan mendidih, letakkan garam, masukkan bendi, tomato dan ikan.
6. Biarkan seketika, bila nampak ikan masak tutup api.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...