Pewangi kereta antara yang selalu kita beli untuk diletakkan dalam kenderaan bagi menghapuskan bau-bauan yang tidak sedap dalam kereta.
Biasa bila beli kita akan letak di corong aircond bahagian pemandu atau sebelahnya. Ataupun kita letak di atas dashboard kereta.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Ads
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Ads
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
Kutu kucing bukan saja beri masalah pada kesihatan si bulus tapi juga pemiliknya. Kutu ini boleh bertebaran di dalam rumah dan menggigit penghuninya.
Kalau digigit kutu kucing ini ia akan menyebabkan kemerahan dan dan bengkak pada kulit dan terasa sangat gatal seperi gigitan serangga. Jika terkena pada anak kecil lagilah kasihan.
Sebab itu kutu kucing merayap di dalam rumah atau bilik ini perlu dihapuskan. Salah satu caranya adalah dengan membuat water trap seperti perkongsian Dak AddAm.
Ok daddy dan mami bulus!
Kucing-kucing daddy Adam memang kerap dimandikan, bubuh ubat kutu, sikat bulu, tapi pelik kenapa masih ada kutu.
Salah satu sebabnya mungkin kita terlupa atau terlepas pandang bahawa bilik mereka juga perlu dinyahkuman dan kutu juga. So, malam tadi buat water trap ni.
1. Masukkan anak bulus dalam sangkar.
2. Sapu dan mop lantai dengan cecair pembasmi kuman.
3. Sediakan water trap, masukkan air dalam pinggan atau bekas dan titiskan sedikit sabun.
4. Letak lilin/atau lampu kecil di tengah pinggan.
5. Kemudian letak di atas lantai dan tutup semua lampu, biarkan ada cahaya lilin itu saja.
6. Cara ini kutu yang ada di dalam bilik akan tertarik untuk pergi ke arah cahaya lilin dan akhirnya masuk ke dalam water trap tadi.
7. Esok pagi boleh lihat hasilnya. Kutu kucing ini akan mati ‘kelemasan’ dalam pinggan berisi air. Selepas itu mop lantai dengan air panas bersama dengan sabun lantai hinga bersih.
8. Ulang proses ini setiap hari selama seminggu untuk memastikan semua kutu dihapuskan.
Laman luas, suka bercucuk tanam dan ada keinginan nak tanam secara komersial. Kalau dah ada hasrat apa kata mulakan saja dengan tanam serai. Memang boleh jana pendapatan sampingan ribuan ringgit.
Tapi macam mana nak tanam serai untuk jualan atau skala besar. Perkongsian dari ini mungkin boleh membantu.
1. Dapatkan anak benih
Kita boleh mendapatkan anak benih daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja. Sebelum beli rancang dahulu berapa rumpun nak tanam. Contohnya kalau nak buat 10 rumpun, setiap rumpun letak 5 anak benih.
Jadi kena beli 50 batang serai sebagai anak benih. Kita juga boleh memilih mahu menanam serai peha ayam ataupun serai kampung. Saya menanam serai peha ayam di halaman rumah saya.
2. Rendam anak benih dalam air
Saya pernah mencuba tanam terus benih serai ke tanah tapi ada yang hidup dan ada yang mati. Selalunya benih yang kita beli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih kita susah nak hidup.
Jadi kita perlu merendam semua benih kita dalam jag air.Kenapa perlu dalam jag air?Kerana jag air dibuat daripada kaca dan lutsinar. Jadi kita boleh melihat takat air yang kita masukkan ke dalam jag.
Nak pakai jag plastik pun boleh asalkan lutsinar. Kita tegakkan semua benih serai dalam jag dan masukkan air cukup setakat sampai perut anak benih serai sahaja.Kebiasannya akar benih anak serai akan tumbuh selepas 4 hari kita merendamnya.
3. Penyediaan tanah untuk tanaman serai
Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang.Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik / tanam merah dengan tanah bakaran sampah.
Jangan guna tanah hitam yang kita beli dari nurseri pokok atau pasar raya tu.Tanah tu jenis poros dan tidak dapat menyokong anak benih serai.Buatlah 10 longgok tanah dengan jarak 3×3 kaki sebagai jarak minimum.Nak jarak yang lebih besar pun ok.
4. Menyiram air ke longgokan tanah
Kita perlu menyiram longgokan tanah terlebih dahulu sebelum kita menanam anak benih supaya tanah longgok ini menjadi lembut dan sedikit melekit-lekit. Ini penting untuk memastikan anak benih boleh ditanam dengan elok dan sebagai medium untuk serai mengeluarkan daun.
Pastikan longgokkan tanah ini kita jadikan seperti doh dan diletakkan di atas tanah.Tanam serai tidak memerlukan kita mencangkul tanah atau mengoreknya. Cukup sekadar letakkan longgokan tanah sahaja. Kalau tanah di rumah kita jenis tanah yang keras, barulah kita mencangkul sedikit untuk melembutkannya. Kita juga boleh menanamnya dengan membuat batas-batas. Nak tanam dalam pasu pun boleh.
5. Menanam benih serai ke longgokan tanah atau batas
Ini adalah satu proses yang amat penting. Pastikan kita menanam serai dengan ke dalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai.
Serai akan mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai.Yang akan hidup adalah anak serai yang akan keluar daripada benih serai dan bukannya benih serai itu sendiri yang akan tumbuh.
Kita boleh menanam benih itu secara menegak ataupun serong.Jika kita tanam menegak, nanti di tengah rumpun serai kita akan ada lompang kerana benih serai akan mati.Yang akan hidup hanyalah anak serai yang keluar daripada benih sahaja. Sebab itu tanah yang padat dan melekit amat penting untuk menampung berat benih serai supaya tidak tumbang kerana kita tidak tanam serai dengan dalam.
Cukup sekadar tengelam akar di bawah perut serai sahaja.Lagi banyak benih serai yang kita letak, lagi besar rumpun serai yang akan jadi.Sebab itu kita boleh meletakkan lebih daripada 5 anak benih pada setiap longgokan tanah.
6. Kekerapan menjirus air
Kita perlu menjirus sekurang-kurangnnya 2 kali sehari iaitu semasa awal pagi dan petang untuk memastikan serai kita tumbuh dengan sihat dan cepat.Selepas 7 hari barulah kita boleh mengurangkan siraman air kepada 1 kali sehari.Pastikan sewaktu menyiram, anak benih tidak tumbang daripada tanah.
7.Pembajaan
Serai yang saya tanam tidak menggunakan apa-apa baja.Tapi kalau nak guna bolehlah guna baja pengalak daun sahaja.Belilah apa-apa sahaja jenis baja tapi baja yang terbaik adalah baja yang bersifat larutan dan bukannya baja yang berbentuk pepejal atau pun butiran.Baja dalam bentuk larutan lebih mudah diserap oleh serai berbanding butiran.
8. Pantang larang serai
Jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran.Kadang-kadang orang kita lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak.Tetapi akibatnya membuatkan serai kita tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali menumbuhkan daun.
Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya.Kita boleh menuainya apabila melihat daunnya sudah bertukar menjadi hijau tua dan kasar.Batang-batangnya juga sudah besar dan gemuk-gemuk.
9. Cara menuai serai
Pastikan kita memakai baju lengan panjang,seluar panjang,kasut bertutup dan sarung tangan jenis kain sewaktu mahu menuai serai.Ini adalah untuk mengelakkan kita mendapat miang daripada daun serai.Kita juga mahu mengelak daripada mendapat luka kerana daun serai ini tajam.
Kita mulakan menuai dengan mengerat semua daun yang ada di rumpun serai.Kita boleh menggunakan pisau ataupun gunting. Selepas kita ketepikan daunnya, barulah senang untuk kita mencangkul rumpun serai itu.Kita cangkul rumpun serai biar keluar serumpun terus.
Sebenarnya tidak teruk pun nak cangkul rumpun serai ni kerana serai tidak tumbuh dalam.Ia tumbuh hanya sekadar di permukaan tanah sahaja.Dari rumpun serai inilah kita asingkan setiap batang serai dengan menggunakan pisau.
10. Mengasingkan serai
Dalam satu rumpun serai pasti ada batang serai yang gemuk, yang masih muda dan batang yang kurus melidi.Kita kena asingkan serai yang gemuk dan serai yang kurus ni.Serai yang gemuk bolehlah kita jualnya di pasar tani ataupun pasar borong.
Harga bagi sekilo serai di tempat saya adalah RM2.00 sekilo.Jika kita menjualnya sendiri di pasar tani, harganya dikira menggunakan batang.I batang kalau tak silap RM10 sen hingga RM20 sen. Satu rumpun serai kita boleh dapat dari 1kg hingga 2 kg serai.Bergantung kepada baja dan air yang kita beri kepada serai kita.
Serai yang kurus melidi jangan la pula kita buang. Kita boleh menggunakannya untuk projek tanaman serai fasa 2 pula.Jadi kita hanya perlu beli benih sekali sahaja seumur hidup.Benih serai untuk kali kedua tanaman dan seterusnya hanya menggunakan benih dari rumpun serai itu sendiri.
11. Benih daripada rumpun serai
Benih yang kita ambil daripada rumpun serai tidak perlu lagi kita merendamnya dengan air kerana sudah mempunyai akar. Jadi kita boleh tanam terus ke tanah dengan mengikut sahaja dari langkah 3 hingga seterusnya. Jadi langkah ini akan berterusan sehinggalah kita tengok serai pun sudah muak.
Bagi peminat sambal yang rasa tak lengkap makan kalau tiada menu ini elok sangat buat stok sambal cili kering garing ini.
Dikongsi oleh Jona MJ sambal yang juga resepi keluarganya ini turut digelar ‘sambal kurang ajar’ kerana jika menu ini muncul katanya pasti akan makan nasi bertambah dan bagi yang berdiet mesti akan terbabas.
Menjadi kesukaan keluarga, beliau turut berkongsi cara membuat sambal sedap ini. Caranya mudah, cuma goreng empat bahan dan kisar dengan chopper. Tak perlu tumis lama-lama.
1. Cili kering digunting untuk dibuang biji. Kemudian goreng garing tapi jangan sampai hangus.
2. Bawang merah, segenggam, jangan kedekut. Potong empat saja dan goreng hingga layu.
3. Bawang putih juga sama, potong dan goreng hingga layu.
4. Ikan bilis digoreng garing.
5. Semua bahan di atas digoreng berasingan menggunakan minyak yang sama. Nak mudah goreng ikan bilis > bawang merah & bawang putih > cili kering
6. Dah goreng semuanya, masukkan dalam chopper secara berasingan. Guna chopper kerana hasil yang kasar.
7. Kisar semua secara berasingan. Waktu kisar cili kering masukkan gula & garam sekali. Waktu kisar ikan bilis, bawang merah & bawang putih masukkan minyak masak anggaran dalam 3/4 cawan.
8. Selepas semua dikisar kasar, campurkan semua bahan. Tak perlu masak atas dapur semula.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...