Pewangi kereta antara yang selalu kita beli untuk diletakkan dalam kenderaan bagi menghapuskan bau-bauan yang tidak sedap dalam kereta.
Biasa bila beli kita akan letak di corong aircond bahagian pemandu atau sebelahnya. Ataupun kita letak di atas dashboard kereta.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Ads
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Ads
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
Kalau berhajat nak tanam terung di rumah, tak kiralah apa jenis pun boleh guna panduan ini. Dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyemai benih terung yang betul.
Ada sahabat tanya, macam mana saya semai terung naik seragam dan sekata? Nak guna media apa yang terbaik?
Berdasarkan pengalaman kami, media yang terbaik untuk semai biji benih adalah peatmoss.
Ini tak bermaksud media lain seperti cocopeat, sekam padi bakar dan tanah campuran tak boleh digunakan untuk semaian. Ianya boleh juga digunakan, tidak ada masalah.
Bila guna peatmoss ni, sahabat yang baru nak berkebun pun boleh tumbuh bila semai benih. Dengan syarat ikut sop dengan betul la ya.
Baik. Ini cara saya semai benih terung.
Apa yang diperlukan
Tray semaian
Peatmoss
Spray semaian
Plastik
Besen bekas untuk siraman secara rendam
Langkah semai benih terung
Kita tengok step by step cara menyemai pula ya.
1. Peatmoss dimasukkan ke dalam lubang tray semaian hingga penuh limpah. Jangan tekan peatmoss. Hentakkan tray ke lantai secara perlahan 2 kali. Ratakan peatmoss tadi.
2. Letak biji benih ditengah tengah lubang tray. 1 biji benih untuk setiap lubang. Pilih benih yang berkualiti.
3. Tekan biji benih tadi dengan hujung jari. Kedalamannya lebih kurang 0.5 cm. Jika terlalu dalam, benih akan lambat cambah.
4. Tutup kesan lubang yang ditekan tadi dengan peatmoss. Tabur je atas lubang tu dan jangan tekan. Ratakan semula peatmoss tersebut dengan hati-hati supaya kedudukan benih tidak terusik dan bergerak.
5. Spray media dalam tray dengan air kosong. Saya guna spray tangan je. Setting nozzel tu supaya keluar semburan kabus. Spray cukup cukup basah sahaja.
6. Bungkus bekas semaian dengan plastic hitam supaya ia kedap udara. Biarkan selama 5 hari 5 malam dan simpan di tempat teduh. Proses ini dinamakan “heating”.
7. Buka bungkusan dengan hati hati pada hari ke 2 lepas semai. Jika media kering, spray dengan air kosong. Letakkan tray di tempat asal (redup).
8. Rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit pada hari ke 6 lepas semai. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut dikawasan yang kena cahaya matahari secara terus.
9. Siraman dibuat pada hari ke 7 lepas semai. Ianya dibuat 2-3 hari sekali bergantung pada kelembapan media semaian. Caranya adalah dengan rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut ditempat asal (tempat yang kena cahaya matahari).
Siraman ni kita tak galakkan spray atau siram dipermukaan daun sebab jika kelembapan terlalu tinggi, anak pokok mudah diserang penyakit yang disebabkan kulat.
10. Kawalan perosak dan penyakit dibuat bersama dengan semburan bersama foliar pada hari ke 8 lepas semai. Ianya dibuat 1-2 kali seminggu bergantung pada tahap perosak dan penyakit.
Kombinasi bahan yang digunakan adalah racun organic serangga + racun organic kulat + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro (EC 1.5)
11. Pembajaan anak benih biasanya saya tak buat sebab peatmoss dah ada cukup nutrient untuk tumbesaran pokok. Jika pokok kita nampak terlalu kuning, boleh la buat pembajaan secara rendaman dalam besen.
Guna baja NPK larut air 18:18:18 + mikro atau baja AB. Kepekatan air baja buat 2.0 mS.
12. Paling awal anak benih boleh ditanam bila usianya 30 hari lepas semai . Saya biasa tanam pada usia 35 hari lepas semai. Anak pokok ni boleh bertahan hingga 45 hari lepas semai. Jika kita tanam lebih pada usia tu, tumbesarannya akan jadi terbantut.
Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Kalau buat nasi minyak selalu dengan ayam masak merah. Apa kata cuba pula lauk lain, pesamah daging. Ini lauk kenduri orang lama yang jarang dah kita jumpa sekarang.
Pesamah daging kaya dengan rasa rempah seakan rendang yang memang sedap. Selain dengan nasi minyak atau nasi putih pesamah daging ini boleh juga dimakan bersama roti.
Cara buat pesamah daging, lauk kenduri legend lama tak jumpa
Bahan-bahan:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan kisar :
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Bahan lain:
1½ bungkus rempah kari daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu mkn kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit garam
Cara membuat:
1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
4. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
5. Masak lagi dengna api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Okey dah siap.