
Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur.
Kalau masih ada walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain. Gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.
Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.
Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif
Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Langkah makeover
1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.
2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.
3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.
4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.
5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Alied Wahab
Cara Cuci Tangki Steam Iron Yang Berkarat. Mudah & Boleh Buat Sendiri

Seterika wap atau steam iron ini memang banyak fungsi yang memudahkan kerja menggosok baju.
Tapi bila dah lama menggunakannya akan muncul masalah tangki seterika yang berkarat. Untuk atasi masalah ini, ramai yang pilih hantar ke kedai untuk servis, walhal kita boleh saja mencucinya sendiri.
Dikongsi oleh Repair Iron Bangi boleh guna langkah yang ditunjukkan ini jika ingin mencucinya sendiri di rumah.
Cara cuci tank iron yang berkarat
Sementara repair iron saya record video ni. Jika tahu cara dan bahan yang nak guna, senang je nak cuci.
1. Pertama sekali tanggalkan tank dari tapak menggunakan bagi mengelakkan terkena air ketika proses mencuci dijalankan.
2. Tutup saluran air di bahagian bawah tangki supaya air tak terkeluar.
3. Kemudian masukkan pencuci tangki steam iron sebanyak 2 liter di dalam tangki seterika.
Pencuci tangki ini boleh dibeli di Shopee. Klik SINI
4. Biarkan bahan pencuci di dalam tangki selama satu jam.
5. Selepas satu jam keluarkan air pencuci tadi daripada tangki seterika hingga habis ke dalam bekas.
6. Apabila tangki sudah kosong, tuang air panas bagi membilas untuk membuang baki kotoran. Goncang-goncang tangki supaya semua kotoran keluar.
7. Selesai membilas bolehlah pasang kembali tapak tangki dan sedia untuk digunakan semula.
Selamat mencuba.
Sumber: Repair Iron Bangi
Dituduh mencuri, buat Datuk Alha Alfa tekad berubah

Isi Kandungan
Toggle
Datuk Abdul Al Halim Al Fadzil atau Alha Alfa semakin dikenali selepas menjadi penaja untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH0 31 yang lalu. Baru-baru ini Alha memuat naik gambar lama berserta kapsyen yang sungguh memberi inspirasi. Melalui kapsyen itu dia menceritakan sebuah kisah yang membuatkan dia tekad untuk berubah.
Ada sesetengah individu yang mula merasai perlu berubah selepas berdepan dengan kejadian yang benar-benar tersentuh di hatinya. Begitulah dengan Alha. Beliau pernah menjadi tukang cat, jurumekap artis dan kini beliau ialah seorang pengasas kosmetik jutawan. Jom ikuti kisah inspirasi beliau.
Gambar 7 tahun lepas
ahahahha hadui naik gamba lama kat memory,,,dah 7 tahun lepas,time tu xde banyak benda nak pikir..enjoy,happy explore macam2 benda nak buat..nak carik duit..
Kejadian yang buat titik permulaan berubah
time ni ada satu kejadian yg alha xleh lupa,beberapa hari selepas gamba sebelah kiri di ambil..bila kite susah,and benda tu buat alha betul2 kuatkan diri n semat kat dada dalam2,.kene berubah..
alha pergi rumah kenalan ni,balik je dr umah,..dapat call kata wallet koleksinya hilang bernilai 10k sejurus alha balik dr umah beliau??setidak2nya dia tuduh alha amik,.sedangkan kalau amik pun xtau nak bergaya macamna dgn wallet tu ?? puas sy cakap xamik..tapi still di tuduh n bermasam muka..katanya family dia xde yg panjang tangan..so xpe..doa n mintak petunjuk..
Nasib kena tuduh, kalau tak selesa sangat
berbulan lepastu die call balik kata dah tau siapa yg amik..familynya juga ??n mntak maaf..sy maafkan..xpe sy xdendam pun..cuma terthrowback hahha..nasib kene tuduh..kalau tak smpi bila hidup selesa macamtu ??
Lebih baik niaga online daripada meminta-minta
alha nak nasihat kepada yg rajin DM2 alha mintak duit sbb nak study, mintak duit sbb nak carik keje..mintak pinjam duit sbb nak beli itu dan ini,..dr awak guna teknologi cyber macamni utk DM utk meminta2,baiklah buat meniaga online,sikit2 pun duit..start untung seringgit dua pun ok..usaha keras lagi ok?insha allah..jgn semudahnya meminta2 tanpa usaha..allah marah tau~kite tataw susahnya org yg kita mintak tu kerja siang malam,memerah keringat..bila xleh tolong cakap sombong,bongkak..siap doakan telungkup nauzubillah~ hidup zaman now amat menakutkan ???
VK kagum betul dengan Datuk Alha Alfa.
Sumber: Alha Alfa
9 Tip Elak Kejadian Tertinggal Bayi Dalam Kereta Berulang. Jangan Letak Anak Di Lokasi Blindspot!

Mendengar berita kanak-kanak atau bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta beberapa jam memang menyayat hati.
Kita semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu atau bapa kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu bapa yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.
Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.
Sebelum ini Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.
Kena tangani kelalaian
Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa kereta (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Sumber Kamarul Ariffin Nor Sadan