Pulut kuning hidang dengan rendang atau sambal memang mantap gabungannya. Ini antara menu sarapan yang ramai suka.
Kalau memang dah biasa buat pulut kuning, apa kata hujung minggu ni kita buat pulut kuning yang lain sikit rasanya. Masak pulut kuning cara orang Kelantan.
Selalu pulut kuning akan ada rasa lemak dan masin-masin sikit tapi kalau masak cara Kelantan akan ada tambahan rasa manis sikit, memang sedap. Kalau nak cuba, ikut perkongsian Ismi Aishah.
Masak pulut kuning cara Kelantan
Alhamdulillah…Sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang Kelantan ada manis, masin, lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri itu rahsia pulut sedap kot.
Bahan-bahan
1 kg- beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Sedikit pewarna kuning telur
Cara memasak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata (arung sekejap saja).
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa.
Siap. Kalau ikut cara ini pulut akan tetap lembut walaupun dah sejuk. Untuk yang baru belajar masak pulut insya-Allah menjadi jika guna resepi ini.
Binatang ni memang kecik saja tapi ramai yang tak suka dengan kehadiran cicak di rumah.
Selain geli rumah boleh jadi bersepah dengan najisnya yang susah nak dibersihkan bila kering. Inilah yang buat kita tension.
Tahu masalah ini buat ramai wanita tension Hani Mynis berkongsi tip untuk menghapuskan binatang ini.
Tapi sebelum mengetahui cara untuk menghapuskannya, katanya kita perlu kenal dulu binatang ini.
Biodata cicak
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak: burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ?), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
10 cari hapuskan cicak
Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita.
1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda langsung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak
2. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :
Letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.
Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut mcm bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu.
5. Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang-barang.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleanerutk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar.
Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni.
Barang berkebun, bertukang, kelengkapan untuk kereta dan sebagainya kadang-kadang memenuhi belakang dan depan rumah. Sampai serabut bila melihatnya.
Perkara yang sama dihadapi oleh Ira Hazwani. Tapi penyelesaian pilihannya memang mudah. Tak perlu bina stor di belakang rumah dengan bertukang sebaliknya dia membeli saja backyard storage readymade. Boleh order online dan pasang sendiri saja.
Idea backyard storage tanpa perlu bertukang
Kata Ira, awalnya beliau ingin menempah kabinet tapi ada kerisauan kerana material kayu yang diletak di luar rumah boleh cepat rosak.
Kemudian tercetus idea untuk beli backyard storage yang besar seperti ini. Material Polypropylene Resin yang waterproof, weather resistant dan uv protected.
Semua barang-barang di belakang rumah dimasukkan dalam backyard storage ini dan susun barang supaya teratur. Penyapu, penyodok semua disimpan dalam ini.
Namun ujarnya kos backyard storage ini tidaklah murah sangat, harganya RM 2200. Jadi siapa yang ada budget lebih boleh. Memang puas hati sebab tiada lagi barang berselerak.
Kalau nak cari backyard storage macam ni, klik SINI, atau pun beli di SINI.
Pokok terung yang dah tua selalunya kurang hasil dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Selalunya bila lihat pokok begini kita pun akan tebang dan tanam pokok baru. Tapi sebenarnya tak perlu buang pokok terung yang tua ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk 'mudakan' kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula.