Masuk pakaian dalam mesin basuh tapi dah lama on, tak juga berfungsi. Rupa-rupanya air yang masuk ke dalam mesin air keluar terus menerus, langsung tak bertakung.
Kalau begini memang mesin basuh takkan berfungsi selagi air tak penuh.
Jika masalah ini berlaku pada mesin basuh di rumah, berita baiknya ia antara masalah yang boleh kita baiki sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Hairul Vcool.
1. Pertama sekali kalau ada air dalam mesin basuh buang air sampai habis. Kemudian tutup suis.
Ads
2. Seterusnya buka bahagian belakang mesin basuh. Bila sudah dibuka perhatikan di bahagian bawah dan kita akan nampak alat yang dinamakan stoper valve.
3. Buka alat tersebut. Kemudian dan bersihkan kotoran dan daki yang melekat pada barrow iaitu bahagian getah hitam. Kalau getah pada barrow ini sudah lembik seeloknya ditukar.
Ads
4. Kemudian bersihkan juga lagi satu bahagian yang bertakung air. Keluarkan semua yang tersumbat. Kalau tengok di sini ada benda asing. Keluarkan.
Ads
5. Akhirnya sekali pasang semula stoper valve tadi sebagaimana asal dan boleh cuba gunakan mesin basuh. Kebiasaannya selepas servis bahagian ini masalah air mesin basuh keluar akan selesai.
Rasanya setiap peti ais dalam rumah akan ada stok nugget terutama kalau ada kanak-kanak. Tapi ramai juga ibu yang ragu-ragu untuk hidangkan nugget yang dibeli kerana bimbang bahan-bahan yang digunakan tidak sihat.
Kalau dah macam ini, lebih baiklah buat sendiri nugget. Boleh ikut cara Noor Liyana yang berkongsi cara membuat Homemade Tempura Nugget. Dijamin sihat sebab hanya guna isi ayam tanpa lemak.
Asalnya nak buat sosej tapi tak cukup bahan maka terjadilah nugget ini. Lembut, tiada lemak atau keraguan sebab guna semua isi ayam bahagian dada. Senang saja nak buat, potong ayam kecik-kecik dan kisar saja.
Selalu buat ikan sambal saja, kali ini kita buat pulak ikan sambal Thai. Rasa memang lain dari ikan sambal yang kita buat kerana bahan yang bukan setakat cili dan bawang saja.
1. Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
2. Ini bahan utama. Kalau nak pedas, tambah lebih. Semua bahan ni dikisar pakai chooper. Kalau tak ada chooper, boleh pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil jadi kasar.
3. Pakai minyak goreng ikan tadi saja. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak maksudnya minyak dah bertakung atas sambal.
4. Masukkan 2 batang serai.
5. Masukkan daun limau. Batang tengah buang nanti pahit.
6. Tambah sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, dan mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama saja.
7. Masukkan 1 sudu sos ikan (gambar sotong)
8. Gula somtan 1 sudu. Kalau tak ada guna gula putih.
9. Perah limau nipis satu biji. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah, sebab sos ikan dah masin
10. Nak letak bawang silakan, tak nak pun tak mengapa.
Berbudi pada tanam memang tak rugi. Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.
Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.
3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...