Mi goreng lada hitam ini boleh kata menu nostalgia. Mungkin dah lama tak makan atau ada juga yang tak pernah rasa hidangan mee yang turut dikenali mi merico ini
Ini mi goreng stail orang Jawa, makan kosong pun sedap atau dihidang bersama dengan nasi ambeng. Cara masak pun senang sangat, orang kata masak ‘campak-campak’ saja. Tak perlu kisar bahan pun. Tumbuk lada hitam saja kemudian masuk semua dalam kuali.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi yang dikongsi oleh Azlina Ina.
Mi goreng lada hitam atau mi goreng merico
Bahan-bahan
Mee kuning
1 labu sederhana besar bawang besar
3 tengkai cili besar- hiris serong
5 tangkai cili padi -hiris
3 ulas bawang putih -hiris
3 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar (boleh guna serbuk lada hitam tapi rasa kurang kaw)
Sos cili
Kicap lemak manis
Garam dan serbuk perasa
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam. Bila dah layu masukkan ayam dan fishcake.
Ads
2. Bila ayam dan fishcake dah masak ketepikan semua, pecahkan telur. Kacau hingga rata dan masukkan mee yang dah direndam dengan air suam. Masukkan juga lada hitam dan gaul rata.
3. Tambah 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah 7-8 sudu besar sos cili dan
gaul. Seteruskan tambah kicap lemak manis dan sedikit air.
Ads
4. Biar seketika supaya semua bahan diserap sebati dengan mee. Kemudian baru tambah garam dan serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan sayur dan gaul rata. Dah siap boleh makan.
Bila bercucuk tanam takkan lari dari masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya adalah antara kesannya.
Jika tak dikawal boleh berjangkit pula pada tanaman lain. Sekiranya lebih gemar cara semula jadi untuk membasmi serangga ini, boleh DIY air semburan kawalan serangga perosak perkongsian Liyana Mohd Poad ini.
DIY air semburan mudah untuk kawalan serangga
Ini DIY air semburan untuk kawalan serangga serta air basuhan beras. Semua ini saya buat bila berkelapangan dan simpan dan suhu bilik. Pagi atau petang sembur pada pokok, jangan miss. Hasilnya berbaloi, pokok sihat dan tak kena serangan serangga.
Air semburan bunga cengkih
Caranya, rebus 10 cawan air dan masukkan 4 sudu bunga cengkih rebus. Biar mendidih. Kemudian boleh tapis ambil airnya saja. Sembur pada daun pokok yang terkena serangan ulat/serangga.
Air semburan kunyit dan cili
Penuhkan air dalam botol, masukkan serbuk kunyit. Masukkan sekali 5 biji cili padi yang dipatah-patahkan dan 5 biji bawang kecil.
Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan dalam tempoh 2 minggu. Seeloknya sembur ketika cuaca sejuk dan redup. Insya-Allah ulat dan belalang tak rosakkan tanaman.
Air semburan cuka kayu
Ini pula air semburan cuka kayu yang telah bancuh dengan air biasa. Kuantitinya 2ml+1.5L air biasa. Spray sebelah petang.
Cuka kayu memang sangat berkesan untuk atasi masalah serangga perosak pada pokok sayur dan buah. Tapi pastikan bancuhannya betul supaya pokok tidak layu.
Air basuhan beras
Air basuhan beras memang sangat berguna untuk tanaman. Ia membekalkan zat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur dengan 1 liter air biasa .
Bagi memastikan ikan yang ditangkap di laut kekal segar seperti yang diinginkan oleh pembeli, ada pihak yang sanggup menggunakan bahan yang berbahaya.
Antaranya dengan menggunakan pengawet yang boleh menjadi penggalak kanser untuk ikan iaitu formalin. Kita yang tidak tahu apa-apa bila nampak ikan segar terus beli tanpa menyedari bahaya yang terselindung.
Supaya tidak terbeli ikan yang diawet dengan bahan berbahaya ini, Puan Asmah Cem yang juga pembekal ikan dan pernah menjadi penyelidik kimia berkongsi tip bagi mengenal pasti ikan yang diawet dengan formalin.
Tip kenal pasti ikan diawet formalin
Disebabkan ramai yang belum tahu tip mengenal pasti ikan yang dah diawet dengan formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Apa itu formalin dan kenapa ia bahaya
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah untuk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri.
Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di Asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih-lebih lagi barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dari luar negara dan ikan-kan hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yang berkemungkinan diawet dengan formalin.
Jangan beli ikan yang ada ciri-ciri ini
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dengan formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan bersisik seperti merah/jenahak/senangin dan lain-lain).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dan lain-lain).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais untuk mengekalkan kesegarannya). Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9) Bau – cuba cium bau ikan/seafood yang ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tip paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi.
Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika terbeli basuh guna tip ini
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini.
-Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka bersama air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih.
Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
(Pembekal hasil laut bebas formalin)
Dah pasang aircond, kipas tetap on. Ini dah jadi amalan kita. Cepat sikit rasa sejuk. Tapi sebenarnya tindakan ini tak disarankan.
Demikian penjelasan seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat.. Tindakan ini bukan hanya membazir tapi juga menyebabkan kos penyelenggaraan pendingin hawa bertambah. Boleh baca penjelasan beliau.
On aircond, pasang kipas
Semalam ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepas tu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macam ni, korang kena kerap cuci filter air cond. Kalau tak cuci macam mana la nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Ni aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu.
Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa).
Gambar A. Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Situasi di bawah bila kipas dan aircond kedua-dua on. Menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi). P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, tu dah kira lain.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...