Mi rebus ada banyak versi, ada dari Pantai Timur, Johor tapi yang dipapar kali ini adalah dari utara. Mi rebus ini datang dengan kuah yang pekat hasil kombinasi daripada ubi keledek, kacang sangai dan air rebusan daging.
Ia juga boleh jadi menu untuk tetamu datang beraya di penghujung Syawal ini. Cara membuatnya agak mudah tapi enak, sekali makan pasti menambah dan teringat-ingat.
1 bungkus mi kuning -dicelur dan tos
200g daging (direbus dan dihiris)
3 batang ubi keledek (direbus dan dikisar)
3 biji ubi kentang (direbus dan dikisar)
6 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Sedikit udang kering*
Sedikit kacang tanah (disangai & dikisar halus)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
Telur rebus (dibelah dua)
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Cili merah besar (dihiris serong)
Bawang goreng
Tauhu goreng (dipotong dadu)
Taugeh
Limau nipis (dihidangkan bersama)
2. Rebus ubi keledek dan ubi kentang hingga lembut, kemudian kisar bersama sedikit air.
3. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus.
4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai, bahan kisar, dan rempah kari daging sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Masukkan ubi keledek dan ubi kentang yang telah dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
6. Tambahkan kacang kisar dan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati.
7. Cara penyediaan resipi mi rebus utara; letak mi dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan bahan hiasan di atasnya. Perah sedikit limau nipis sebelum menikmati untuk rasa yang lebih seimbang.
Sumber: Nasuha Saiful
Baca Lagi: Buat Sendiri Mi Rebus Cara Orang Johor, Tepung Goreng Rangup Kena Ada Baru Sedap