Cuaca panas macam sekarang ni kita memang nak minum air sejuk saja. Terasa segarnya dan salah satu air yang memang nikmat bila minum waktu cuaca bahang adalah air tembikai.
Nak lagi segar kita tambah dengan lemon dan laici, macam resepi yang dikongsi oleh Ben Safwan ini. Terus rasa nak cari tembikai.
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Ads
Cara membuat:
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
Ads
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Tak perlu tambah gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus. Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.
Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak. Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.
Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.
Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi.
Kalau tak pandai masak kari ayam atau dah masak kari ayam tapi rasa asyik tak kena cita rasa boleh guna pula cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Ujar beliau jika dulu dia juga tak mahir masak kari ayam, selalu saja masak tapi tak menjadi. Sampailah berjumpa cara masak kari ini. Memang sedap sangat dan perlu dicuba. Kuahnya memang pekat, belum masuk lagi aromanya yang menggetar selera.
1. Sebelum mula, nak beritahu: Kalau guna bawang merah ros lagi sedap. Kalau tak ada pes bawang putih dan halia, sagat yang segar. Tairu tu adalah susu masam. Boleh juga guna yogurt.
2. Cincang bawang merah, dan tumis sehingga layu dan beraroma. Saya guna banyak bawang. Kalau bawang besar, guna 2 biji. Kalau bawang merah ros, gunalah dalam 6-8 biji.
3. Kemudian, tumis pes halia dan bawang putih. Saya sebenarnya tak pandai masak kari. Selalu masak tak jadi sedap. Bila cuba resepi ni, menjadi pula. Jadi nak kongsilah dekat kau orang.
4. Ini halba campuran. Ada halba, jintan dan biji sawi. Masukkan dan tumis sampai harum. Letak rempah ni, kari jadi sedap tapi jangan banyak sangat tau, nanti jadi pahit maung.
6. OK masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis!Ada orang bancuh dulu, tapi saya biasa tak bancuh. Ada juga orang tak tumis. Terpulang pada cara masing-masing.
7. Masukkan ayam dan gaul sampai rempah menyelaputi ayam. Jika tak nak gunakan ayam, boleh ganti dengan daging kambing atau lembu. Kalau nak masak kari ikan resepi dia lain sikit.
8. Kalau pakai yogurt, jangan letak banyak sangat. Letak separuh bekas tu je. Kalau letak semua, akan masam sangat. Saya pergi letak semua pula haha. Tapi jangan risau ada cara nak kurangkan masamnya.
9. Ini trik dia! Kita letak secubit baking soda! Letak sedikit demi sedikit sampailah jadi kemasaman tu turun pada tahap yang diingini. Jangan letak banyak sangat pula, nanti ada rasa kelat.
10. Lepas dah gaul ayam dengan yogurt, masukkan air separas ayam. Jangan tanya berapa mililiter, agak-agak sahajalah. Kemudian reneh dengan api sederhana sehingga empuk.
11. Kalau nak cepat empuk, tutuplah periuk atau kuali. Sementara tu bolehlah kemas dapur. Orang kata, kalau lelaki masuk dapur, mesti macam tongkang pecah jadinya dapur tu. Betul ke?
12. Ayam dah agak empuk, bolehlah masukkan belahan cili hijau dan tomato. Gaul-gaul sikit. Perasakan garam dan gula. Kemudian reneh sikit lagi sampai cili dan tomato jadi layu.
13. Kalau ada yang suka kari bersantan, bolehlah letak. Kalau tak mahu, boleh juga. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan gaduh-gaduh. Saya letak sesudu je santan kotak ni.
Siap! Sedap gila kari ni. Kuahnya pekat, yogurt tu buat dia berlemak tapi tak muak sebab ada rasa masam. Boleh rasa beza masak kari letak halba campuran tu. Memang lebih sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...