Walau dah hati-hati tetapi kejadian kereta tercalar tetap kena juga. Biarpun sedikit tapi hati tetap terguris melihat kesan ini.
Iyalah kalau ke bengkel paling tidak mungkin kena sedia duit RM200 untuk hilangkannya. Sebab itu untuk kesan calar yang sedikit ada baiknya kita selesaikan sendiri dengan cara paling mudah ini. Jimat duit.
Modal RM10 hilang calar pada kereta
Dikongsi oleh _myranatasha_ dengan modal RM15 membeli produk di Mr. DIY ternyata kesan calar kereta boleh saja hilang dengan.
Caranya cuma oles scratch remover pada kesan calar dan gosok dengan kain bersih.
Ads
Gosok hingga kesan calar hilang. Ulang jika masih ada.
Bermula sejak 1 Januari 2019 lalu pihak kerajaan telah memperkenalkan program mySalam iaitu skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberi perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.
Dalam program ini Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam. Mereka akan berhak mendapat pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal
Selain itu mereka itu akan mendapat pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.
Meskipun begitu ramai yang belum tahu mengenai perkara ini. Oleh amatlah rugi jika mereka yang dalam kategori ini tidak mengambil faedah ini jika layak.
Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dibuat tuntutan
Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Bagaimana pun skim ini hanya tertakluk kepada mereka yang mendapat rawatan di hospital kerajaan saja. Untuk maklumat mengenai hospital terlibat dan juga keterangan 36 penyakit yang tersenarai bolehlah layari laman web mysalam.com.my
Daun pudina bukan saja digunakan dalam masakan tapi juga minuman. Memang berbaloi tanam di rumah terutama kalau suka dengan baunya yang segar.
Jika nak mudah, boleh tanam menggunakan kaedah pucuk. Ini juga kaedah cepat untuk membiakkan pokok. Boleh dapat berpuluh-puluh pokok pudina dalam tempoh tak sampai sebulan. Cara tanam pokok pudina menggunakan kaedah ini dikongsi oleh Agro Tani.
Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli dua pasu kecil dari nurseri. Satu pasu berharga RM10, kiranya saya habiskan RM20 untuk dapatkan dua pasu.
Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ini. Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina.
Dua cara saya guna, pertama rendaman keratan batang ke dalam air, kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk. Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.
1. Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
2. Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B. Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang. – Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang.
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insya-Allah lebih tinggi. Pilih pucuk begini.
3. Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu).
4. Siram medium sehingga basah lencun.
5. Letakkan di kawasan teduh di antara seminggu ke dua minggu.
6. Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan.
7. Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.
INFO
– Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh
– Anak pokok boleh dibaja seusia dua minggu dalam kuantiti yang sedikit.
Dalam tempoh PKP yang mana kita kena bekerja di rumah dan anak-anak pula kena belajar secara online, keperluan Wifi untuk memudahkan kita melayari internet sangatlah penting.
Tapi ada banyak kediaman yang masih belum ada kemudahan ini lantaran prosesnya yang agak lama dan juga kekangan bajet. Jadinya buat yang belum punya kemudahan ini solusi pantas serta jimat untuk menyediakannya oleh ikut perkongsian dari Fizie Joe.
Memandangkan internet adalah satu keperluan pada masa ini, jadi hari ni abang nak kongsi cara abang menggunakan internet di rumah. Apa yang penting jimat!
Abang ada 4 orang anak yang bersekolah, campur abang laki bini ada 6 orang yang menggunakan HP dalam rumah ni. Kalau semua nya abang nak top-up belikan internet, boleh botak tengah kepala abang.
Kenapa abang tak langgan Unifi Streamix dan lain lain? Jawapannya sebab mahal. Paling murah pun RM89 sebulan betul? Abang punya cara selagi boleh jimat, kena berjimat.
Jadi solusinya adalah MODEM WIFI MODIFIED UNLIMITED.
Mungkin kaki gamers, kaki Netflix dah tau. Tapi abang nak share terutamanya ibu bapa di luar sana yang masih tercari-cari cara mudah dan murah untuk menggunakan internet di rumah.
Korang hanya perlu beli sebuah modem wifi MODIFIED UNLIMITED & sekeping sim kad prepaid yang menawarkan internet bulanan unlimited.
Modem wifi ni dekat shopee atau lazada ada jual tapi korang kena pastikan modem wifi tersebut adalah MODIFIED UNLIMITED. Kena ingat keyword ‘modified unlimited’. Jangan sampai tersalah beli yang bukan modified unlimited.
Okey kat bawah ni abang senarai kan model-model modem wifi modified unlimited yang korang boleh beli kat Shopee/Lazada. Range harga sekitar RM150-RM190, tak mahal dan mampu milik.
Modem wifi ni boleh masukkan sim kad prepaid yang ada langganan unlimited internet. Sim kad prepaid unlimited kalau korang guna kat HP tak boleh buat hotspot, betul?
Kalau boleh buat hotspot pun ada limit data dalam 2gb je, betul? Tapi bila sim kad tu masuk dalam modem wifi modified unlimited ni automatik boleh kongsi internet.
Lagi satu, modem wifi ni boleh support maximum 30 device. Kalau nak connect android box tv pun boleh, capaian internet nya stabil berbanding portable wifi yang kecil tu.
Okey kat bawah ni abang share pulak sim kad yang boleh support dalam modem wifi modified unlimited
Kita hanya perlu keluarkan modal sekali saja dalam RM150-RM190 untuk beli modem wifi, lepas tu cuma perlu maintain top-up untuk langganan internet sahaja.
Contoh korang guna sim kad celcom langganan internet unlimited RM35/3mbps, hanya bayar RM35 je setiap bulan untuk langganan internet.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...