Pergi rumah rakan, tengok lantai rumahnya bukan saja bersih, paling mengujakan ia nampak berkilat. Kita pun mop juga lantai setiap minggu tapi tak pulak berkilat. Mesti ada tertanya-tanya macam mana nak dapatkan kesan lantai yang begini.
Lantai bersih berkilat tak semata guna cecair pencuci, kena bancuh guna beberapa bahan lain. Dikongsi oleh oleh Roz_8492 beliau menunjukkan cara yang dipraktikkan untuk mendapatkan lantai yang bersih berkilat namun tak melekit.
Bancuh air panas dengan 3 bahan ini
Menurut beliau untuk mengemop lantai dia menggunakan air panas bersama tiga lagi bahan yang dituang sekali dalam baldi iaitu cecair pencuci lantai, cuka dan juga soda bikarbonat. Caranya;
Ads
1. Panaskan air dan tuang dalam baldi.
2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (hanya sedikit saja supaya tak berbau masam) dan soda bikarbobonat.
Ads
3. Basahkan mop dan perah, kemudian bolehlah mop lantai sehingga nampak bersih dan berkilat. Hasilnya lantai akan bersih berkilat namun tak melekit.
Makanan dari negara jiran Thai memang dah sebati dengan selera kita, termasuklah hidangan pad kra pao daging ini. Pad kra pao daging ini bukan saja enak tapi wangi kerana menggunakan daun selasih.
Bagi yang mahu menyediakannya sendiri di rumah, boleh gunakan resipi yang dikongsi Nur Haziqah yang mana dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri.
Cara Buat Pad Kra Pao Daging Yang Sedap
Bahan-bahan
200gm daging cincang
Daun selasih secukupnya – cincang
1/2 biji bawang holland – hiris
3-4 ulas bawang putih – cincang
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Gula secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara membuat
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Geram pulak tengok daun sup ‘giant’ yang dikongsi oleh Cikgu Kebun. Punyalah besar dan gemuk daunnya.
Kalau macam ini punya besar tanam sepokok dua di rumah pun dah ok, lebih dari cukup.
Tapi nak dapatkan hasil pokok begini ada tip dan caranya. Tak lokek berkongsi ilmu Cikgu Kebun (CK) menurunnya tip dan cara yang dipraktikkan.
9 tip tanam pokok sup ‘giant’
Walaupun ramai yang suka tanam pokok sup ini tapi ramai yang gagal mengekalkan kesuburannya. Agar pokok daun sup yang ditanam kekal lama dan subur gebu, perkara pertama kena semai dari biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam semula. Tapi pokok ini tak dapat hidup lama. Akhirnya kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu supaya mampu tanam pokok sup ini di rumah dengan jayanya. Ada 9 tip mudah yang perlu dipraktikkan untuk dapat pokok sup yang subur dan gemuk.
1. Pemilihan jenama biji benih – selalunya CK akan guna jenama yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi. Antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
2. Teknik semaian biji benih – CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semaian yang diguna adalah peatmoss
3. Lokasi semai dan tanam – ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
4. Kadar siraman air – semasa semai kena pastikan media semaian sentiasa lembap dan bila tumbuh kekalkan siraman sehari 2 kali.
5. Penjarangan anak pokok – cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi ‘giant’, pastikan sepasu hanya sepokok sahaja.
6. Pemilihan baja – CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Tabur baja serbuk 2 minggu sekali. Best baja ni sebab baunya wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
7. Kawalan serangga dan kulat – selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok. Bagi menjaga pokok sup agar tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control boleh dibuat seminggu sekali.
8. Medium tanaman – bagi pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran tanah merah, sabut kelapa, sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk digaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
9. Pencahayaan – pokok daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau di tepi kawasan rumah yang cahaya cerah sahaja.
Insya-Allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok, Facebook Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel.
Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.
Panduan pengambilan ubat di bulan puasa
KEKERAPAN
MASA PENGAMBILAN
SEBELUM MAKAN
SELEPAS MAKAN
1 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka
2 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
Selepas sahur
Selepas berbuka
3 x sehari
Sebelum sahur
Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
Sebelum tidur
Selepas sahur
Selepas berbuka
Sebelum tidur
4 x sehari
Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk kepada ahli farmasi.