Ads

Buat Sendiri Fish & Chips, Lengkap Dengan Sos Tartar & Kentang. Semuanya Homemade, Ini Caranya

Buat sendiri fish & chips kalau teringin nak makan. Hidangan homemade bukan saja lebih jimat tapi boleh dihasilkan ikut citarasa.

Cara menyediakan fish and chip ini juga tak renyah selain bahannya juga mudah didapati. Kalau nak cuba buat sendiri, boleh ikut perkongsian Wan Luqman ini.

Buat sendiri fish and chips

buat sendiri fish and chips

Langkah buat sendiri fish & chips

1.Ubi kentang dipotong jejari, rendam sekejap untuk buang kanji. Kemudian rebus dalam 5 minit, tos dan tapis. Bila sejuk, bolehlah digoreng.

langkah buat sendiri fish & chips

2. Sediakan dua keping isi ikan dori.

langkah buat sendiri fish & chips

Potong dua kemudian potong lagi 2 untuk setiap 1 keping.

langkah buat sendiri fish & chips

Ads

Hasilnya akan dapat 8 keping. Boleh makan untuk 4 orang.

langkah buat sendiri fish & chips

3. Bahan untuk salutan ikan
-5sb tepung gandum
-3sb tepung beras
-1sb tepung jagung
-Garam dan lada hitam
-1sk serbuk kari ikan
-Air

langkah buat sendiri fish & chips

4. Bancuh tapi pastikan tak cair dan tak pekat. Masukkan air sedikit demi sedikit.  Ketepikan seketika.

langkah buat sendiri fish & chips

Ads

6. Sebelum goreng ikan boleh buat tartar sauce.

Bahan-bahannya;
-Bawang putih – dicincang halus
-Bawang holland – dicincang halus
-5sb mayonis
-Timun Jepun
-Celery
-Jus lemon
-Parsley
-Sedikit garam dan lada sulah

langkah buat sendiri fish & chips

Tartar sauce kena ada pickles, capers dan dill. Tapi disebabkan tiada pickles dan daun dill, letak saja daun parsley, celery, dan sikit lemon thyme. Lemon thyme pun tak wajib. Timun jepun dan celery itu juga sekadar untuk dapat rasa rangup dan segar.

7. Siap tartar sauce ringkas.  Untuk rasa yang lebih ‘kick’, boleh letak sikit susu manis. Bunyi lucu letak susu manis, tapi percayalah memang kick!

langkah buat sendiri fish & chips

Ads

8. Kemudian boleh goreng fillet sampai garing.

langkah buat sendiri fish & chips

9. Siap. Susun salad kale atas pinggan bersama dengan ikan dori, sos tartar, lemon dan kentang.

langkah buat sendiri fish & chips

Buat Sendiri Fish & Chips, Lengkap Dengan Sos Tartar & Kentang. Semuanya Homemade, Ini Caranya

Selamat mencuba.

Sumber: Wan Luqman

Baca: Buat Sendiri Shawarma Lagi Jimat. Rempah Beli Yang Siap, Sedap & Puas Hati Makan

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

13,343 Jawatan Baharu KKM Diluluskan, Berita Baik Perkukuh Sistem Kesihatan Negara

13,343 jawatan baharu KKM diluluskan kerajaan bagi memperkukuh sistem kesihatan awam. Langkah ini dijangka mengurangkan beban petugas, meningkatkan mutu rawatan dan menyokong operasi fasiliti kesihatan di seluruh negara.