Bila beli kuetiau ramai yang ada perasaan ragu tentang pembuatannya. Dari kilang mana, bersih atau tidak, halal ke? Logo halal ada tapi betul ke diiktiraf Jakim atau sekadar cetak untuk memperdaya pembeli Muslim.
Sekiranya ada perasaan macam ini, alternatif selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.
Jika nak cuba boleh ikut perkongsian dari Fiza Mh ini. Dah mahir, macam hidangan kuetiau boleh buat dari kuetiau sup, kungfu, ladna dan banyak lagi.
Bahan diperlukan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan air
Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus
Cara membuat:
Sediakan kukusan, saya guna kuali saja.
Ads
2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.
3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).
Ads
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.
6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.
Ads
Siap!
TIP
Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Lauk sambal sotong makan tengah hari memang sedap. Lawan dengan sayur goreng dah lengkap hidangan.
Tapi bagi yang baru-baru belajar masak, sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila sambal pun ada bau sedikit bau hanyir.
Kalau nak masak sambal sotong ini ada caranya supaya, sotong tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.
Sebelum ni masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.
Caranya:
Rebus sedikit air hingga mendidih.
kemudian masukkan sotong dalam air mendidih, rebus sekejap saja dalam satu minit dan tos.
Dah kering air sotong barulah masukkan dalam sambal dalam kuali.
Boleh juga kalau panaskan saja sotong dalam kuali tanpa letak air. Biar air sotong keluar sampai kering. Dua-dua cara ini boleh guna, rasanya tetap sama.
Masukkan sotong yang ditos bila sambal dah terbit minyak. Tumis dengan gula merah dan gula biasa. Guna api yang kecil.
Boleh juga masukkan sedikit air rebusan sotong supaya sambal ada rasa manis sotong.
Bila dah masukkan sotong, gaul sekejap saja dengan sambal dalam 2-3 minit boleh diangkat.
Ikan kembung antara ikan yang selalu jadi hidangan kita. Tapi masalah bila nak makan ikan jenis ini ialah ia punya banyak tulang.
Ada ibu yang risau untuk beri makan ikan ini pada anak bimbang tercekik tulang. Satu cara yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini adalah buang tulang ikan ini waktu membersihkannya.
Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.
Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.
Cara- caranya
Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.
4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.
Bila bercucuk tanam takkan lari dari masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya adalah antara kesannya.
Jika tak dikawal boleh berjangkit pula pada tanaman lain. Sekiranya lebih gemar cara semula jadi untuk membasmi serangga ini, boleh DIY air semburan kawalan serangga perosak perkongsian Liyana Mohd Poad ini.
DIY air semburan mudah untuk kawalan serangga
Ini DIY air semburan untuk kawalan serangga serta air basuhan beras. Semua ini saya buat bila berkelapangan dan simpan dan suhu bilik. Pagi atau petang sembur pada pokok, jangan miss. Hasilnya berbaloi, pokok sihat dan tak kena serangan serangga.
Air semburan bunga cengkih
Caranya, rebus 10 cawan air dan masukkan 4 sudu bunga cengkih rebus. Biar mendidih. Kemudian boleh tapis ambil airnya saja. Sembur pada daun pokok yang terkena serangan ulat/serangga.
Air semburan kunyit dan cili
Penuhkan air dalam botol, masukkan serbuk kunyit. Masukkan sekali 5 biji cili padi yang dipatah-patahkan dan 5 biji bawang kecil.
Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan dalam tempoh 2 minggu. Seeloknya sembur ketika cuaca sejuk dan redup. Insya-Allah ulat dan belalang tak rosakkan tanaman.
Air semburan cuka kayu
Ini pula air semburan cuka kayu yang telah bancuh dengan air biasa. Kuantitinya 2ml+1.5L air biasa. Spray sebelah petang.
Cuka kayu memang sangat berkesan untuk atasi masalah serangga perosak pada pokok sayur dan buah. Tapi pastikan bancuhannya betul supaya pokok tidak layu.
Air basuhan beras
Air basuhan beras memang sangat berguna untuk tanaman. Ia membekalkan zat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur dengan 1 liter air biasa .
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...