Jangan tak percaya dengan RM20 sehari kalau komited menyimpan, wang tersebut boleh berganda sampai berbelas ribu.
Bukan misi mustahil sebab ibu Aminahtul Marrdiahsudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya, lepas tu jangan lupa praktik. Tak lama pun setahun jer
———————–
Cara Simpan DUIT untuk anak dalam masa 1 Tahun
Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Cara :
1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan. ?
3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
Ads
4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
Ads
1. Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Ads
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. ?
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Jenama Hero Remaja & Dewi Remaja sudahpun memasuki tahun ke 38 penganjurannya. Sudah banyak nama popular dalam industri seni tanah air dicungkil melalui program pencarian ini dalam tempoh tersebut.
Bagi menyuntik kelainan, edisi tahun 2023 akan diberi kelainan. Kedua-dua pertandingan akan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023.
Dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis telah pun diumumkan. Menerusi sidang media yang dilangsungkan di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan.
Kesemua finalis telah dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
“Edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik,”ujar Menurut Fiezreen Ahmad selaku Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” tambah Fiezreen.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan
Pelakon yang boleh berbahasa Mandarin, Zulin Aziz, kerap memuat naik soal jodoh dalam Twitter. Hinggakan ada yang mengatakan dia sebenarnya terdesak untuk mempunyai seorang teman lelaki atau suami.
Baru-baru ini, Zulin menulis yang dia sudah mulai mengenali seorang lelaki selepas menunaikan solat tahajud.
Serah soal jodoh pada Tuhan
Setiap manusia disarankan supaya positif soal jodoh. Bukankah setiap ciptaan-Nya memang diciptakan berpasang-pasangan. Hanya masa yang menentukan. Walau kerap individu yang sukar bertemu jodoh akan mula mempersoalkan kenapa jodoh lewat ditemui, namun ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.
Akui Lupa Bersyukur
Solat tahajud adalah ibadat yang dituntut kepada setiap hamba-NYA. Dalam solat itu, berdoalah apa yang kita mahukan kepada ALLAH. Walau Zulin mempertikaikan kenapa dia tak layak bahagia macam orang lain, namun dia tetap positif dalam doa-doanya.
Jodoh Lepas Tahajud
Jam 4 pagi tiba-tiba ada seseorang yang menghantar mesej kepada Zulin. Lelaki itu ingin taaruf dan menyatakan hasrat ingin bernikah dengannya.
Lelaki Yang Tak Pernah Disukai
Zulin mengakui memulakan hubungan dengan lelaki yang dia tidak pernah suka. Semoga Zulin menemui jodoh sebagaimana dalam doa-doa yang dia panjatkan selama ini.
Daripada terbiar tak digunakan, sabut kelapa disusun untuk dijadikan raised bed atau batas tanaman. Elok subur pokok-pokok yang ditanam.
Idea yang dipraktikkan Syuhadah Zahari memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas.
Ujar beliau bermula dari tanah kosong hanya tumbuh rumput dia mengambil keputusan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Dari tumbuh rumput baik tanam sayur yang kita suka
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Coconut husks raised bed
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Ini hasilnya
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...