Ada orang berbuat keputusan untuk berubah selepas berdepan dengan kehidupan yang menjeruk rasa. Itulah yang berlaku pada seorang pengguna akaun Twitter bernama Khairil Azib. Jika dahulu badannya gemuk dan sering diejek gorila serta badak, kini dia berubah dan tampil dengan lebih tampan bergaya.
Melalui bebenang di Twitter, Khairil menceritakan kisah gemuk sehingga dia berubah menjadi kurus. Lebih menarik Khairil turut berkongsi 10 tip kurus yang dia amalkan.
VK kagum sungguh dengan mereka yang mampu menguruskan badan. Bukan mudah nak turun berat badan ni tau. Kena konsisten dan jiwa kena kental. Tahniah dik.
Siapa tak kenal Abam? Rata-rata semua kenal pelawak berbadan gemuk yang terkenal dengan tagline Gemuk Is Awesome ni. Selepas bergelar suami orang, Abam kelihatan giat menurunkan berat badan.
Abam kerap kali muat naik status di Instagram dengan hasgtag #misimengecil dan #keciluntukibadah. Secara tidak langsung ia menjadi inspirasi untuk mereka yang berbadan besar agar turut menurunkan berat badan supaya lebih mudah melakukan pergerakan fizikal dalam solat.
Jika diperhatikan pelawak ini menurunkan berat badan atas bimbingan coach pemakanan dan kecergasannya.
“Saya percaya, kejayaan dan perubahan Abam akan memberi inspirasi kepada ramai lagi ‘#GEMOKISAWESOME’ di luar sana. Jika Abam boleh, kenapa tidak anda? Anda masih ada harapan untuk mendapatkan berat ideal dan kesihatan yg terbaik, Insyaallahh
Stres tak bila diet macam nak rak tapi berat kekal juga pada angka yang sama. Naik tidak, turun tidak.
Jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa pernah berbadan gemuk suatu ketika dahulu. Dia memahami keadaan diet orang gemuk yang ada kalanya tidak sabar untuk kurus.
Fatin mendedahkan ada 7 sebab mengapa berat badan anda tetap statik walau sudah puas berdiet.
Garam ialah antara punca utama water retention. Ataupun nama famous dia “gemok air”. Bukan sebab minum air banyak tapi banyak ambil agen water retention ni. Jaga-jaga ya. Punca selulit juga ni!
Makan hari2 tapi tak buang air besar hari2. So ke mana nak dibuang hasil sisa makanan yang dah dihadam tu? Buat koleksi dalam badan. Biasanya situasi ni disebabkan kurang ambil fiber & kurang minum air kosong bila diet.
Yes berat akan naik sedikit tapi takde la sampai 3-4kg. Jangan jadikan alasan period berat naik banyak ya.
Last week sebelum subuh dah timbang. Minggu ni waktu malam pulak lepas makan dinner dengan family. Takkan sama ❌!
Tapi portion kena jaga. Kalau ambil berlebihan susah nak turun berat.
Akan slow kan penurunan berat sedikit. Sebab tu kena aim untuk sihat dulu. Kalau sakit, macam-macam cabaran nak turun berat nanti.
Bangun tido timbang, lepas mandi timbang, sebelum makan timbang, lepas makan timbang, lepas senaman timbang, sebelum tido timbang. Jangan obses sangat dengan penimbang tu please!
Memang progress angka di penimbang ni penting. Tapi ianya bukanlah SEGALANYA. Banyak lagi progress yang korang boleh measure selain berat ni. Ukurlilit badan, saiz baju, stamina dan tenaga, skin complexion, etc. Keep calm & enjoy your journey. Ambil kira semua progress bukan berat je okay?
Seseorang individu itu mudah jadi gemuk salah satu sebabnya pemakanan yang salah. Perut kerap lapar, menjadikan kerap ambil makanan. Coach pelangsingan, Fatin Najwa memberikan tip untuk anda mengawal rasa lapar supaya tidak makan banyak sehingga boleh mengundang pertambahan berat badan.
Korang selalu rasa lapar? Asyik fikir pasal makanan? Cuba amalkan 6 tips KAWAL RASA LAPAR ni. Tips keempat tu yang paling ramai orang skip!!!
• korang ni kadang tu bukan lapar sebenarnya tapi dahaga. So, bila rasa lapar, always minum air kosong dulu dalam 300ml dan bertenang jap. Sebab tu penting selalu ada air kosong dengan korang tau.
• ada hikmahnya jika kita digalakkan puasa sunat dan Allah wajibkan puasa di bulan Ramadan. Sebab nak bagi badan & perut kita ni rehat. Dan kalau rasa susah sangat nak kawal nafsu makan, amalkan puasa sunat isnin khamis ok?
• Fiber bantu kekal kenyang lebih lama. Pengambilan fiber yang cukup sehari juga akan bantu bakar kalori. Sayur, buah, oats, barli… add on semua ni dalam diet anda ok ??
• Tak cukup tido buatkan susah nak turun berat ni bukan mitos ya. Sebab ni berkaitan dengan hormon dalam badan. Jadi cuba bajet jadual tido supaya cukup 7-8jam sehari supaya tak affect nafsu makan kita.
• Dont let stress controls you, you are the one who are supposed to control stress. Stress tidak akan membantu penurunan berat sama sekali. Selalunya bila stress jadi lagi makan banyak n makan benda merapu.
• Paling penting!!! Cukupkan pengambilan protein. Anda akan rasa kenyang lebih lama, rasa bertenaga dan happy dengan diet. Protein datang dari sumber haiwan dan tumbuhan. Balancekan dua ni sebab jika hanya ambil dari sumber tumbuhan, ada yang sepakej dengan % lemak yang tinggi. Jadi, keep it balance k? ??
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...