Umum sudah tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai kandungan gula tinggi dalam badan. Nasi pula ada kandungan gula. Jadi mungkin ramai pesakit diabetes menolak makan nasi untuk elakkan kandungan gula semakin tinggi dalam badan.
Tapi menurut Dr. Suri Roowi mereka yang mengidap kencing manis boleh saja makan nasi cuma perlu tahu aturannya iaitu dengan memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
GI ini merujuk kepada nilai gula dalam darah dan Dr. Suri berkongsi 6 tip yang perlu diamalkan oleh pesakit kencing manis sebelum makan nasi untuk mengawal gula dalam darah.
1. Elak makan nasi yang dimasak lembik
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik. Jadi, kalau nak makan nasi, sila kurangkan air sebelum memasak beras itu ya.
Ads
2. Simpan nasi pada suhu sejuk
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas. Nasi panas GI tinggi. Jadi sebelum anda makan nasi, sila sejukkan dahulu.
3. Elak makan nasi daripada beras hancur
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83). Nasi daripada beras hancur memang sedap kalau dibuat nasi goreng. Tapi, kalau anda pesakit diabetes, sila elakkan ya.
4. Makan nasi dengan sayur
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Menurut Dr. Suri Roowi, pilihlah sayur yang tinggi fiber larut air. Misalnya kacang bendi, Sayur sebegini boleh meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Ads
5. Pilih nasi goreng berbanding nasi putih
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Nasi yang sudah digoreng mengandungi GI yang rendah. Jadi lebih baik anda makan nasi goreng berbanding nasi putih.
6. Elak makan bubur
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi. Selalu kalau demam, kita lebih suka makan bubur. Tapi kalau anda pesakit diabetes, elakkan ya. Ini kerana bubur mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding nasi.
Black head dan white head antara masalah kulit yang buat kita geram terutama sekali wanita. Ia buat wajah kita rasa kotor. Rasa macam nak cungkil je.
Bagi yang alami masalah ini mungkin boleh ikut perkongsian dari Fatin Syamimi untuk membuang bintik hitam dan putih ini.
Tak perlu ke spa atau buat rawatan wajah di luar rumah, cukup guna tiga produk ini. Katanya dalam masa sebulan habis semua kotoran pada wajah diangkut, hidung pun licin. Apa yang penting kerajinan untuk buat step berikut.
Produk yang digunakan
1. Clay mask FREEMAN( takde takpe) WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE (jenama lain pun boleh – penting) WATSONS
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME (penting)
Langkah 1
Pakai clay mask pada wajah selama 10 minit. Pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni untuk angkat lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan terjadinya blackhead dan whitehead. Selepas 10 minit boleh basuh.
Langkah 2 ( Teknik Gritting)
Pastikan tangan dan wajah bebas air dan peluh untuk apply oil cleansing. Tekstur oil cleansing ini memang berminyak, tapi jangan risau takkan buatkan kulit kita semakin berminyak.
Gritting ini kena buat maksimum 15 minit pada muka, gosok perlahan sampai rasa biji-biji halus keluar, (white dan blackhead). Biasa buat 1-2 kali seminggu. Kesannya segala kotoran yang tersisa dalam kulit habis keluar. Selepas itu lap lap dengan tisu, kemudian basuh muka dengan pencuci muka.
Langkah akhir
Selepas gunakan oil cleansing dan gosok perlahan pada muka kemudian lap dengan tisu untuk tengok kotoran yg keluar dari kulit. Selepas itu baru basuh muka guna pencuci muka yang biasa kita pakai.
Kemudian lap muka dengan tisu. (Jangan bagi muka basah utk apply Somebymi ini) kena kering. Kemudian gunakan Bye Bye Blackhead ini pada seluruh wajah. Gosok perlahan, 2-3 minit kemudian basuh basuh.
Selain tanam sayur dan pokok buah, ramai juga yang memilih untuk tanam bunga. Sedap dan segar mata memandang laman rumah.
Tapi yang tak syoknya bila bunga yang diharap keluar menghiasi laman tak pun keluar atau sekadar sekuntum dua.
Bagi yang memastikan pokok bunga memang betul-betul berbunga mencantikkan laman boleh ikut tip yang dikongsi oleh Siti Saja. Geram tengok kemeriahan bunga adenium yang ditanam.
Cuma guna Yakult & telur
Penat lelah berkebun terubat juga dengan melihat indah mekarnya bunga seperti bunga adenium ini.
Berkebun bungalah pula kita, terapi mata dan minda. Ramai yang bertanyakan guna baja apa, jadi saya kongsi di sini. Selain baja kopi, saya gunakan semburan baja Yakult.
Cara buat baja yakult
1 botol Yakult perisa original
2 biji telur
Cara membuat:
Campur kedua-dua bahan dalam botol mineral dan peram 3 hari. Pastikan tutup secara longgar.
Setelah 3 hari ambil 10ml bahan peraman dan campurkan dengan 1 liter air.
Terus spray pada pokok dari atas sampailah ke tanah.
Biasanya setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dalam rumah.
Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit reput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.
Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.
Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.
Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k
Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.
Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.
Edit: Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.
Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.