
Selain masalah semut di rumah, serangga ini juga selalu mengerumuni tanaman dan juga tanah hingga menyebabkan pokok tak subur.
Cara mudah yang selalu kita buat, sembur saja dengan aeresol tapi penggunaan bahan kimia pada pokok sayur dah tentu tak elok.
Jadi kalau berdepan masalah semut pada tanaman kita cuba guna petua semula jadi.
Salah satu yang paling mudah adalah tabur serbuk kunyit.
Walaupun kunyit dikategorikan sebagai superfood, ada sesetengah serangga seperti semut tidak menyukai aroma kunyit.
Oleh itu, jika tanaman anda diserang semut, boleh taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman. Insya-Allah semut akan menghindari tanaman.
Sumber: Anidah Nida
Artikel berkait:
Supaya Daun Kunyit Subur & Lebar, Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Buat Ayam Sambal Bali, Masak Banyak Terus Sebab Lagi Banyak Kali Dipanaskan Lagi Sedap

Ayam sambal Bali ini pernah viral satu ketika dulu, memang sedap. Kalau ahli keluarga suka makan ayam tapi dah tak tahu nak masak resipi apa, boleh buat ayam sambal Bali ini.
Caranya dikongsi oleh Naser Almsalmeh. Tip ayam sambal Bali ini makin sedap kena guna kicap yang disarankan ini dan juga lagi banyak kali dipanaskan lagi sedap. Resipi yang beliau kongsi ini menggunakan bahan untuk 3 ekor ayam ya.
Cara buat ayam sambal Bali, banyak kali panas lagi sedap

1. Sediakan bahan-bahan berikut;
Cili kering – 1 paket RM5
8 biji bawang besar (kalau kecil boleh tambah)
1 1/2 labu bawang putih
Halia -hujung ibu jari
Belacan setengah ibu jari
6 batang serai (saiz besar) dititik
10 tangkai daun kari – dilerai

2. Penyediaan kicap. Trik guna kicap ENAQ untuk masak sambal Bali ni. Kalau pakai ENAQ lemak masin, guna 3/4 botol ENAQ hijau yang kiri sekali tu dan letak gula dua genggam. Tapi kalau guna ENAQ lemak manis yang merah 2 dari kiri, letak garam satu sudu makan dan gula satu sudu makan. Kicap ENAQ ini warnanye pekat cantik so jangan risau confirm dapat hasil yang macam saya punya.

3. Bersihkan ayam, toskan gaul dengan kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak, ketepikan.
4. Dalam minyak menggoreng ayam tadi, tumis serai yang dititik dan goreng sampai warna coklat cair kemudian masukkan daun kari. Tumis sampai naik bau tapi jangan terlebih garing nanti pahit.

5. Kisar cili kering, bawang besar,bawang putih, halia dan belacan. Terus tumis sampai garing. ambil air bekas blend tadi dalam satu cawan.

6. Masuk kicap ENAQ ikut cara yang diterangkan tadi. Kacau sambal dapat warna sambal macam dalam gambar.

7. Bila dah kering sedikit, masuk ayam goreng dan gaul. Masak dan kacau macam merendang selama 10 minit.

8. Siap! lauk ini pun sesuai untuk kenduri atau majlis. Sebaiknya nak lagi sedap, masak malam ni untuk makan esok hari. Sambal Bai ini lagi banyak kita panaskan lagi sedap.

Selamat mencuba
Sumber: Naser Almsalmeh
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tanam Capsicum Dalam Pasu, Buah Elok Subur Montel. Cambah Benih Tepi Singki Saja

Bila tengok hasil capsicum Fakriyah Hanafi ini memang geram. Montel buahnya dan subur walau tanam dalam pasu.
Bagi yang nak cuba tanam, beliau kongsi cara yang dilakukan.
Cara tanam capsicum, benih ambil dari buah segar

1. Beli capsicum segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semalaman dan ambil biji yang tenggelam saja). Beli buah merah, jika nak hasil capsicum merah dan sebaliknya.
2. Lepas biji benih dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak tepi singki dapur saja. Periksa tisu kalau kering sembur air sikit. Tunggu hingga biji benih bercambah.
3. Bila dah bercambah, nampak ekor putih saya masuk dalam tray semaian atau pasu kecil. Siram dua kali sehari.
4. Bila dah ada 3-4 helai daun boleh alih ke pasu.

5. Saya guna tanah yang beli di nursery 6 in 1 tapi tambah dengan tanah yang harganya RM2.50 1 beg.
6. Penggunaan baja, masa sedia tanah, saya campurkan juga dengan tinja kambing. Bila dah naik pokok baru guna baja TPF dan baja sembur.

7. Bila buah sebesar syiling 50 sen balut buah untuk elak serangga perosak.
8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan letak tepi rumah tapi masih kena cahaya, bila hujan kena tempias saja.
Hasilnya.

Selamat mencuba.
Sumber: Fakriyah Hanafi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Rahsia Buat Tart Nenas Jadi Rangup. Kena Olah & Tambah 2 Bahan Ini

Kuih tart nenas ini memang wajib ada setiap kali raya. Rasanya hampir setiap rumah akan ada kuih ini. Cuma rasa saja berbeza.
Gabungan rasa jem nenas dan juga tar bila bersatu dalam mulut memang sedap. Sebab itu kuih ini ramai peminatnya. Cuma kalau dapat tart yang rangup lagi best.
Nak dapatkan tart yang rangup ini ada olahannya bagi yang nak cuba boleh guna cara yang dikongsi oleh Ahlia Muhammad H.
Menurut penjual kuih tart nenas ini, resipi ini adalah olahan beliau sendiri untuk dapatkan kesan tart yang rangup.
Tart nenas versi rangup

Bahan A
500g margerin/butter
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan kecil gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila
Bahan B
2 cawan kecil tepung jagung
1 cawan kecil tepung kastard
1 cawan kecil tepung beras
4 sudu besar tepung susu full cream
1 sudu besar Empelex (Perangup Biskut)
Tepung gandum cap Rose (tiada sukatan) masukan sikit demi sedikit hingga tak melekat di tangan
Bahan untuk sapuan
3 biji kuning telur
3 sudu besar fresh milk
1 sudu kecik esen vanila
Pewarna kuning lemon

Cara membuat:
- Kacau bagi sebati dengan mixer kelajuan perlahan margerin, minyak sapi dan gula icing.
2. Masukan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukan tepung jagung, tepung kastard, tepung beras, tepung susu full cream. Gaul lagi bagi sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum cap Rose Sikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan
5. Kemudian bolehlah terap guna acuan masing masing dan letak jem nenas (boleh beli yang ready made). Sapu dengan bahan sapuan yang disatukan dan dibancuh sebati.
6. Bakar suhu 150 18 – 20 minit, oven saya 25L.
Tip rangup : Kurangkan tepung kastard dan tambah 1 cawan tepung beras + 1 sdb emplex (perangup biskut) seperti dalam resipi di atas.
Selamat mencuba.
Sumber: Ahlia Muhammad H.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

