Masalah rambut gugur biasa bagi wanita tapi yang beri kerisauan bila gugur terlalu banyak hingga ada bahagian yang nampak botak.
Kalau lepas bersalin lagilah teruk. Tapi jika dah sampai nampak botak, memang tak boleh dibiarkan, kena buat sesuatu.
Ada salon yang tawarkan rawatan pulih masalah ini tapi kita juga boleh pilih cara jimat untuk buat rawatan sendiri.
Antaranya boleh ikut cara yang dilakukan oleh Shehnaz Khan yang hanya menggunakan petua lama. Namun begitu berkesan untuk selesaikan masalah rambut gugur yang dialami sejak lahirkan anak pertama.
Ads
Nampak tak?
She nak share pada followers cara nak dapatkan rambut yang lebat dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tengok gambar ye area mana yang nampak agak botak.
Ikut petua lama saja
She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb. Pada yang ada masalah tu dan nak rambut panjang , lebat , bebas kelumumur ,inshallah boleh try ni . Memang berkesan sangat dan bahan bahan pun beli kat kedai je. Lelaki perempuan boleh cuba.
Bahan bahan:
Ads
Aloe vera
Santan
Semua beli kat Mydin je, aloe vera tu beli kat Guardian murah dan bagus .
Cara cara:
Campurkan aloe vera dan santan. Sukatan ikut suka hati. Pakai lepas basuh rambut atau sebelum basuh. Lumur rata pada rambut dan kulit kepala.
2. Jadikan macam mask rambut. Tutup rambut pakai tuala (tak wajib pun). Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian cuci. Bila dah campurkan dua bahan ni terus pakai, jangan simpan ya.
Ads
TIP
Lepas mandi dan keringkan rambut, ambil sikit aloe vera gel dan ratakan kat rambut. Urut sikit, buat setiap hari terutama malam.
Aloe vera gel ni best gila if time nak syampu rambut, picit sikit campur dengan syampu. Lembut sangat dan shining.
Untuk minyak zam-zam tu pakai setiap hari. Pakai waktu malam nak tidur, esok basuh. Senang kan ? Bau takde lah teruk tapi if korang perasan indian girl rambut lebat gila kan ? Haa ni lah rahsia dorang.
She beli santan kotak tapi nak pakai fresh lagi bagus.
Seluar hitam terutama jeans bila dah lama pakai selalunya akan pudar warna. Kalau masih elok takkan nak masuk stor, lagi pulak jika seluar ini selesa dipakai.
Supaya boleh terus mengenakannya, kita boleh hitamkan kembali seluar yang dah pudar ini. Caranya dikongsi oleh Erene__
Cara hitamkan semula seluar hitam yang pudar warna
Bahan diperlukan
Fabric dye dan pemati warna (klik SINI untuk beli di Shopee. Beli dye dapat sekali pemati warna)
Garam
Air panas
Langkah hitamkan seluar
Rendam atau basahkan dulu seluar.
2. Tuang air panas dan masukkan garam. Kacau
3. Kemudian masukkan fabric dye. Kacau rata.
4. Rendam selama 30 sambil kacau.
5. Jemur kering. Waktu ini memang seluar pun dah nampak hitam, tapi kena buat proses matikan warna supaya tak luntur. (Boleh klik SINI untuk lihat video)
Ketika ini ramai mak-mak yang sibuk membuat persiapan pakaian sekolah anak. Salah satu yang agak remeh dan menjadi keluhan adalah kerja menampal lencana pada baju sekolah anak.
Sebab itu muncul satu persatu cara untuk mudahkan kerja menampal lencana ini selain menjahit yang kita tahu akan memakan masa yang lama.
Salah satu cara yang popular adalah dengan menggunakan gam UHU. Letak gam belakang lencana alas dengan kain kemudian gosok. Cara ini memang mudah walau pun kena awasi penggunaan gam yang melekit.
Tapi rupanya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk tampal lencana tanpa menjahit.
Tak melekit 5 minit dah siap!
Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.
Para ibu boleh cuba cara yang dikongsi Puan Norhasnita ini ya.
1. Guna double sided adhesive cloth
2. Potong adhesive cloth ikut saiz lencana
3. Dah potong, lekat kemudian gosok dengan seterika
Cari kat sini
Mana nak cari? Korang pegi daiso yang berdekatan. Pastu cari kat bahagian craft.
Ataupun boleh saja beli online. Klik SINI untuk link di Shopee.
Balik kerja hajat nak masak tapi terlupa pulak nak defrost lauk dari peti sejuk. Memang spoil mood untuk memasak kalau jadi begini.Nak tunggu lauk defrost makan masa, terutama kalau yang tiada ketuhar mikro.
Tapi kalau dah tahu tip ini takkan jadi masalah lagi kalau terlupa keluarkan lauk dari peti sejuk beku.
Hanya perlu 5 minit saja
Menggunakan cara ini, anda hanya perlu lima minit saja untuk menyahbekukan daging. Kaedah ini memang agak rare tapi cukup mudah. Apa yang diperlukan hanya dua buah periuk jenis steel. Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
INFO
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu. Lagi luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk) lebih cepat daging defrost
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...