Hidangan sotong terutama sambal sotong memang sedap. Tapi silap cara masak, sotong yang mula-mula beli besar saiznya boleh jadi kecut atau mengecil. Lagi tak best bila sotong berbau hanyir.
Supaya saiz sotong kekal sama, tak mengecut dan tak berbau hanyir boleh ikut tip yang dikongsi Zin Rose
Petua supaya sotong yang dimasak tak mengecil saiznya
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.
2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.
Ads
3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.
Ads
4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.
Selain senaman secara konsisten, terdapat cara lain untuk seseorang wanita itu mengempiskan perut buncit.
Salah satunya adalah dengan mengamalkan minum air detox yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Perkongsian dari Diana Said memberitahu cara membuat air detox berwarna ‘pink’ dengan rasa masin dan panas yang mampu membuang lemak di bahagian perut.
Diamalkan minum setiap pagi dan penggunaan asam masin merah akan menyebabkan air bertukar jadi warna ‘pink’.
Rasanya juga sangat sedap dan paling penting air detox ini selamat untuk mengempiskan perut.
Menurutnya lagi buat air detox ini pada sebelah malam, kemudian simpan dalam peti sejuk dan boleh terus diminum keesokan harinya.
Hidangan berasas daging kambing memang ramai peminatnya. Salah satu menu kegemaran dan istimewa yang sedap adalah peratal kambing.
Cuma tak semua yang mahir memasak daging kambing ini. Nak masak hidangan ini memang kena tahu cara yang betul supaya tiada bau dan kena dengan selera.
Dikongsi oleh individu yang mahir memasaknya, bagi yang nak buat sendiri hidangan peratal kambing boleh ikut cara yang dikongsi oleh Michelle Shelle.
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing bersama tulang (potong kecil)
2 biji bawang merah (hiris)
7 ulas bawang putih
7 cm halia
5 biji ubi kentang (dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 sudu kecil jintan manis
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
3 biji cengkih
5 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar serbuk cili biasa
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Air
Garam
Gula
Cara membuat
1. Guna periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi & tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk). Masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau
2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan.
3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, tumis sampai keperangan.
4. Masukkan daun kari bersama bahan yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan.
5. Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah masak tadi ke dalam kuali dan kacau seketika.
6. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati.
7. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja kemudian masukkan ubi kentang
dan kacau.
8. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya.
9. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk pastikan kentang dah lembut.
10. Tuang sos tomato dan kicap pekat, kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api
Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...