Sayur terung antara yang mudah dan selalu ditanam di sekeliling rumah. Nak tanam dalam pasu pun boleh saja.
Tapi walaupun dah berjaya tanam dan subur sering kali juga berlaku, pokok terung berbunga namun asyik gugur, tak lekat dan tak jadi buah.
Sekiranya pokok terung jadi begini perkongsian Rose Aida Salleh ini boleh membantu supaya bunga lekat dan jadi buah.
Teknik pendebungaan manual pokok terung, jika bunga tak lekat jadi buah
Tip untuk yang tanam terung dan berbunga tapi bunga asyik gugur, tak menjadi buah. Cara yang saya tunjuk ini ialah teknik pendebungaan manual terutama untuk kawasan rumah yang tiada serangga untuk proses pendebungaan.
1. Ambil cotton bud, perlahan-lahan sapu pada kelopak kuning dan terus ke stigma hijau kecil yang ditanda dengan garisan hitam.
Ads
2. Sekiranya pendebungaan berjaya, bunga akan mengecut seperti ini selepas beberapa hari.
Ads
3. Buah pula akan mula keluar beberapa hari kemudian.
Ads
Untuk lebih jelas, boleh juga lihat video ini juga.
Bagi ibu bapa yang punya anak baru masuk tadika, salah satu perkara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal ini adalah kemahiran anak memegang pensil untuk menulis.
Sebab ramai yang hadapi masalah kekok memegang pensil hingga menyukarkan mereka membuat latihan yang diberi. Sudahnya ibu bapa yang menyiapkannya atau pun abang kakak mereka.
Supaya tak berlarutan begini, eloklah kita mula ajar anak menulis menggunakan teknik stoking seperti perkongsian Hajar Binti Md Said.
Cerita Hajar berbanding adik beradik lain, anak bongsunya Omar agak lambat untuk mahir menulis. Walaupun sudah memasuki tadika tapi dia sangat asing dengan alat tulis dan pensil menyebabkan Hajar mahu tak mahu perlu melatih anaknya agar boleh memegang pensil dengan betul sekali gus memudahkannya menulis.
Selepas membuat carian, Teknik Stoking ujarnya antara yang mudah dan jadi pilihannya untuk membantu anak. Namun ibu perlu memberi sedikit panduan untuk anak. Berikut adalah panduan yang dikongsi oleh Hajar.
1. Cari stoking lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna stokin bapa atau orang dewasa. Besar sangat.
2. Masukkan stokin ke tangan anak. Kenal pasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
4. Pakaikan stokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam stoking.
5. Buatlah apa-apa cerita tentang stoking tu. Cerita saya macam ni:
“Ada seekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada stokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
6. Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood anak jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework. Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh.
Sarang telur ini berguna untuk asapkan pokok atau tanaman untuk halau serangga perosak dan termasuk lalat buah yang jadi penyebab hasil buah buruk.
Jadi setiap kali beli telur, sarangnya jangan dibuang terutama jika bercucuk tanam di rumah terutama pokok buah.
Tapi untuk asapkan tanaman ini juga ada caranya.
1.Bakar sarang telur dan matikan api supaya tinggal bara dan berasap.
2. Letak sarang telur yang berasap ini sekitar tanaman atau boleh juga sangkut sedikit pada pokok buah.
3. Aktiviti asapkan tanaman ini sebaiknya dilakukan pada sebelah petang bermula pukul 7 malam kerana serangga perosak yang mengganggu tanaman aktif pada waktu ini.
4. Boleh lakukan 3 hari sekali dalam 45 minit. Boleh hentikan aktiviti ini jika daun dan buah tidak diganggu ulat dan serangga lagi.
5. Selalunya pokok yang diasapkan ini akan mengeluarkan bunga dan berbuah lebat. Cara ini juga boleh halau nyamuk sekitar rumah yang mula banyak menjelang malam.
INFO:
Kalau perasan aktiviti asap pokok ini memang dah lama dipraktikkan oleh orang-orang tua di kampung. Setiap petang mereka akan membakar daun kering atau sampah bawah pokok. Kalau di bandar bolehlah guna sarang telur.
Tanam sayur tapi malas nak baja dan nak hasil sayur subur. Boleh! Namun ada cara yang perlu dipraktikkan.
Caranya hanya perlu letak baja sekali saja iaitu peringkat awal penyediaan media/tanah. Selepas itu ketika pokok naik dan membesar tak perlu lagi buat semburan air baja atau membaja setiap minggu. Cara ini lebih mudah, dan ia dipraktikan oleh Mira Edora.
Saya kurang rajin, cuma rajin siram saja. Siapa yang macam saya boleh teruskan pembacaan. Caranya;
Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung juga sama, tapi tapi saya akan baja lepas sebulan. Kadang tak baja pun. Ini cara saya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...