Seakan sudah tertanam dalam fikiran kita yang bekerja ini bila dah berhenti dan bersara nanti kita kena buat rumah yang besar untuk tinggal dengan selesa menghabiskan hari-hari tua.
Malah ini jugalah realiti yang berlaku hari ini. Ramai ibu bapa kita yang sudah tua menghabiskan wang KWSP atau simpanan mereka untuk membina rumah yang besar untuk diduduki. Seperti satu kejayaan bila dapat melakukannya.
Namun bagi perancang kewangan Azizul Azli Ahmad, dia menyarankan sesuatu yang berbeza dan VK rasa memang ada logiknya.
Azizul menyarankan kita lupakan saja hasrat tersebut dengan menyenaraikan alasan-alasan berikut.
Lupakan impian bina rumah besar bila tua
#TabungRumah
Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.
Ads
Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah banglo Yusop Aslam ini.
Alasan 1 Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.
Alasan 2 Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.
Alasan 3 Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.
Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan ‘trendy’ lagi.
Alasan 4 Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.
Ads
Alasan 5 Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.
Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.
Alasan 6 Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua. Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia. Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?
#LupakanRumahAgamBilaBersara.
#RumahSederhana
Ha macam mana betul tak cakap Cik Azli ni. Lepas baca ni VK dah tukar cita-cita.
Ratu kemas yang berasal dari Jepun, Marie Kondo ini nampaknya semakin popular sejak rancangan Tidying Up With Marie Kondo ditayangkan di Netflix.
Memperkenalkan kaedah KonMari dalam sebagai teknik penyusunan dan penyimpanan barang yang lebih teratur ramai wanita yang terikut dengan cara dia mengemas rumah. Bukan saja bukan saja di luar negara malah di Malaysia sendiri ramai.
Ada banyak kaedah penyusunan barang di rumah yang dikongsi oleh Marie Kondo tapi antara yang boleh diaplikasikan oleh kita di rumah adalah kaedah lipatan pakaian yang diperkenalkan.
Ini kerana ia akan menghasilkan almari yang cukup kemas, sedap mata memandang. Ciri menarik lipatan KonMari ini adalah setiap pakaian yang dilipat dengan kaedah ini boleh ‘berdiri ‘ untuk membolehkan ia disusun dengan kemas.
Memang kerusi ini old style tapi jangan sesekali buang ya. Rugi, sebab kerusi ini kalau diubah suai memang akan nampak moden dan menyerlah.
Contohnya macam yang dilakukan oleh Ros Diana ini yang sanggup mencari dan membeli kerusi ini untuk diubah suai. Menariknya makeover ini boleh dibuat sendiri.
Kalau di rumah ada kerusi kayu begini, boleh cuba perkara yang sama ikut perkongsian Ros Diana.
2. Proses sebelum cat, gosok dulu.
3. Kemudian cat, warna coklat dan bila siap tambah gold leaf di beberapa bahagian untuk kesan menyerlah.
4. Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum balut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
5. Untuk buat butang di kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler. Inilah hasilnya bila dah siap.
Beberapa hari lalu viral di media sosial video seorang isteri membuat kejutan kepada suami tentang berita kehamilannya.
Intan Nur Elliana Zakaria memuat naik video tersebut sempena menyambut hari bapa. Ramai yang sebak menonton video tersebut terutama bila melihat sang suami mengalirkan air mata menerima berita gembira itu.
Namun di sebalik air mata gembira itu sebenarnya ada kisah sedih dilalui oleh pasangan ini terutama Intan.
Rupanya wanita ini mengidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik. Salah satu kesannya selama 5 tahun berkahwin mereka masih belum menimang cahaya mata.
Dalam tempoh itu mereka terpaksa memekakkan telinga berdepan pelbagai soalan tentang cahaya mata.
Namun kesabaran mereka itu terbalas bila akhirnya Intan mengambil langkah untuk menangani masalah PCOS yang dihadapi.
Dia berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet atkin selain menjalani gaya hidup aktif. Intan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kg dalam tempoh 3 bulan, sebelum disahkan hamil tidak lama kemudian.
Horeeyy. Semua perkara ini diceritakan oleh adiknya Balqis melalui twitter Balqis@bellezack.
A pcos fighter! Sabar itu indah. 5 tahun terpaksa tutup telinga tahan perit bila makcik2 bertanya bila nk ada anak? Yg penting they love each other unconditionally. Allah has written the best story for us. Keep faith. (Oklah ucu nak siapkan bilik baby ni ??)
Pcos has no cure wtf. To future mothers out there yang tanya how they did it; my sister finally decided untuk buat diet atkins and get physically active. 3 bulan dia hilang 15kg, ovum kuat, Allah hadiahkan baby <3 (And nowwww dia gemok kedepan pulak lolll)
Awhh thx semua for ur doa! This is my sister’s blessing. Not mine. I just harap my future husband will be as supportive and loving as my bro in law, aminn (a girl can pray and only dream)
There are a large percentage of women who are average weight and thin with #pcos and in some cases the #androgenexcess is worse for them.. With overweight tends to be more issues with #insulinresistance leading to androgen excess but insulin issues are present in all with PCOS.
Menurut Balqis, PCOS bukan hanya boleh dialami oleh wanita dengan berat badan berlebihan tapi juga boleh dihidapi oleh mereka yang kurus.
Berikut adalah perkongsian yang dipetik daripada Facebook Dr.Muhammad Izzat tentang PCOS.
Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ) adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik ni?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
➢ Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung
➢ Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )
➢ Kepala botak
➢ Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan
➢ Kulit berminyak dan senang naik jerawat
➢ Sukar untuk hamil
➢ Kemurungan dan masalah psikologi
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
❖ Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki
❖ Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
• Haid tak teratur, atau tiada langsung
• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa
• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
▪ Umur lebih 40 tahun
▪ Sejarah keluarga mengidap kencing manis
▪ Menghidap kencing manis ketika hamil
▪ BMI melebihi 30
Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
▪ Makan makanan yg seimbang
▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )
2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal
3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan
PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...