Demi harga keimanan yang utuh dalam diri, seorang atlet judo dari Indonesia tersingkir daripada meneruskan pertandingan. Beliau ialah Miftahul Jannah yang sepatutnya mewakili negaranya dalam Asian Para Games 2018 di Indonesia.
Ads
Atlet orang kurang upaya penglihatan itu mengakui sedih namun lega dengan pendiriannya untuk kekal menutup aurat dalam apa juga keadaan.
Menurut laporan www.bola.com, atlet ini berasa bangga kerana mampu melawan diri sendiri dan melawan ego sendiri. Malah dia berprinsip bukan mahu jadi terbaik di mata dunia tetapi di mata Allah.
Ads
Juri atau pengadil menetapkan semua peserta perlu menanggalkan tudung kerana peraturan sukan judo adalah bertanding tanpa menutup kepala. Justeru apabila Jannah enggan menanggalkan tudung, dia telah disingkirkan kerana tidak mematuhi peraturan.
Mongolia menang tanpa bertanding
Keputusan Jannah telah memberikan kemenangan tanpa bertanding buat wakil Judo Mongolia, Oyun Gantulga bagi acara duel judo kelas 52kg putri blind judo.
Usaha memujuk gagal
Kontinjen Indonesia sudah melakukan pelbagai cara untuk memujuk Jannah membuka tudung. Antaranya ialah buka tudung hanya ketika bertanding, kemudian pakai semula tudung itu. Namun Jannah tetap dengan prinsipnya.
Ads
Pelbagai usaha dengan membawa orang tuanya dari Acheh dan menghantar pakar psikiatri untuk memujuk Jannah membuka tudung demi melayakkan dia bertanding juga gagal kerana prinsipnya yang kuat untuk mempertahankan tudungnya itu.
VK kagum dengan semangat dan tahap keimanan Miftahul Jannah. Semoga kekal begitu. Aurat perlu ditutup atas arahan Allah.
Nak mendidik anak tentang agama seharusnya dari kecil ketika hatinya masih bersih, lembut dan mudah dilentur dan dibentuk.
Apatah lagi jika anak itu lelaki, yang bakal menjadi ketua keluarga satu hari nanti. Pegangan agama yang utuh cukup perlu.
Atas dasar inilah seorang ibu mengentalkan hatinya untuk menghantar anak ke sekolah agama. Biarpun sedih terpisah namun dia tahu itu adalah tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ibu.
Perkongsian Herda Johan ini juga mungkin dialami oleh ibu-ibu lain juga, justeru ia mendapat banyak reaksi daripada netizen bila di muat naik.
“Jangan nangis! Belajar agama takleh nangis!” Sengaja akak mengeraskan suara. Bukan niat akak. Tapi itu saja yang mampu akak luahkan ketika itu.
Dia anak sulong. Dia abang kepada 4 orang adik dan bakal menjaga 5 adik selepas ini. Dia lelaki! (Dia bakal suami!) (Dia bakal ayah!) (Dia bakal imam dan ketua keluarga!)
Akak hanya peluk sekejap. Cium sekejap. Akak terus lepaskan. Malah ketika dia menangis teresak-esak, akak biarkan saja dia melayan perasaannya sambil mulut akak masih mengomel.
“Abang belajar agama tak boleh menangis. Abang kena kuat! Dah jangan nangis!”
Air mata akak mengalir. Akak cuba tahan. Tapi masih juga mengalir. Suami akak juga kalah. Air mata seorang ayah untuk anak lelaki sulongnya akhirnya jatuh juga.
Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, akak tahu Aiman terasa. Sudah banyak kali dia berkecil hati dengan cara akak. (Maafkan mama. Itu tugas mama.)
Kalau boleh, Akak tak mahu lepaskan dia seorang diri. Mahu sentiasa berada di sisi dia. Mahu lihat setiap pergerakannya. Tapi akak terpaksa lepaskan dia buat sendiri di usianya masih muda.
Sebagai ibu, akak kena bersedia. Saat dia lahir (begitu juga dengan adik-adiknya), tiba masa pengorbanan ini yang perlu akak buat.
Sejak dia berumur 9 tahun, Akak sudah memaksa dia ke sekolah agama. Dari 7 pagi hingga ke 5 petang dia di sekolah.
Memikul beg yang penuh dengan buku akademik dan agama. Mana nak menjawab soalan matematik. Nak memahami subjek bahasa arab pula.
Terbongkok-bongkok dia berjalan. Pada mulanya dia mengeluh. Penat! Akak buat tak peduli. Akak kata, murid lain macam tu juga. (Tapi hakikatnya akak tak sampai hati melihat dia kepenatan begitu).
“Ustazah, kalau dia nakal tak mahu dengar kata. Rotan dia”. Itulah pesanan akak pada ustazah yang mengajarnya dulu.
Sampai di rumah, dia keletihan. Sehinggalah umurnya 12 tahun dan habis sekolah. Khatam Al-Quran. Beberapa surah utama telah di hafal. Tajwidnya juga lulus. Solatnya juga terjaga. Akak lega.
(Terima kasih atas budi dan ajaran ustazah dan ustaz Seri Ad-Dinniah, Sg. Bakap)
Kini, akak perlu teruskan. Melepaskan dia berjauhan dari akak demi menuntut ilmu agama. Dia amanah dan pinjaman dari Allah buat akak dan suami. Tanggungjawab ini berat. Satu masa, dia pasti jauh juga. Tapi biarlah dia berjauhan dengan membawa agamanya bersama.
Kalau silap langkahnya, apa jawapan yang perlu akak berikan pada Allah di akhirat kelak.
Akak buta agama. Membaca Al-Quran pun tergagap-gagap. Solat pun terkial-kial. Entah betul atau tidak tajwidnya pun akak tak tahu. Apatah lagi dosa akak lebih seluas lautan, lebih setinggi gunung. Astaghfirullahalazim.
Pilihan akak cuma ini. Jauhkan dia dari akak yang ‘tidak tahu’ hendak mengajar dan dekatkan dia dengan ‘guru’ yang layak mengajar. Cukuplah akak saja yang sudah lama lalai. Akak tidak mahu dia juga begitu.
Kalau dari mula akak tak paksa diri akak untuk memaksa dia mencintai Allah, Rasul dan agamanya, nanti bukan akak sahaja yang hanyut. Malah lebih malang, akak membawa dia hanyut bersama adik-adiknya. Biarlah air mata ini sebagai permulaan dia memimpin dengan nama Allah untuk keluarganya kelak.
Hari ini baru hari ke-3 dia meniti hidupnya di asrama. Jadual penuh memenuhi harinya. Bangun sebelum subuh.
Di arahkan berjemaah setiap waktu. Mana lagi mahu belajar dan menghafal. Tidur tengah malam. Mengurus hidup sendiri. Berhadapan dengan persekitaran yang baru dan sangat asing baginya.
Selama 3 hari ini akak menanti panggilan telefonnya. Naik saja nombor ‘public phone’ asramanya, akak terus angkat.
“Mama dengan adik-adik sihat ke?” Akak menahan sebak. Lega akak mendengarnya.
“Sihat. Abang camana?”
“Ok je. Tadi solat pastu baca al-quran”.
Jatuh air mata akak mendengarnya.
“Kawan-kawan ok?”
“Ada yang ok ada yang tak.”
Nada suaranya rendah. Akak diam seketika.
“Kenapa? Kawan-kawan tak best ke?”
“Tak lah. Yang tak ok tu macam Abang la. Rindu dengan family. Tak biasa……”
Kedengaran sebak di hujung suaranya. Allah….
Bertabahlah duhai anakku. Akak cuba mengawal suara sebak akak.
“Aiman kena kuat. Aiman kan abang. Kena jadi contoh pada adik-adik. Aiman belajar agama. Sabarlah ye. Nanti minggu depan dah start belajar dah macam biasa je. Lagipun mama papa akan jumpa Aiman selalu. Tak jauh pun kan”.
“……..ok…..”
Setelah perbualan habis, akak tak dapat menahan lagi. Dalam hati akan terus berdoa semoga hatinya kuat dan cekal untuk meneruskan pengajiannya ini. Akak terus menekup muka. Menangis teresak-esak hingga tak sedar terus tertidur.
Ini baru permulaan.
Ujian akak ini sekecil zarah berbanding ibu-ibu yang lain. Allah hanya jauhkan pandangan mata dia dari akak untuk beberapa hari. Tak jauh pun. Itupun berat hati akak untuk menerimanya.
Entah bagaimana perjalanan kehidupan dia selepas ini, akak tidak tahu. Tapi Akak percaya inilah pilihan dan jalan yang betul. ‘Memaksa’ dia menuntut ilmu agama dan mencintai tuhannya yang Esa lebih dari dirinya sendiri.
Akak bersyukur di izinkan Allah menjadi ibu . Diberikan kelebihan darjat yang tinggi di sisi Allah. Doa ibu kepadanya anaknya tiada tandingan.
Apabila kali pertama akak bergelar ibu, ia sudah sempurna. Cukup sempurna! Bukan harta dan kesenangan dunia yang akak harapkan. Cukuplah anak-anak ini menjadi kekuatan akak.
Doa akak berterusan untuk anak-anak akak tiada penghujungnya.
Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Semua ibu punya doa dan harapan yang sama.
‘Post’ ini tiada tujuan untuk merasa bangga dan menunjuk-nunjuk. Tiada yang sempurna melainkan Allah. Ia hanya perkongsian hati seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.
Ia tidak boleh di pendam. Mahu disuarakan kerana ini nikmat dan rahmat Allah yang tiada nilainya. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Sebagai ibu dan bapa, akak berdoa semoga Allah menguatkan kesabaran kita mendidik dan membesarkan anak-anak kita. Ujian kita berat.
Kita tidak lengkap, tapi Allah dah jadikan kita ibu bapa yang sempurna dan cukup. Tugas kita ialah meneruskan amanah dari Allah ini untuk memimpin mereka ke jalan yang di redhai-Nya.
Di zaman sekarang yang penuh cabaran dunia. Dengan kehidupan kita siang malam ‘mengumpul harta’. Mana lagi nak mengurus kebajikan anak-anak. Hingga lupa mana yang lebih utama.
Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan dengan jelas, anak dan harta ujian terbesar buat kita hamba-Nya. Dan setiap ujian ada rahmat dan nikmat Allah tersembunyi. Keputusan di tangan kita untuk memilih jalan mana yang baik dan buruk.
Jika kita pilih jalan yang baik, hasilnya insyaAllah baik. Jika jalan yang buruk kita pilih, maka makin leka dan terpesonglah hidup kita. Semoga Allah memimpin hati kita sebagai ibu bapa dengan hidayahNya.
Berbudi pada tanam memang tak rugi. Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.
Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.
3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...